TPM hari ini berkata BN tidak pernah menghalang pengundi daripada menunaikan tanggungjawab mereka dalam melaksanakan demokrasi dalam negara ini. Beliau dengan sendirinya menafikan arahan Ketua Pemuda supaya ahli UMNO tidak keluar mengundi begitu juga arahan daripada Dato' Zainal Abidin supaya ahli UMNO jangan mengundi calon seliin BN , khianati parti kata neliau.
Ana amat tertarik bila melihat keputusan PRK Penanti semalam, majority yang diperolehi YB Dr Mansor Osman bertambah dari 2000 kepada 5558 kali ini. Dari mana majority itu diperolehi kalau dibandingkan dengan Fairus dulu. Dengan penafian TPM ini, bermakna satu agakan yang boleh kita buat adalah sudah barang tentu undi itu diperolehi daripada ahli UMNO yang tolong mengundi PKR yang dibawa oleh Kak Min dengan kereta dia, tapi bila sampai tempat mengundi di pangkah PKR.
Tak kan TPM tak boleh agak kot, ahli dia pun sekarang ini sudah tidak mahu mengundi depa lagi dah.Kita tengok la nanti apa akan terjadi pula kepada BN di Manik Urai nanti, terurai atau tidak manik di sana nanti. Apakah nak membazir duit atau tidak lepas ni, kalau BN masuk bertanding, sudah barang pasti banyak duit yang akan habis, jadi mungkin akan keluar satu arahan dari ketua pemuda pula, tok sah bertanding la, supaya dapat jimat duit rakyat. Maklumlah belanja satu-satu menteri nak pi banyak mana nak sediakan, nak resmi itu dan ini, sudah barang tentu nak kena claim, yang tak boleh claim cuma ketua pemuda UMNO saja pasal dia tak ada apa-apa kementerian untuk dia resmi dan claim.
Tahniah juga kita ucapkan kepada Kak Min kerana dapat publisiti hari-hari dalam media dan dapat la undi sekita 300 lebih, dan lesaplah duit deposit yang susah-susah dok kumpul selama ni tu dan jangan lupa lepas ni buatlah kerja sendiri menanggalkan poster tu, kalau tidak akan hangus deposit poster tu pulak Kak Min no.
Tahniah kerana berani berlawan tak macam BN yang kecut telor nak masuk bertanding pun takut, kalau kalah tentu terus pengsan.
No comments:
Post a Comment