1.Baru nak check status parti komponen.Heran bin ajaib bila baca nerita hari ini, PM nak siasat dulu dengan ROS status parti komponen BN iaitu PPP samada sah ke tidak sebelum dapat memberikan persetujuan samada untuk meresmikan AGM parti itu atau tidak. Tu dia ah, sampai parti komponen dia sendiri sah ke tidak pun dia tak tau, kerana yang ada dua presiden sekarang ni adalah parti dalam komponen BN sendiri, satu Kayveas dan satu lagi Murugiah. Bersilatlah dua-dua ni , yang mana satu yang akan jadi Presiden yang bakal ditentukan oleh Mahkamah mungkin, macam yang berlaku di Perak tu, ada dua speaker, dua MB dan dua set EXCO , sehinggalah mahkamah tentukan yang mana satu jadi MB pilihan mahkamah dan yang mana satu pilihan rakyat majority.
Takut pula ana bila check, rupanya dua-dua jadi parti tak sah, maka bila bernauang dibawah paying BN maka dengan BN –BN pula nanti jadi komponen yang tak sah , dan PM juga nanti jadi PM komponen tak sah pula. Tetiba bila jaga dari tidur, baru DS Najib tahun bahawa beliau sudah tidak ada majority lagi dalam parlimen dan sudah diarah letak jawatan kerana majority ini tak perlu kepada siding parlimen atau undi tak percaya lagi dah la ni saperti yang diputuskan oleh mahkamah rayuan bagi kes MB Perak.
2.Satu Malaysia.Tajuk ni amat menarik untuk di analisa terutama bagi wakil rakyat . Masuk kampong keluar kampong dan yang jelas sekarang ni bukan satu Malaysia tetapi banyak Malaysia. Baru tadi ana pi ke Kpg Sungai Siput, ( Mahawangsa), bertujuan menyerahkan sumbangan khemah kenduri dan terkejut beruk juga ana bila lihat apa yang dilaungkan satu Malaysia oleh manusia bernama Najib Razak rupanya hanya slogan penipu dan pembohongan yang jelas dan nyata. Ini buka hanya untuk rakyat antara bangsa Melayu dengan bangsa lain, tetapi sesama bangsa Melayu dan beragama Islam.
Peruntukan dibawah Kementerian luar Bandar yang dapat duit dari kerajaan pusat yang mendapat hasil dari cukai yang dikutip dari rakyat dan wang Negara yang disatukan, tetapi bila sampai nak buat . turap jalan kekampong, rumah rakyat didiskriminasikan , pelik ana lihat ada yang dimasukkan tar hingga depan tangga rumah dan ada yang jalan berlobang-lobang hingga nak bawa kereta pun susah. Bila ana tanya mereka kata yang ada tar tu rumah UMNO atau Siam sokong UMNO dan yang tak ada tar dan berlobang-lobang tu adalah rumah orang PAS. Bahkan rumah Siam yang tak sokong UMNO pun tak dimasukkan jalan tar depan rumah dia, apa ana nak kata, hanya dapat menyuruh mereka bersabar kerana inilah salah satu dari punca BN kalah di 5 negeri pada PRU ke 12 yang lalu diskriminasi terhadap rakyat sehingga rakyat sepakat menolak mereka. Maka atas kesedaran itu maka dislogankan satu Malaysia menggantikan Islam Hadhari, tetapi nampaknya pembohongan ini terus berlaku dan ramai yakin bahawa sekiranya perkara ini berterusan juga, maka PRU ke 13 nanti, Insyaallah lebih banyak lagi negeri yang akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat .
Rakyat semua sudah faham, duit adalah hasil keringat dan usaha rakyat, cukai dibayar oleh rakyat kepada kerajaan, dibahaskan didalam parlimen dan diluluskan untuk perbelanjaan dalam perbahasan bajet setiap tahun, tetapi bila sampai kepada nak diagihkan kepada rakyat kenapa ia harus didiskriminasikan, kalau rakyatb tak undi, maknanya rakyat benci pemerintah yang tak adil dan zalim la tu maknanya. Tak kan yang ni pun BN tak reti nak faham.
3.Penanti.
Yang ni lagi menarik. Ala pasal Kak Min kita ni la. Menurut YB Saifuddin, kawan ana dari Machang tu, jemput orang makan dirumah dia, ( kata tetamu , menghadiri jemputan pertunanagn anak Kak Min), lepas tu bercakap sampai 3 jam , rakam pula perbualan tu, top top bila masuk bertanding, keluar MP4 depa tengah berbincang pasal nak dealing agar Kak Min tarik diri nak lawan dalam PRK Penanti ni. Tau kah depa ni yang Kak Min dah serah boring atau dah beli boring nak masuk bertanding ketika tu, atau dah lulus ke kertas penamaan calon yang belum pun diserah kepada SPR pada tarikh tersebut, dan apakah kuasa depa nak buat deal dengan Kak Min pasal jawatan TKM PP tu. Ataukah skrip ni orang lain yang rancang dan tak kan lah PKR ni teruk sangat sampai tak tau nak pilih siapa yang lebih layak antara Kak Min dengan Dr Mansor tu yang nak dipilih jadi TKM PP nanti, atau antara Kak Min dengan calon bebas yang lain.
Kekadang kesian juga bila lihat setiap hari masuk dalam TV, takut nanti bila lepas PRK, tak tau nak sorok muka tang mana pulak nanti pi mana pun orang akan kata, apa khabar bakal TKM PP. Takut malu nanti . Jadi sesuai dengan apa yang dikata oleh YB Saifuddin tu, lebih baik berhenti la edar CD tu, yang ada gambar dan suara pun SPRM kena tubuh suruhanjaya diraja, macam video Lingam tu, ini kan pula hanya suara perbualan dirumah kenduri selam 3 jam pula tu. Cerita pasal tape Tun Zaki yang didedahkan oleh YB Karpal Singh dalam parlimen hari tu pun sampai sekarang ni masih belum tahu sampai kemana siasatan dibuat, inikan pula gebang dirumah kenduri.
Tahniah la kak Min kerana hari hari masuk TV la ni. Ana kalau orang tu hari-hari masuk TV dan kita ni buka dari parti yang jaga TV maka sah kita boleh buat andaian bahawa kita tu adalah orang harapan orang yang control TV, maknanya kita dan Kemnetrian TV adalah daripada kumpulan yang sama. Tak perlulah nak berlindung lagi kerana terkilas ikan diair sudah orang tahu jantan ke betinanya. Pasai apa calon bebas yang dua orang lagi tu tak masuk dalam PC dan TV hari-hari macam kak Min juga?
Wednesday, May 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment