Tuesday, June 16, 2009
Sahutan sudah diterima, awas berhati-hatilah semua.
DS Najib kata PAS ikhlas dalam menutarakan hasrat untuk berbincang dengan UMNO.
Hairan bin ajaib, sejak bila nada PM kita ni sudah bertukar tune, sebelum ini tidak pernah timbul kata PAS ini pernah ikhlas dalam perjuangan melaksanakan perlembagaan yang termaktub dalam buku perlembagaan PAS terutama didalam melaksana cara hidup berlandaskan syariat Islam.
Perli, hina dan kutuk, itu saja yang sering kita lihat dan dengar. Bahkan bila sesuatu yang nak dibuat di negeri yang diterajui PAS pun, bukan sedikit tohmahan yang sampai ketelinga Tuan Guru NAA, apa yang tidak disebut kepada beliau, bahkan dalam melancarkan bulan sembahyang pun beliau terus diperli dan dilabelkan berbagai gelaran. Beri cuti lebih kepada ibu yang baru bersalin pun, kena perli padahal sekarang ini semua orang nak ikut. Begitu juga bila laksanakan cuti 2 hari seminggu pun, mereka label sebagai rakyat Kelantan malas bekerja, tetapi akhirnya pusat ikut pula apa yang telah pemimpin PAS laksanakan.
Tadi sewaktu membahaskan pindaan undang-undang berhubung dengan LHDN, wakil Kelantan dari Machang mendedahkan pasal penafian Menteri yang pernah memberikan jawapan tentang hak Kelantan mendapat royalti minyak yang jelas termaktub dalam buku hasil petrolium negara yang mencatatkan 4 negeri yang mengeluarkan hasil petrolium, iaitu Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu. Tetapi bila ditanya kenapa royalti tak dibayar kepada Kelantan, maka dalam jawapan Menteri dulu kata tidak ada minyak dikeluarkan dari Kelantan.
Begitu juga dengan pendaratan gas , terpaksa dibawa ke Thailand ( Songkla) yang jaraknya lebih jauh berbanding dengan pantai Kelantan hanya 100 km sahaja, padahal terpaksa dikongsi dengan Thailand sebanyak 50 %( bahagi dua dengan Thailang serta kena bayar harga tanah ), padahal kalau di Kelantan hanya 5 % sahaja kena bayar royalti.
Tetapi apabila Kelantan tidak dapat membangun macam negeri lain, maka terus telunjuk dihalakan kepada kerajaan pimpinan PAS menyatakan tak tau cari duit, tak pandai cari pelabur , tak kreatif dan inovatif dan berbagai macam tuduhan lagi .
Tetapi bila wujud satu perkataan pada ketika ini pasal 'perpaduan', maka perkataan ikhlas terpacul keluar dari mulut PM dan nanti akan dilihat pula seluruh anggota kabinet akan mengikut rentak dan nada yang sama. Mungkin akan disambut dengan permaidani merah pula .
Apa yang kita perlu waspada adalah dikala mana PRK Manik Urai sedang menanti, dikala mana kekalahan demi kekalahan mereka tempuhi, dikala mana talian hayat mereka hampir putus, maka dikala itulah sambutan hangat diberikan atas dasar perpaduan. Maka sudah jelas lagi bersuluh bahawa racun berbisa ini perlu dikendalikan dengan berhemah dan baik serta penawar perlulah segera dicari agar ianya tidak terus merosak dan memusnahkan kita dan jemaah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment