Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, October 30, 2008

Bercelaru , eurocopter punya hal!! nasibla duit rakyat .

Bayangkan kalau kita nak beli kereta , bahkan motosikal kap cai pun, selalunya kita akan lihat dulu apa bentuk, apa warna dan apa kriteria yang ada yang kita nak beli tersebut, walaupun harganya 2 ,3 ratus ringgit, lepas tu cuba bawa, kata orang test drive dulu tengok macamana rasa dia , absorber dia, brek dia, pick up dia dan sebagainya sebelum kita bagi keputusan nak beli disamping tengok apa spesifikasi yang dia ada bandingkan dengan yang sama jenis dengan dia, lepas tu bawa buat perjanjian nak beli. Siap dengan harga dan terma serta syarat yang faedahnya kita dapat dari perjanjian tersebut. Itu kebiasaan kita nak beli sesuatu la, tapi yang ni lain pula cerita nya.

Sebuah kementerian yang nak jaga keselamatan rakyat kita nak beli helikopter nak ganti Nuri yang selalu jatuh gedebuk gebebak dalam sawah dan hutan, tiba tiba tengok spesifikasi dan lepas tu buat perjanjian dan terus tempah nak beli, tanpa ada test drive dan harga pun berbagai saperti yang dijawab oleh Timb Menteri dalam Parlimen Malaysia semalam.

Perjanjian pasal harga ni pun satu hal, kita dengar pun pening kepala, mula dia kata ikut harga euro, buat perjanjian ketika tu exchage rate sekian harga berbanding dengan ringgit, tapi bila sampai masa confirm tempah, exchage rate berubah maka harga pun berubah pasal euro dan ringgit sudah berubah. Sapa tak pening, ini lah cerita pembelian heli yang berharga billion ringgit, bukan dua tiga ribu macam orang beli kapcai tuh.

Ini ulasan dari apa yang dibaca oleh Tim Menteri yang ana dapat tangkap dari penggulungan beliau fasal heli eurokopter tu le semalam ni Menteri Pertahanan baru kata kos lain, KSU Kementerian kata harga macam lain dan Timbalan menteri jawab semalam macam lain harga dia, satu jawab 1.1 billion ringgit, satu lagi 1.604 billion. dan satu lagi kata 1.7 billion, dan bila ditekan soalan bertubi-tubi, kata harga mula tak ada spesifikasi, harga kedua ada spek tentera , harga ketiga kata pasal euro dan ringgit sudah berubah kadar pertukaran, dan macam-macam lagi alasan yang dia beri kenapa harga tak sama.

Dari sini kita sebagai rakyat boleh telah dah apa sebenarnya yang berlaku dalam kes pembelian eurokopter ni, bila ditekan oleh pembangkang barulah kita tahu bahawa selama ni banyak kong kalikong yang terjadi dalam proses pembelian atau tempahan sesuatu peralatan ketenteraan.

Macam YB Azmin sebut dalam parlimen semalam, kita beli 88 skyhock . bawa balik 44, itu pun grounded tak boleh terbang pasal ada masalah teknikal, lepas tu kalau kena ceroboh, pakat tengok saja lah apa orang nak buat dengan negara kita. Itu yang bawa balik 44 buah tak boleh terbang, yang masih dok kat padang pasir Arizona Amerika tu apa hal pula, duit sapa semua tu, bukan duit rakyat ka. Kalau duit Pak Lah atau DS Najib, kita rakyat tak kisah la.



Itu kita belum sentuh lagi dengan harga yang negara lain beli, khabarnya Brazil beli satu 83 juta dengan syarat mesti pasang dalam negara dia dan ajar rakyat dia knowhow pasal heli eurokopter tu, tapi kita beli 193 juta bawa balik seketul tak payah pasang disini. Dengan negara Amerika latin pun kita dah jauh kebelakang, macamana kita nak terus menjadi pelopor dalam mentadbir dunia. Pasal tu bila dah tak boleh terbang, kita groundedkan dia, tengok macam tikus tengok besi, nak repair tak tau pasal perjanjian tak termasuk pasang dan servis bagi rakyat dapat ilmu. Yang kita sibuk , bila beli scorpion , rakyat boleh dapat peluang naik duduk diangkasa dan lepas tu gah seluruh dunia Malaysia dah hantar angkasawan naik keangkasa.

Bila ana tanya apa ujian yang kita buat, Menteri jawab hantar Jepun untuk analisa. Sampai la ni faedah yang rakyat dapat hanya semangat yang disuntik oleh Pak Sheikh tu supaya murid kita jadi agkasawan, lepas tu nak naik keangkasa. Berapa jumlah duit yang perlu sediakan, berjuta-juta, Lepas nih dalam keadaan dunia menghadapi kemelesetan ekonomi, baru tau angkasa tu tinggi ka rendah, rakyat dikampong nun diceruk rantau makan sekerap dah , pasal nak jual tak laku, harga dah merudum jatuh. Sekilo sekerap la ni tak boleh nak beli sekilo beras. Nasib la rakyat Malaysia, punya pemimpin yang sofistikated dan terlalu pandai, dah dapat mengangkasakan rakyat marhaen.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.