Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, August 26, 2009

Bola sepak, moga Kedah menjadi juara lagi.

Bolasepak merupakan satu bentuk sukan yang diminati oleh semua golongan masyarakat dan kaum. Siapa saja yang menjadi pemain, pasti akan ada peminat dan penyokong. Peminat dan penyokong pula terdiri dari pelbagai kaum dan ugama. Atas permohonan masyarakat Siam ketika ana menziarahi kematian MKK Siam tempoh hari, maka hari ini selepas menziarahi kematian Tuan Hj Ahmad, MKK di Kokbah, bersama En Rusli Mat Pengerusi Lajnah HAK dan En Kunasegari SU Kelab Penyokong PAS, ana telah menyampaikan sumbangan bolasepak kepada pemuda Siam di Wat Paya Mat Inson.


Pengerusi Wat Paya Mat Inson En Pu Chit a/l Din Sing mewakil pemuda dan penduduk.
Tujuan kehadiran ana juga untuk melihat permohonan penduduk di Wat tersebut terutamanya pelajar Sami yang tinggal didalam wat mendapat lampu jalan yang dipohon dulu, apakah sudah siap dipasang atau belum. Memang mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit terutama tuan DO dan TNB serta MDP yang telah memasang lampu tersebut yang telah dipohon oleh mereka bertahun-tahun, tetapi tidak mendapat perhatian.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah memberi perhatian yang serius terhadap keperluan masyarakat Siam terutama didaerah Pendang ini.
Ana juga berharap agar mereka dapat menyuarakat permasalahan masyarakat Siam untuk pengetahuan kerajaan dan kami wakil rakyat melalui MKK yang dilantik akan sama-sama kita selesaikan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.