Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, May 28, 2009

Sumbangan khemah kenduri.

Satu majlis penyarahan Khemah kenduri telah ana adakan di rumah MKK En Wahab di Kpg Mahawangsa Sungai Siput, Syngai Tiang. Majlis diadakan pada 27 May 2009 jam 3.30 petang sebagai menunaikan tanggungjawab dan janji yang telah diucapkan dulu sekiranya ada lebihan dalam peruntukan, maka kini tertunailah janji tersebut kepada mereka. Selama ini keluhan mereka adalah kalau hendak kenduri, terpaksa sewa di Felda Lubuk Merbau kera pakatan khemah disitu tidak dibenarkan oleh orang kuat UMNO di Kpg tersebut.


Ana berpesan kepada sahabat kita disana terutama ahli PAS supaya kita jangan bersikap begitu, kerana ini akan menyebabkan susana harmoni di Kpg akan terjejas dan sebab itu jugalah maka seluruh rakyat dimana-mana sekarang ini sedang menolak mereka sampai nak masuk pilihanraya pun sudah cuak, takut kalah dan terus kalah.
Bagi kita siapa pun nak guna kalau ada masa berikanlah, dan kalau semua kena bayaran untuk angkut dan maintain, maka kenakanlah sama kepada semua orang. Ana juga berjanji bahawa permohonan mereka untuk perkakas lain insyaallah kalau ada peruntukan atau lebihan perbelanjaan akan ana tunaikan.

Ana terkejut juga bila kali ini masuk Kpg Mahawangsa, dan terlihat ada rumah ada tar sampai depan tangga dan ada rumah yang langsung tak ada tar walau pun teruk nak sampai kerumah dia, rupa-rupanya sedang diadakan diskriminasi sesama umat Melayu dan Islam disitu, rumah tak ada rumah orang PAS dan yang ada rumah orang UMNO. Apa yang ana kesalkan adalah duit untuk turao tar adalah dari Kementerian yang kami bahas dan sama-sama lulus dalam parlimen, tetapi sampai nak laksanakan dibuat penginayaan macam tu, tetapi cukai dan hasil dari rakyat diperah tanpa kira sokongan atau parti apa, ana kata rakyat dah tunjuk contoh dan jawapan di 5 negeri dalm PRU ke 12 lalu.
Mereka juga akui bahawa pekara ini akan diteruskan oleh semua masyarakat baik Melayu, Cina dan Siam disana.

Moga rakyat terus sedar bahasa pilihkasih dan diskriminasi tidak disukai mereka.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.