Anak kelapan dari pasangan Mat Isa Arifin dan Salmah Khamis ini adalah aktif dalam sukan di sekolah beliau sejak dajah 3 lagi. 6 dari 9 adik beradik beliau merupakan pelajar yang aktif dalam bidang sukan, beliau adalah anak ke 8 dan akan mengambil UPSR pada tahun ini , juga merupakan salah seorang calon sasaran 5 A untuk sekolah pada UPSR tahun ini.
Menghargai kejayaan beliau mengharumkan nama Pendang, Negeri Kedah dan sekolah beliau, pada hari Ahad lepas, 30 Mei 2009, ana bersama isteri
Mengikut bapa beliau. En Mat Isa Arifin, anak beliau sering mewakili sekolah dan daerah untuk sukan dan sering mencapai kejayaan didalam acara yang ditandingi beliau. Sambil menunjukkan 2 butir pingat emas dan 2 butir pingat gangsa yang dimenangi anaknya itu dan satu piala krystal MILO-MSSM yang dibawa balik dari Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau setakat ini sudah pun mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil kerana kejayaan didalam bidang sukan ini dan ana menasihatkan beliau agar menseimbangkan juga akademik beliau selain daripada penglibatan didalam bidang sukan ini, dan memang beliau adalah merupakan salah seorang target student untuk 5 A Sek Kebangsaan Paya Mat Inson tahun ini.
Tahniah dan terus berusaha agar menjadi manusia yang berjasa kepada agama, bangsa dan tanahair, semoga berjaya didunia dan akhirat.
Contoh sudah ada Ruqayah ratu pecut Asia.
No comments:
Post a Comment