a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.
b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).
c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.
Itu antara alas an penghakiman yang di katakana 3-0 dimenangi oleh DS Zamry.
Tahniahlah kita ucapkan kepada beliau buat sementara waktu ni, kerana aakan ada lagi kes yang akan dibawa ke mahkamah lebih atas pula.
Bila baca alas an penghakiman diatas, ana rasakan ia merupakan satu precedent yang harus diamabil ingatan oleh semua yang menjadi MB atau PM baik dibegeri Pakatan atau BN, kerana kedudukan mereka hanya boleh ditentukan oleh usra atau hasrat atau keinginan majority yang inginkan seseorang menjadi PM atau MB. Tidak kiralah keinginan itu dibuat diatas pokok, dibawah pokok, dikedai kopi atau dimana saja tanpa memerlukan ianya dibuat didalam dewan undangan negeri atau parlimen dan tanpa ada surat sumpah atau pengakuan bersumpah atau apa-apa surat jaminan sokongan bahkan ada niat untuk menyatakan suara majority terletak kepada seseorang , maka sipemegang jawatan akan lujut jawatan MB atau PM dan boleh dilantik orang lain.
Tertarik juga ana kepada ulasan yang dibuat oleh Pakar Perlembagaan UIAM Prof Aziz Bari bahawa perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan tidak ternampak terlaksana jika keputusan diatas diladikan alas an saperti yang telah semua kita tahu dan dapati hasil dari keputusan mahkamah rayuan tersebut.
Ana mat tertarik sangat dengan tulisan Sdr Hanifa Maidin bahawa nanti DS Najib akan terkejut bila mendapati jawatan beliau sudah diambil oleh orang lain kerana beliau kehilangan majority berdasarkan apa juga andaian yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan diatas walaupun tidak ada persidangan Parlimen dan tidak ada usul undi tak percaya dalam dewan. Cukup setakat menyatakan kami sokong sifulan dan bukan DS Najib, maka akan hilanglah jawatan PM atau MB kalau ianya mendapat perkenan Baginda Yang di Pertuan Agung berdasarkan kepada majority yang diperolehi.
Oleh itu janganlah BN merasa ini merupakan satu kemenangan yang akan menggembirakan mereka kini dan masa depan, kerana ia merupakan satu precedent case yang sudah tentu akan menghantui penjawat jawatan tersebut dimasa depan jika sekiranya majority yang diperolehi antara pihak kerajaan dan pembangkang tidak besar bezanya. Pasti ianya akan menjadi suatu mimpi nyeri kepada mereka selepas Pak Lah melepaskan jawatan PM baru lalu. Tahniah Paklah kerana telah dapat cuci tangan dan lari dari segala kemelut yang bakal menimpa Negara dimasa depan seandainya ianya dijadikan contoh.
PKR rasuah calon Bebas.
Kah-kah-kah. Dah buat laporan SPRM dan Laporan polis ka Kak Min. Atau dah lapor kepada Gerak ka.
Itu saja yang ana dapat ulas kata-kata Kak Min yang nak lawan Dr Mansor di Penanti. Macam cerita masa anak-anak sekolah dulu bila musang tak dapat nak ambil anggur yang tinggi dia kata anggur tu masam. Kes beli membeli calon ni, ana rasa kena tanya mereka yang masuk calon bebas di Bukit Selambau dulu sampai 15 orang tu la. Salah sorang daripada calon yang bertanding ada memberitahu, aku nak pasal dapat 30 ribu , tentulah pihak yang banyak duit yang bagi, tak kan pihak yang nak masuk bertanding pun ceramah kena kutip derma tiap-tiap malam pula nak beli , pokai lagi la kita.
Tak percaya pi la tanya sapa yang masuk calon bebas Bukit Selambau dulu, yang pasti calon yang kata dia dapat 30 ribu tu adalah calon Melayu. Berapa orang ana tak taulah, kena selidik la tengok, tapi dengan bangga dia kata aku tak payah keluar duit satu sen pun, deposit poster, deposit calon dan belanja kempen sana-sini tentu kalau kita congak tengok masih ada baki 15 K lagi dalam poket, jadi sapa tak mau masuk, glamour pun dapat, nak harap menang jauh api dari bara la. Cuma yang ana rasa bangga sikit kak Min ni bila dia boleh ditemuramah oleh TV malam tadi, bukan senang nak masuk TV, kalau tak jadi calon tobat lahum tak dapat, dan dapat publisiti pulak tu, Cuma sayang sikit skrip yang dia cakap tu sapa buat tak tau la.
Apa yang menarik pada hari penamaan calon tu, Nampak tenang dan aman hari tu, tak lah nampak yang terhegeh-hegeh tepuk buntut macam Pemuda dan Puteri UMNO buat di Permatang Pauh dan Ijok dulu, dan tak nampak juga suasana gawat dan rosak akhlak anak-anak muda hasil didikan DS Hisham hari tu, atau macam semua orang Nampak apa yang dilakukan oleh MB Pahang semasa penamaan calon di Sanggang dulu dengan isyarat lucah mainan anak nakal kurang akal lagi sempit fikiran, dan nampaknya jika tidak ada UMNO dalam pilihanraya suasana aman dan tenteram dapat dilihat oleh semua rakyat. Nampaknya Penanti menjadi tapak permulaan UMNO akan semakin terhakis dari persada pilihanraya tanahair. Harap ini hanya andaian ana saja.
Manik Urai.
Takziah kepada Keluarga Pak Su Wei.
Nampaknya sekali lagi PRK akan diadakan dan kali ini apa pula alas an BN untuk mengabsahkan ketidakmasukan mereka dalam PRK ini. Kita merayu saperti disebut oleh MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz supaya BN masuklah bertanding kali ni, usah fikirkan soal kalah atau menang kerana nanti hilang bahan sejarah atau kesan sejarah UMNO di Kelantan yang akan dilihat oleh anak cucu di Kelantan kerana tidak ada lagi pilihanraya yang disertai oleh lambing dacing biru , yang ada mungkin hanya paying, kunci dan bas. Ini cukup membimbangkan ahli sejarah untuk mencari alas an apakah sebabnya maka sudah tidak Nampak lagi lambing dacing dalam PRK mutakhir ini.
Semakin ku kerap lari darimu wahai PRK, semakin kerap kau datang, apakah ini petanda PRK negeri Perak juga akan berlaku selepas ini. Mungkin itu keluhan hati kecil Pemimpin besar BN sekarang ini.
Di Perak takut sangat nak adakan PRK, tetapi satu demi satu PRK perlu diadakan di Negeri lain. Bahkan ADUN hantar surat letak jawatan yang disahkan oleh speaker pun, SPR tak terima lagi kerana kononnya tidak berstem.
Lepas ni dengan keputusan Mahkamah Rayuan tu, tak perlu adalah lagi persidangan nak undi tak percaya, hanya cukup yakin dengan wujudnya majority, maka boleh ambil alih kerajaan. Kalau buat PRK bazirkan duit rakyat, tapi kalau beli wakil rakyat saperti laporan salah seolah pemimpin Keadilan Ipoh Barat kepada SPRM dan Polis tu, apakah ini bukan satu pembanziran duit r
Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment