Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, April 30, 2009

bakat terpendam menunggu di cungkil



Hari ini, sehari suntuk dari pagi hingga kepetang anak-anak dari PASTI Pendang berhimpun di G Mee Futsal Kpg Tanjong Radin Pendang untuk melaksanakan satu aktiviti tahunan mereka yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Pendang. Amat menarik melihat keletah anak-anak kecil 4, 5 tahun berada digelanggang futsal dan begitu menari sekali melihat karenah mereka membawa bola dan menggelecek bola menjauhi halangan lawan dan akhirnya dapat menjaringkan gol. Kesemua 26 PASTI di Pendang telah menghantar wakil peserta bagi lelaki Futsal dan bagi perempuan bola jaring di gelanggang yang sama , cuma diubah tiang gol kepada tiang jaring.

Pada tahun lepas, Pendang menjadi Johan Kedah dan pemain terbaik Malaysia untuk kategori PASTI ini adalah dari Pendang juga.
Diharap sukan ini dapat membimbing anak-anak didalam menghadapi suasana perubahan semasa dialam persekolahan disamping menuntut ilmu juga didalam bidang kokurikulum. Tohmahan yang mengatakan PASTI tidak pentingkan yang alain adalah satu anggapan yang amat jahat sekali dan jauh tersasar dari realiti.
Moga johan tahun ini akan juga menjadi calon untuk mewakili Kedah dalam Futsal PASTI peringkat kebangsaan nanti.
Semoga dengan adanya kejohanan ini, maka ramailah bakal yang terpendam selama ini dapat dicungkilkan agar nanti wira-wira Kedah akan bermula daripada pelajar PASTI pula .

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.