Ahad 22 Februari 2009.
Suatu majlis pecah tanah untuk pembinaan surau baru menggantikan Surau Hj Jusoh yang telah uzur di Kpg Bukit Choras Luar, Pendang telah diadakan pagi pagi tersebut dan ia disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pendang, Dr Hj Mohd Hayati Othman.
Surau yang bakal dibina tersebut akan dinamakan Surau Al Hijrah , demikian kata pengerusi surau sdr Hj Faisol Mokhtar @ Salleh. Surau itu telah lama dibina hasil sumbangan seorang hartawan Bas Ekspress Kota suatu ketika dulu, iaitu Hj Salleh Kota, dan sumbangan orang ramai disekitar Pendang diatas tanah yang diwakafkan oleh Tok Guru Hj Jusoh ( Pak Nyang Choh), bekas imam di Masjid Kokbah.
Disurau itu juga ditempatkan Kelas Pengajian PASTI Bukit Choras Luar dan kelas Mengaji Al Quran serta pengajian umumi oleh tenaga pengajar sekitar Pendang saperti Ust Ashik Illahi Mat Desa dan Ust Zuraidi bin Baharom.
Oleh kerana sudah terlalu uzur, maka ianya wajar dibangunkan semula dan atas inisiatif jawatan kuasa , maka persetujuan untuk membina surau baru setingkat daripada simen telah diputuskan. Kos dianggarkan RM 100 ribu dan sumbangan orang ramai untuk sama-sama membina surau ini amat diperlukan. Penderma yang ingin menambah saham akhirat mereka bolehlah menghubungi Hj Faisol Mokhtar di Kpg Bukit Choras atau terus masukkan sumbangan kedalam akaun surau al Hijrah BIMB 02-0840100-2732-3.
Semasa meresmikan upacara pecahtanah surau berkenaan, ana telah menyeru masyarakt setempat dan sekitar agar merebut peluang keemasan ini didalam menambah amalan kita untuk bekalan diakhirat kerana pembinaan surau atau masjid merupakan salah satu daripada amalan jariah yang akan memberikan pahala yang berterusan kepada penderma selagi ianya digunakan untuk beribadat kepada allah sesuai dengan hadis Nabi saw ‘ apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, sedekah jariah ( yang berlari pahala amalannya), ilmu bermenafaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibubapa mereka’.
Sumbangan yang diberikan diatas binaan diatas tapak yang diwakafkan oleh Tuan Guru Hj Jusoh itu diharap dapat menjadi teladan kepada generasi akan sebagai medan untuk menmbah ilmu dan menambah amal mereka serta menyemai anak-anak muda didalam masyarakat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah.
Moga pembinaan surau ini akan mendapat sumbangan dari orang ramai.
Sunday, February 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment