Kemiskinan dan hidup dalam serba kedaifan, memang tiada siapa pun yang mahu, tetapi Allah menjadikan ada yang miskin dan ada yang kaya, ada yang lemah dan ada yang kuat. Itulah yang menjadi asam garam hidup didalam dunia. Oleh sebab itulah Allah menyediakan pahala untuk manusia yang berada dengan ibadat zakat, sedekah, infak dan sebagainya sebagai sumbangan kepada yang kurang bernasib baik ini.
Dalam suasana Negara yang dikatakan makmur setelah 51 tahun merdeka ini, percaya atau tidak, kita masih lagi mempunyai ramai warga Negara yang berada dalam keadaan miskin yang agak teruk dan kehidupan mereka lebih teruk dari kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Memang kita tidak menafikan wujud berbagai agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memntau dan membantu mereka yang betul-betul daif dan memerlukan. Jabatan kebajikan masyarakat, jabatan zakat, baitulmal dan pejabat daerah dan sebagainya mempunyai peruntukan untuk melaksanakan tugas ini, namun kalau kita kerap meninjau kekampong yang agak dalam sedikit daripada pekan pasti akan kedapatan masih ramai mereka yang sepatutnya dibantu melalui tabungan hasil wang kutipan cukai rakyat ini diabaikan, entah apa puncanya kita masih menunggu jawapan dari pihak berwajib.
Ana pada pagi tadi, 6 Ogos 2009, kebetulan mendapat berita tentang sebuah rumah dipukul ribut pagi semalam, bergegas meninjau rumah berkenaan tadi
tuan empunya rumah Puan Sharipah Shaari, ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak, suami baru meninggal kemalangan jalanraya di Rawang beberapa bulan lepas. Diberihu bahawa ada sebuah keluarga yang daif, sang suami tidak dapat bekerja kerana tangannya masih lebik kerana kesan lumpuh dan usaha mencari rezeki dilakukan oleh isteri dengan menorah getah orang dengan upah sebanyak RM 10 sehari mengikut hari bekerja, kalau hujan maka tidalah hasil beliau sekeluarga. Pak Cik malang tersebut Abd Kadir Ismail tinggal di Kpg Padang Panjang, Kuala Rimau telah beberapa kali diinterview oleh pejabat Kebajikan dan sudah diambil nama beberapa kali oleh penghulu dan dikunjungi wakil rakyat sebelum ini, namun masih belum mendapat mana-mana bantuan baik untuk membaiki rumah atau perbelanjaan harian .
Memang ana lihat rumah beliau memang agak teruk dan tak sesuai diduduki kerana sudah banyak kawasan yang dimakan anai-anai dan memerlukan pembaikan segera.
Apakah silapnya , ia bertanya kepada ana walhal mereka yang duduk dikampong yang sama yang masih kuat kudrat untuk bekerja mendapat bantuan rumah PPRT, ana terkedu tidak dapat menjawab dan berjanji akan berusaha mendapatkan balik pendaftaran nama beliau dengan pejabat Kebajikan agar sekurang-kurangnya beliau mendapat sedikit habuan hasil dari kekayaan Negara ini.
Thursday, August 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment