Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, October 29, 2008

Soalan tambahan pasal Felda dan OKU.

Persidangan Parlimen masih lagi berjalan sekarang. Bermula dari hari Rabu selepas sambutan Depavali pada hari Isnin, dan cuti pada hari Selasa, maka pada hari Rabu ianya berjalan sehingga jam 10.00 malam. Ana sempat bertanya berhubung dengan soalan Felda yang ditimbulkan oleh Jempol.
Ana tanya berhubung dengan rumah Felcra yang kita selalu lihat bila kita berjalan melalui Trolak Utara iaitu dalam program Memperbandarkan Perkampongan Felda yang dibuat oleh Feldajaya .
Ana sudah lalu melalui kawasan ini sejak ana jadi MP pada tahun 2004 lagi adalah cukup menyedihkan kerana dah lama siap tetapi masih belum diduduki oleh penduduk khasnya penghuni Felda. hanya nak tahu pasal apa tak atau lambat diduduki , takut-takut akan diduduki oleh anai-anai nanti kerana terbiar dah hampir 5 tahun dah.
Apa yang Timbalan Menteri jawab adalah terkeluar kerana rumah tu bukan dibuat oleh Koperasi Peneroka Felda yang dia jawab tu. Kita tanya pasal Felda, tapi bila dia tak mau jawab, dia kata tak ada hubung kait dengan soalan , tetapi ianya tetap dengan hubungan Felda dan peneroka.

Hari ni ada juga satu soalan tambahan lagi yang ana kemukakan selepas ana terpaksa angkat tangan disamping berdiri, iaitu pasal OKU pula. Bila Timbalan Menteri sebut ada lebih dari 50 K orang kurang upaya pendengaran yang berdaftar, maka kenapa tidak dijadikan satu dasar agar mereka yang tidak ada kecacatan fizikal langsung, cuma tidak dengar saja , padahal tangan dan kaki mereka lengkap , mereka boleh lihat macam kita , lalu boleh dan layak mereka ini ditempatkan ditol-tol PLUS menggantikan anak-anak remaja kita yang 'come lote' yang sepatutnya mereka ini boleh ditempatkan ditempat-tempat lain yang memerlukan khidmat yang lebih mencabar dan dilakukan oleh orang yang sempurna bukan OKU.

Dan juga pasal dasar yang ada pada kerajaan kepada syarikat-syarikat sebegini yang bermurah hati mengambil mereka yang kurang upaya ini , apakah hanya dengan pengecualian cukai berganda sahaja.

Saya rasa jawapan yang bakal diberikan menteri itu akan ana copy dan paste daripada hansard parlimen agar ianya lebih tepat dan tidak menyeleweng dewan dan publik.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
timbalan menteri, saya melalui Lebuh Raya Utara Selatan dari 2004, tiap-tiap minggu ada sidang Parlimen, di sebelah kiri untuk pulang ke utara ini ada satu perkampungan memperbandarkan perkampungan FELDA iaitu FELDA Trolak Utara, saya dah nampak dari tahun 2004, rumahnya dah siap, saya ingin tahu apakah ini juga dibuat oleh koperasi peneroka FELDA dan kenapa ianya sampai sekarang masih lagi belum diduduki oleh orang kerana ini sudah hampir lima tahun ia tidak diduduki dan sudah siap, saya takut nanti, anai-anai yang duduk, bukan orang. Terima kasih
DR. 29.10.2008
22
Dato’ Haji Hasan bin Malek: Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Pendang, saya
ingat ini lari daripada soalan asal, sebab asalnya dengan koperasi, cuma saya ingat kalau yang apa..
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: FELDA, koperasi..
Dato’ Haji Hasan bin Malek: Jawapannya bukan koperasi yang membangunkan ini
kerana kita tawarkan kepada syarikat untuk membangunkan projek apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pendang tadi iaitu Felda Jaya Sdn Bhd.

Beberapa Ahli: [Bangun]
DR. 30.10.2008
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Angkat tangan]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Pendang.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Oh saya angkat tangan.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri hari-hari kita melalui PLUS dan kita dapati pemberi tiket PLUS itu
kebiasaannya orang yang cantik, lawa cukup sifat. Tadi disebut 32,850 orang merupakan
mereka-mereka yang kurang pendengaran ataupun cacat pendengaran. Jadi apakah hasrat
kementerian untuk memaksa PLUS ataupun syarikat-syarikat yang memberi tiket-tiket transit dilebuh raya ini supaya menggunakan 32,000 orang yang cacat pendengaran ini supaya bekerja disitu dan berilah apa-apa juga insentif kepada syarikat ini supaya mereka mengambil daripada mereka yang cukup sifat cuma hanya pendengaran sahaja yang kurang. Pohon penjelasan daripada kementerian terima kasih.

Puan Noriah binti Kasnon: Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Memang seramai
lebih 32,000 orang di dalam negara kita yang mengalami ketidakupayaan pendengaran dan
cadangan boleh kita panjangkan kepada pihak PLUS ataupun pihak tol-tol ya di lebuh raya sebagai pekerja. Tetapi kita tidak ada kuasa untuk memaksa Yang Berhormat. Tetapi insentif seperti potongan cukai berganda oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ada diberikan kepada mereka yang mengambil pekerja-pekerja OKU. Begitu juga dengan kumpulan OKU ini mereka boleh kepada pihak swasta mereka boleh berdaftar terus dengan Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Ianya sangat efektif, sangat berkesan di mana daripada 10,094 orang OKU yang
berdaftar, 7,180 orang OKU yang telah mendapat penempatan pekerjaan di sektor swasta. Jadi saya kira ini juga adalah termasuk dalam PLUS atau pun pekerjaan-pekerjaan seumpamanya.
Terima kasih.

1 comment:

AFRAR YUNUS said...

salam
tahniah di atas kerja rajin tuan.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.