Asslamualaikum
Selamat berpuasa untuk hari kesembilan hari ini.
Rasa tak berapa seronok sikit sekarang ini kerana kawasan terlibat dengan banjir dan banya rumah dinaiki air , jadi kena bersedia dengan sebarang kemungkinan .
Walaupun ini merupakan suatu yang lumrah bagi kami di Pendang, bila setiap kali tiba bulan puasa, maka banjir adalah suatu yang lumrah dan terpaksa dihadapi bilamana musim hujan sudah berubah kebulan Septembar / Ogos mutakhir ini.
Walau bagaimanapun bersyukur kita kepada Allah kerana banjir disini tak saperti apa yang berlaku di negara luar yang biasanya melibatkan korban nyawa yang ramai.
Walaupun dibulan Ramadhan yang mulia ini, ada juga program yang ana hadhiri semalam yang melibatkan anak-anak pelajar dari UUM yang mengadakan program kesukarelawan mereka di kampong Tempoyak , Pendang.
Program ini termasuk didalam kerja kursus mereka dan pelajar yang mengambil kursus ini kenakan membiasakan diri didalam menganjurkan program melibatkan masyarakat agar bila mereka keluar nanti mereka akan dapat mengendalikan program serupa didalam lapangan masyarakat dan tidak kekok untuk mengendalikan majlis.
Walaupun mereka masih lagi belajar, ana rasa mereka sudah mempunyai keupayaan untuk melakukan program saperti yang telah biasa dilakukan oleh anggota masyarakat yang telah lama berkecimpung didalam lapangan ini.
Semasa didalam ucapan perasmian, ana menekankan akan konsep integriti dan kelelusan didalam pentadbiran dan kebertanggungjawaban didalam memikul amanah yang diberikan. Ini disebabkan oleh kerana dengan adanya sikap ini sajalah sesuatu tangginungjawab itu dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa ada pilih kasih dan kezaliman didalam pengagihan pendatan negara agar apa yang berlaku didalam masyarakat sekarang ini tidak terus tejadi dan yang akan menerima akibatnya ananti adalah anak cucu kita juga.
Apa yang diharapkan kepada mereka adfalah jadikan gelanggang universiti itu sebagai tapak untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dan gunakan kepakaran yang ada untuk membimbing masysarakat apabila berkerjaya nanti. Jangan harapkan untuk mendapat pekerjaan semata-mata apabila keluar universiti kerana bukan semua dapat diserap didalam pekerjaan yang semakin sengit sekarang ini, tetapi jadikan ilmu yang kita pelajari itu untuk mencipta pekerjaan agar orang lain dapat menumpang kita untuk mendapatkan pekerjaan.
Program sehari suntuk itu melibatkan anak-anak pelajar dan orang dewasa merangkumi program ceramah dan nasihat serta pemeriksaan kesihatan, motivasi pelajaran dan kaunseling dan diakhiri dengan program berbuka puasa dan solat .
Moga mereka akan mendapatklejayaan didalam proses menimba ilmu pengetahuan dan dapat menjadikan pengalaman pada hari ini untuk dapat ,merungkai permasalahan masyarakat kelak, Insyaallah.
No comments:
Post a Comment