Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, October 22, 2008

Perbahasan bajet 2009 malam tadi sebelum ditangguh dewan 9.30 malam.

9.28 mlm.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
kerana memberikan saya kesempatan yang paling akhir pada malam ini untuk membahaskan
Bajet 2009 dan kepada menteri yang turut hadir pada malam ini. Sebenarnya saya tidak
berhasrat untuk membaca angka-angka atau statistik yang telah diberikan kerana sebagaimana
yang telah dibahaskan oleh ramai Ahli Parlimen ianya telah lari daripada apa yang sepatutnya
berlaku dan apabila kita membaca daripada keratan Berita Harian Parlimen hari ini, Menteri
Kewangan telah mengatakan bahawa satu unjuran baru akan dibentangkan dan ia merupakan
satu gambaran yang sebenarnya apa yang berlaku kepada ekonomi negara kita.
Ini merupakan sesuatu yang positif saya rasa setelah kita mengkritik ataupun memberi
pandangan bahawasanya ia sememangnya perlu kerana ekonomi dunia sekarang pun sudah
berubah dan kita banyak bergantung kepada negara Amerika Syarikat dalam bahan eksport kita
dan sememangnya ia akan mengenai kepada ekonomi negara kita.
Lalu langkah untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi daripada 5.4%
seperti mana yang dianggarkan pada bajet tersebut perlu dibuat kerana ia akan menurun dengan
lebih rendah lagi kerana krisis yang melanda Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun serta
sekarang ini telah masuk ke negara China memberikan kesan yang cukup membebankan
negara-negara kita di Malaysia ini.
Saya hendak menyentuh beberapa perkara, saya bercadang untuk menyentuh
Kementerian Kesihatan tetapi menteri sudah pun keluar daripada Dewan ini kerana saya
mendapati kesihatan merupakan satu perkara pokok yang perlu diberi perhatian yang cukup
serius oleh kerajaan kerana kesihatan dan pelajaran merupakan dua perkara yang perlu ada
kerana ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Kalau badan kita tidak sihat walau banyak mana pun duit yang kita ada, kita terpaksa
juga berjumpa dengan doktor atau masuk hospital. Menteri, begitukan kerana apabila kiat
bercakap tentang hospital, rawatan ini merupakan perkara asas yang perlu diberikan perhatian
oleh sebuah negara yang dikatakan negara berkebajikan. Saya hendak sentuh tentang private
wing di hospital terutamanya di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di Hospital UKM, Hospital
USM, ini merupakan private wing yang telah dijadikan penswastaan daripada hospital-hospital
awam.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat sambung esok. Melainkan Yang Berhormat hendak tamatkan.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Oh, tidak boleh, banyak lagi. Terima
kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ahli-ahli Yang
Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Rabu, 22
Oktober 2008.
Dewan ditangguhkan pada pukul 9.30 malam

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.