Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, February 26, 2009

Bersihkah bakal PM kita?

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Soalan yang ingin saya kemukakan ialah ini adalah isu berkaitan dengan kepercayaan semua rakyat berkenaan dengan seseorang yang dilantik sebagai seorang Perdana Menteri. Apabila Yang Berhormat menyatakan bahawa ada sistem Perlembagaan dan sebagainya, saya nak tahu apakah kaedah-kaedah perlindungan yang sedia ada dalam sistem pemilihan Perdana Menteri yang sedia ada untuk memastikan bahawa calon untuk Perdana Menteri itu bebas daripada sebarang kekurangan ataupun skandal. Khususnya jenayah berat seperti kes pembunuhan Altantuya di mana semua rakyat Malaysia mengetahui berkenaan dengannya tetapi tidak ada sebarang siasatan berkenaan dengannya.

Walaupun pegawai penyiasat sendiri dalam kes itu jelas menyatakan bahawa calon Perdana Menteri yang akan datang untuk Malaysia itu adalah seorang saksi yang penting dalam kes itu tetapi tidak langsung disiasat.

Bagaimanakah rakyat keseluruhan Malaysia harus yakin dengan kredibiliti seseorang calon sedemikian untuk menjadi Perdana Menteri dan sistem pemilihan Perdana Menteri yang sedia ada dalam negara ini. Bukankah penting kami mengadakan sistem di mana semua rakyat boleh buat keputusan berkenaan dengan siapa yang akan menjadi ketua kerajaan. Itu adalah di tangan rakyat, bukan seperti di sini. Ahli Parlimen Pekan akan menjadi Perdana Menteri, akan tetapi memang ada skandal yang sangat teruk. Terlibat dalam kes pembunuhan. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Ini bukan saya cakap. Yang Berhormat ini bukan saya nyatakan. Apa yang dinyatakan oleh pegawai penyiasat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Pegawai penyiasat sendiri menyatakan dalam kes itu. Super attendant yang menyatakan dia menjadi satu saksi yang penting. Apakah langkahlangkah yang sedia ada dalam kerajaan dan dalam UMNO untuk memastikan bahawa calon sedemikian tidak menjadi calon di Malaysia?.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Apakah kaedah-kaedah yang sedia ada? Sila jawab soalan itu.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, di negara Malaysia kita sistem perundangan ialah iaitu bahawa seseorang itu tidak bersalah kalau sekiranya dia tidak didakwa di mahkamah dan didapati bersalah. Yang Berhormat pun seorang peguam. Jadi pokoknya di sini iaitu bahawa apa Yang Berhormat bangkit, ini hanya merupakan spekulasi. Spekulasi tidak boleh mempengaruhi satu keputusan. Ini kerana kita harus membuat keputusan mengikut asas-asas bukti dan nyata yang sememangnya bukti mencukupi untuk sesuatu perkara itu di tuduh terhadap seseorang individu.

Jadi walaupun Yang Berhormat kata iaitu dalam keadaan sekarang iaitu bahawa seorang calon di katakan spekulasi mengatakan calon itu terlibat. Akan tetapi Yang Berhormat pun tahu, apa sekali pun sistem katalah macam pemilihan secara langsung Presiden. Kalau ia berlaku midstream, berdasarkan kepada spekulasi kita tidak boleh mengatakan bahawa Presiden itu patut turun, tidak boleh. Jadi sebab itu sistem apa sekali pun tidak boleh menyebabkan seseorang yang telah memegang jawatan atau bakal memegang jawatan, diturunkan at midstream dan tidak ada pilihan raya. Presiden secara langsung pun, kalau Yang Berhormat hendak Perdana Menteri dipilih secara langsung at midstream middle term tidak boleh buat apa.

Tapi dalam kes ini Yang Berhormat sebut, itu spekulasi sahaja. Itu satu tuduhan yang liar yang dibuat oleh Yang Berhormat terhadap seseorang individu berdasarkan kepada Yang Berhormat dengar rumours dekat luar. Namun Yang Berhormat, di Malaysia Perlembagaan kita cukup baik. Ini kerana saya ingin sebut di sini iaitu bahawa artikel dalam Perlembagaan, Artikel 40 berkenaan dengan pelantikan Perdana Menteri mengatakan iaitu bahawa 40(2), “ The Yang di-Pertuan Agong may act in his discretion in the performance of the following functions, that is to say: (a) the appointment of a Prime Minister,” one of them. Ini bermakna iaitu bahawa dalam keadaan sekarang, kalau macam-macam cerita ada. Akan tetapi Yang di-Pertuan Agong berpuas hati, dia ada discretion untuk sama ada tidak terima atau terima.

Jadi kita punya Perlembagaan adalah baik. Ini kerana Yang di-Pertuan Agong ini sebenarnya dia juga at his discretion dalam hal ini. Walaupun dalam hal-hal lain dia akan bertindak on the advice. Akan tetapi dalam hal pelantikan Perdana Menteri, itu dibuat mengikut discretion dia. Jadi kita, at the fountain of justice Yang di-Pertuan Agong, kita benarkanlah untuk Tuanku membuat keputusannya. Kalau mari masa nanti, kalau Tuanku menerima pelantikan Yang Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri, maka bukanlah bagi kita untuk mempertikaikan apa yang telah dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, point of order 36(12).

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: DAP pilih pemimpin macam mana?

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Siapa itu? Yang Berhormat Batu Pahat, ini kacau biasa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, berkaitan dengan apa Yang Berhormat?

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tadi Yang Berhormat ada menyatakan ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Berkaitan dengan apa Yang Berhormat?

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Ada apa-apa soalan? Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa penglibatan Ahli Parlimen Pekan dalam kes pembunuhan itu adalah spekulasi sahaja. Ini adalah satu kenyataan tidak betul, misleading The House. Ini kerana apa yang berlaku adalah ini. Saya sendiri menyoal balas pegawai penyiasat, super attendant gun. Berkenaan perkara ini dalam kes Raja Petra, dia pegawai penyiasat kes Altantuya. Dia memberi mahkamah di bawah sumpah. Dia setuju bahawa Ahli Parlimen Pekan...[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Dia beritahu bahawa Ahli Parlimen Pekan...

Dato’ Samsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Sebut peraturanlah...

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Adalah 36(12)..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang lain minta dia Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak betulkan rekod.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: You don’t have to explain.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: I want to explain.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak perlu.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: No, untuk rekod... [Bercakap tidak menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak perlu Yang Berhormat. Yang Berhormat straight to point of order. Saya menilai point of order Yang Berhormat. Don’t have to present that case.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Fakta saya belum berikan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: No, saya kena bagi tahu fakta.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya minta Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tidak boleh kerana saya belum menyatakan apa fakta yang benar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup, cukup.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Apakah fakta yang benar? Pegawai penyiasat sendiri menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pekan terlibat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Having repeating that sentence that many-many time Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Yes, yes...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat duduk.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya faham point of order 36(12).

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Jangan melindungi sesiapa di sini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak melindungi Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tidak boleh. Biarkan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat...

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: ...saya habis, itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat. Sudah habis.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Biarkan saya habis, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah habis cukup. Saya menerima point of order 36(12), tetapi saya berpendapat bahawa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Menteri tidak melanggar peraturan 36(12). [Tepuk, BN saja yang tepuk]

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.