Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, February 26, 2009

Aik, naik lagi !

Tol naik.
Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

# Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

#Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

#Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

#Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

#Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu.

"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.

Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.

Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.
Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu.

"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.

Ekonomi makin merudum, tapi orang berniaga tol apa peduli, sampai masa nak naik, kuit kerajaan sikit, terus naik. Sepatutnya berilah diskaun ke, atau apa insentif ke supaya semakin teruk ekonomi, semakin terbela rakyat, ni tidak, semakin teruk kita dibuat nya selagi ekonomi bertambah meruncing. Hari tu bagi la diskaun, tapi bila masuk tol lepas 12 tengah malam, orang ladi mat rempit dengan penyamun serta penceramah sajalah yang dapat, rakyat lain macam lama juga.

Nasib la engkau labu.

Tak percaya ekonomi Malaysia merudum, lihat jawapan DS Najib, MOF dalam Parlimen pada 17 Februari 2009.

Tuan Yang di-Pertua, sejak pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi pada November
2008 di Dewan yang mulia ini, persekitaran ekonomi dunia bertambah meruncing dan semakin
tidak menentu. Pada 4 Februari 2009, tabung kewangan antarabangsa IMF telah menyemak
semula unjuran kadar pertumbuhan ekonomi dunia untuk tahun 2009 kepada paras yang lebih
rendah iaitu daripada 2.2% kepada 0.5%.

Manakala unjuran pertumbuhan perdagangan dunia bagi 2009 juga disemak semula.
Daripada kadar positif 2.1% kepada kadar pertumbuhan negatif sebanyak 2.8%. Prospek
ekonomi negara maju pula tidak memberangsangkan dengan Amerika Syarikat dijangka
mengalami pertumbuhan negatif sebanyak 1.6%. Negara-negara lain yang turut mengalami
pertumbuhan negatif termasuk United Kingdom sebanyak -2.8%, Jepun -2.6%, Taiwan 4%,
Korea -2.% dan Singapura -4.9%. Negara-negara lain seperti China dan India pula dijangka
mencatat kadar pertumbuhan yang lebih rendah, masing-masing sebanyak 6.7% dan 5.1%.
Memandangkan persekitaran antarabangsa yang semakin mencabar, sebagai sebuah
ekonomi terbuka, negara kita juga dijangka menerima kesan daripada kelembapan ekonomi dan
perdagangan dunia. Trend ini dapat dilihat sejak bulan Oktober 2008 di mana penunjuk-penunjuk
ekonomi utama seperti eksport negara mengalami penurunan sebanyak -2.6% dalam bulan
Oktober dan begitu juga bagi November -4.9% dan Disember -14.9%. Manakala Indeks
Pengeluaran Perindustrian (IPI) juga merosot dalam tempoh yang sama iaitu Oktober -2.8%,
November -8.2% dan Disember -15.5%.
Jumlah pemberhentian pekerja bagi tempoh Oktober 2008 hingga Januari 2009 adalah
seramai 11,595 orang sementara di bawah Skim Pemberhentian Sukarela adalah seramai 2,752
orang dalam tempoh yang sama. Harga komoditi terus berada pada paras yang rendah. Harga
minyak mentah (WTI) kini berada pada paras purata USD40 setong berbanding paras tertinggi
USD147 setong pada 15 Julai 2008. Harga minyak sawit juga terjejas pada paras purata RM1800
setan metrik berbanding paras tertinggi RM4203 setan metrik pada 4 Mac 2008, manakala harga
getah terus rendah pada paras RM4.50 sekilogram berbanding dengan RM10.52 sekilogram
pada 2 Julai 2008.
Kedudukan pasaran saham negara masih di paras kedudukan yang rendah pada 903.52
mata pada 10 Februari 2009 berbanding paras tertinggi 1519.22 mata pada 11 Januari 2008.
Penunjuk-penunjuk ekonomi ini menggambarkan situasi ekonomi negara ini berdepan dengan
risiko yang amat mencabar seperti mana yang dialami oleh semua negara di seluruh dunia.
Perkembangan ini dijangka berterusan dalam tahun ini dan akan memberi kesan pada kegiatan
ekonomi negara pada keseluruhannya pada tahun 2009. Berdasarkan perkembangan yang
semakin mencabar ini serta dengan mengambil kira pakej rangsangan RM7 bilion yang

diumumkan pada 4 November 2008 lepas, unjuran pertumbuhan 3.5% KDNK negara bagi tahun
2009 tidak lagi menggambarkan kedudukan terkini ekonomi negara. Berikutan kelembapan
pertumbuhan dan perdagangan dunia mungkin menjadi lebih ketara jika pakej-pakej rangsangan
seluruh dunia tidak memberi kesan positif yang amat diharapkan, ada kemungkinan besar
permintaan ke atas eksport negara kita akan terjejas dengan teruknya dan merosot pada kadar
dua angka.
Oleh itu, unjuran kadar pertumbuhan 3.5% tersebut akan disemak semula bagi tahun
2009. Unjuran pertumbuhan baru yang akan diumumkan itu akan mengambil kira kekuatan dan
kelebihan ekonomi negara kita dalam menangani persekitaran luar yang tidak menentu. Ini
memandangkan Malaysia mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh untuk menyokong daya
ketahanan dan pertumbuhan ekonomi, antaranya reserve antarabangsa negara terus meningkat
kepada USD91.3 billion pada 30 Januari 2009 dan mampu membiayai 7.5 bulan import
tertangguh. Sistem perbankan negara juga kukuh dengan nisbah wajaran modal risiko berada
pada paras yang tinggi iaitu 12.6% pada Disember 2008 melebihi kadar 8% piawaian
antarabangsa Basel.
Negara kita mempunyai daya saing yang tinggi khususnya dalam sistem perbankan
Islam serta sistem kewangan negara pula tidak terlalu terdedah kepada kesan krisis kewangan
global. Tahap hutang tidak berbayar masih di tahap yang rendah yakni sebanyak 2.2%. Kadar
inflasi pula dianggarkan berada pada kadar yang stabil dan dijangka meningkat pada kadar yang
rendah pada tahun 2009. Paras tabungan kasar negara kekal tinggi pada kadar 37% daripada
KDNK pada tahun 2008. Justeru, keadaan ini memberi kelebihan dan fleksibiliti kepada negara
untuk menggembleng lebihan sumber sedia ada bagi menyokong kegiatan sektor swasta dan
pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar perkembangan yang tidak menentu ini jika tidak
ditangani dengan bijak dan segera boleh membawa kesan yang lebih besar pada kegiatan
ekonomi dalam negara dan kesejahteraan rakyat, terutamanya kesan kepada pengangguran dan
kegiatan perusahaan kecil dan sederhana serta golongan yang mudah terjejas. Kerajaan sekali
lagi mengambil inisiatif segera untuk menggubal langkah-langkah untuk melindungi ekonomi
negara daripada terjerumus ke dalam kemelesetan seperti mana yang dialami oleh beberapa
negara. Pakej Rangsangan Kedua ini akan diumumkan dalam Dewan yang mulia ini pada 10
Mac 2009 dijangka memberi suntikan tambahan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi,
dengan mengambil kira situasi sekarang, langkah-langkah dalam Pakej Rangsangan Kedua ini
adalah lebih besar dan menyeluruh berbanding dengan pakej pertama bahkan pakej ini boleh
disifatkan sebagai Bajet Mini.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, butiran terperinci Pakej Rangsangan Kedua
ini akan saya bentangkan pada 10 Mac nanti, dengan pelaksanaan Pakej Rangsangan Pertama
dan Kedua dengan sokongan padu daripada semua pihak termasuk sektor swasta dan semua
rakyat,, kerajaan berharap akan dapat mengelakkan negara daripada mengalami kemelesetan
ekonomi.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.