Tuesday, June 2, 2009
Runtuh dan merudum, lepas ni apa pula alasan depa?
Depa ingat FELDA tu hak mak bapak depa, padahal semua tu adalah duit kerajaan, duit yang di pungut dari hasil rakyat, hasil negara dan hasil cukai rakyat. Lihat LHDN kelamarin kata negara bejaya kumpul beratus billion cukai . Itu duit rakyat la tu, kena agih utuk rakyat, jangan depa ingat hanya untuk kelompok tertentu saja.
Macam kami di Kedah khususnya di Pendang ni, punya la tak ketahuan bila sampai nak turap jalan dipilih-pilih rumah sapa BN dan rumah sapa PAS, yang BN sampai depan tangga, yang PAS teruk macam mana pun, tak dapat. Ana baru melawat Kpg Mahawangsa, begitu juga dengan Kpg Sawa Kecil, depa buat macam duit tu keluar dari kocek depa, ni semua akibat wujudnya perasaan tamak haloba yang tak kenal apa itu amanah dan apa itu khianat.
Kalau semua orang faham bahawa apa yang dia buat akan disoal diakhirat kelak, tak jadi macam ni.
Ana harap pihak KEDA di Sawa dan Kem Luar Bandar di Kpg Mahawangsa perlu prihatin hal ni, kerana doa rakyat yang dizalimi dan diiniayai tidak ada hijab didepan Allah. Lihatlah apa yang berlaku sekarang ni, setiap kali PRK kalah, kajian yang dijalankan oleh Merdeka centre, sokongan kepada PM baru merosot teruk, dan banyak kes-kes yang melibatkan runtuh demi runtuh sekarang ni tidak dapat lari dari amalan 'rasuah', tak payah kaji dan siasat rakyat sudah tahu kerana kalau dah RM 270 juta tapi tak sampai 2 tahun dah merudum, tak kan ikut spesifikasi kot. Sapa yang dapat semua tu, macam kes PKFTZ dan scopene, nafi, nafi, nafi lepas tu terbongkar semuanya.
Bila orang lain menang pilihanraya, kata lah rakyat tak mau keluar mengundi pasal tak sokong lagi PKR, perlawanan tak gentleman, ana nak tanya yang tak masuk lawan terus tu gentleman ke apa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment