1. Tahniah YB Ustaz Salleh Man
Ana mengambil kesempatan dibulan Ramadhan yang penuh berkat ini mengucapkan tahniah keatas kejayaan YB Ust Salleh yang mengekalakn kemenangan PAS di Pengkalan Pasir yang telah 3 penggal dimenangi oleh YB Allahyarham dato' Hamdan A Rahman. Kesempatan ana membantu kempen pada hari Jumaat di Pengkalan tambang UPU Permatang Ara sudah jelas menampakkan bahawa kejayaan berada ditangan PR pada ketika itu, namun perasaan risau tetap ada keraja nampak banyak jabatan kerajaan yang datang membantu BN terdiri dari RISDA, Kesihatan, Kementerian Pengguna dan berbagai lagi termasuk apa yang disebut kor kesihatan tentera pun ada , nampak ambulan mereka hilir mudik kesana sini serta beranika jenis menteri mundar mandir dengan gaya orang kampong, bahkan ada yang turun bersahur bersama dengan masyarakat kampong disana. Tahniahlah ana ucapkan kepada TPM dan Menteri yang berijawa rakyat ini dan diharap teruskan khidmat sebegini walaupun selepas pilihanraya kecil ini. Cuma satu yang mungkin kita tidak lihat adalah menteri yang turun kesawah tanam padi atau cabut semai kerana bukan musim menanam lagi ketika itu, kalau tidak boleh kita lihat betis menteri yang kena lintah dan pacat serta betapa kekoknya mereka menggunakan kuku kambing hendak menanam anak semai tadi. Ana sempat terserempak dengan YB Ketua Penerangan UMNO Dato' Ahlan Maslan di masjid Kpg Pelet pada Jumaat itu dan kelihatan wajahnya yang tak berapa ceria apabila berbicara dengan Dato' Mahfuz pengarah PRK bagi PAS di PP itu kerana masalah calon yang dibangkinkat oleh YB Dato' Mahfuz itu. Harap dimasa lain jangan adalah lagi calon mana-mana pun yang ada masalah saperti ini, walaupun layak tetapi kalau ada masalah undang-undang yang melibatkan penginayaan kepada rakyat, apalah gunanya mereka dilantik menjadi pemimpin dalam masyarakat. Titik dan noda hitam sudah ada, bersih macam mana pun akan terlihat bekasnya kepada umum. Tahniah Ustaz Sallah Man, selamat bertugas, moga dapat membawa keberkatan didalam perjuangan anda. Insyaallah.
2. Sebut past sebat pula, ana tertarik kali ini dengan ulasan oleh TS SS Mufti perak, pasal minum arak kena sebat sehingga 80 rotan bukan nya hanya 6 saperti yang dihebohkan sekarang ini. Memang arak merupakan ibu segala maksiat dan hukumannya juga cukup keras didalam syariat Islam. Cuma yang kita kesalkan ada diantara mereka yang tak faham mahu bercakap pasal hukuman ini. Kalau kita lihat kepada enakmen jenayah syariah itu sendiri terutama didalam bab sebat didalam Islam ini dan daripada sejarah rasulullah sendiri berhubung dengan sebat ini, ianya ternyata tidak sama dengan sebat yang berlaku didalam penjara sekarang ini. Ana pernah lihat sebatan didalam penjara dalam kes rogol dan dadah, memang menyakitkan dan memeritkan sehingga terkoyak kulit dan berdarah serta membawa kesan parut yang kekal. Pernah ana ditugaskan untuk membuat pemeriksaan keatas pesalah yang hendak disebt tahap kesihatan mereka sebelum dan selepas disebat dan jumlah sebatan maksima yang boleh mereka tanggung pada masa sebatan itu, tetapi ini ternyata tidak menimbulkan keinsafan keatas pesalah kerana ramai yang sudah kena sebat sebelum ini masih lagi sanggup melakukan kesalahan yang membawa kepada hukuman sebat seterusnya. Sebatan didalam syariat ada cara dan tertibnya, didalam enakmen Pahang tersebut terdapat 8 syarat untuk sebatan dan ternyata ianya tidak menyakitkan dan tidak melukakan kulit dan cara sebatan pun tidak sampai kuat saperti didalam penjara sekarang dan motifnya adalah sebagai pencegahan kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama dan keinsafan untuk pesalah agar tidak melakukan lagi kesalahan tersebut serta dihindar dari hukuman diakhirat kelak yang ternyata lebih perit dan lebih azab lagi. Ingatlah bahawa seteguk kita minum air kencing syaitan ini, 40 hari amalan sembahyang kita tidak diterima Allah taala. Insaflah mereka yang sering meneguk air iblis ini .
Ana harap ini merupakan satu permulaan kepada kita untuk mendekatkan diri kearah melaksanakan apa yang terkandung didalam hukum Allah kepada kita umat Islam ini walaupun ianya bukanlah yang sempurna kerana semua orang akan sedar dan terus mendalami lagi ilmu Islam ini sehingga tercapai perlaksanaan syariat didalam kehidupan kita yang maha singkat ini berbanding dengan kehidupan dihari akhirat yang akan kekal selama-lamanya.
3.Sebut pasal EXCO Kedah yang keluar daripada Pakatan untuk jadi bebas ni, memang kebanyakan kami wakil rakyat sudah mendapat gambaran dan bayangan sudah lama dah! Perjumpaan demi perjumpaan telah berlaku diantara si A dan Si B dimerata tempat dah, bahkan yang terbaru di kelab Cinta Sayang di SP dan membawa kepada di Kulim juga tidak pernah dinafikan. Walaupun dikatakan itu perjumpaan biasa sesama wakil rakyat untuk membincangkan masalah rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat, tetapi apa yang menghairankan kenapa ianya dilakukan didalam suasana beberapa mata dan sulit dan perkara yang dibincangkan juga sulit. Biasanya kalau EXCO nak mesyuarat, ada minit mesyuarat dan ada tarik serta ada pegawai yang ikut serta mencatit minit dan dibentangkan untuk p[engetahuan MB dan untuk dilaksanakan oleh pegawai berkenaan. Setahu kami ini tidak berlaku. Pendedahan oleh DSAI dalam parlimen semasa perbahasan bajet tambahan yang lepas pun ada menyatakan dengan jelas hal pertemuan dan perbincangan ini . Bolehlah baca dalam hansard parlimen kalau nak tahu dengan lebih jelas lagi hal ini. Ternyata penyunduran diri beliau memang tidak memeranjatkan banyak pihak dan sudahpun terbayang sejak gerakgeri beliau dihidu oleh banyak pihak .
Wednesday, August 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment