Kata Mohamed Nazri, Menteri di JPM ,jaga undang-undang dan jaga parlimen, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran.
Agaknya pasai tu lah yang Mat Sabu kata UMNO sekarang sedang mengorek kubor untuk mengkebumikan dakwah . Rasulullah berjuang bermati-matian mengembangkan Islam kepada masyarakat jahiliah, tiba-tiba datang Menteri yang konon menjaga integrasi kaum dalam perjumpaan dengan Menteri lain , buat keputusan yang cukup menyedihkan. Kalaulah ini tak dapat nak kita pertahankan, ana rasa amat sedih dengan para sahabat yang menyebarkan Islam dizaman jahiliah dahulu hingga ada yang tercabut nyama kerana menyebarkan dakwah Islam ini. Tetapi apa yang cukup ana sedih lagi adalah apa yang dikatakan oleh Menteri di JPM sendiri.
Nazri said Minister in the Prime Minister's Department Maj-Gen (R) Datuk Jamil Khir Baharom, who is in charge of Islamic affairs, had been instructed to meet with Ridzuan to settle the case amicably.
"He will also meet the relevant authorities (like the Perak Islamic Affairs Department) to settle this in accordance with the cabinet decision."
Kesian orang masuk ikut pintu depan, dia masuk ikut pintu belakang. Dahl ah pintu belakang, tak payah berlawan dalam MT pulak tu, tetiba dapat jadi menteri.
Last sekali kerja menteri kena ikut arahan jumpa orang tu jumpa orang ni. Nak kata menteri 2 nd class kesian, sangat kat dia, tetapi kalau ikut tok guru dia kata ulama terompah kayu kalau macam ni.
Adakah patut suruh menteri selesaikan masalah macam suruh budak sekolah saja, ingat mntenag-mentang lah dia tu menteri junior, tetapi dia ada pangkat kepahlawanan didepan dia tu Datok ooi.
Tapi dua kali fikir, bila dah duduk dalam lubuk tu, memang itulah saja kerjanya. Selain baca doa, baca talqin dan yang sewaktu dengannya, maka kena arah pi situ dan pi sini macam cerita diatas tu lah.
Berpeganglah kita kepada hadis Rasaulullah bermaksud" setiap yang dilahirkan itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikan ia Yahudi, Nasrani, atau majusi". Atas kesedaran Islam dan Iman, maka sibapa telah menjadikan anaknya sama beriman dengan beliau dan ini adalah sesuatu yang lumrah naluri manusia bah siibu juga perlu didakwah untuk turut sama menurut jejak langkah anak dan sisuami tersebut.
Satu lagi yang harus SS Mufti dan Menteri beri perhatian adalah bilamana salah seorang mereka memeluk Islam maka perkahwinian mereka tidak terbatal, itu suatu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak terutama pakar perundangan dan syariah, kerana sebagai seorang yang berpegang kepada ajaran Islam, kecuali ahli kitab, semua ini hendaklah diselesaikan mengikut lunas syariah apabila mereka berdua berlainan ugama. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Indonesia merebak kenegara kita kerana soal agama adalah soal yang akan diperhitung dihari akhirat tatkala mana semua amal sudah tidak boleh dilakukan lagi, hanya masa untuk menerima balasan sahaja.
Harap Menteri yang baru masuk lubuk ini dapat bersilat dan kuntau dengan sempurna dan dapat memenangi pertarungan yang amat licik ini, maklumlah bukan sebarang pahlawan yang diambil tetapi pahlawan yang handal dan hebat didalam angkatan tentera, jangan jadi terompah kayu lagi sudahlah.
Saturday, April 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment