Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, October 22, 2009

Bahas dalam parlimen semalam

12.23 tgh.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima
kasih Menteri. Sebentar tadi disebut tentang insentif kepada Orang Asli yang bekerja di ladang.
Bagaimana pula dengan pandangan yang dibuat oleh banyak Ahli Yang Berhormat dan juga
semasa celahan saya kepada Yang Berhormat Padang Terap semalam berhubung dengan insentif kepada pekebun-pekebun kecil yang tidak dapat mengeluarkan hasil kerana musuh
utama pokok getah ini adalah hujan dan juga kemarau. Misalnya pada bulan puasa baru-baru ini
hanya tiga hari dalam sebulan mereka dapat melakukan kerja-kerja torehan. Jadi, hasilnya cukup
kecil dalam keadaan suasana harga getah yang menurun sekarang ini.
Keduanya berhubung dengan mungkin akan dijawab oleh Menteri tetapi sebelum dijawab
saya ingin tahu apakah pekebun-pekebun kecil yang telah mengubah mereka ini menjadi
anggota RISDA tetapi mengubah tanaman mereka kepada tanaman lain selain getah seperti
kelapa sawit, dan juga tanaman kontan. Apakah mereka ini juga mendapat faedah daripada
RISDA ini? Dan memodenkan penanaman getah ataupun industri getah ini dengan cara-cara
untuk menahan daripada terkena hujan misalnya dibuat oleh Guthrie suatu ketika dahulu?
Apakah ini diteruskan oleh pihak RISDA ataupun pihak kementerian memandangkan ianya akan
memberi manfaat ketika musim-musim hujan.
Keempatnya, akhir sekali adalah daripada perundingan dengan kerajaan-kerajaan negeri
selain daripada Sabah dan Sarawak. Apakah RISDA juga merasakan bahawa kerajaan-kerajaan
negeri lain juga perlu diberi perhatian di dalam anggota RISDA ini kerana saya lihat dalam rang
undang-undang ini hanya Sabah dan Sarawak sahaja dipentingkan dalam keanggotaan ahli-ahli?
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Iaitu
berhubung kait dengan apa yang dibangkitkan sebenarnya dia persoalan dijuruskan kepada
Orang Asli jadi saya jawab Orang Asli. Sebenarnya diikuti oleh peneroka yang lain pun, ya.
Malahan bukan hanya setakat itu, banyak inisiatif-inisiatif diberikan kepada pihak peneroka ini
berhubung kait dengan wakil-wakil ataupun negeri-negeri yang kita majukan RISDA memang
masuklah. Di Kelantan pun kita masuk kita bantu. Wakil pun ada di situ malahan di peringkat
negeri Kedah pun, ya kita ada di situ mempunyai wakil kita sedang hendak bincang dengan pihak
kerajaan negeri bagaimana untuk membantu masyarakat di peringkat ini, ya.

Saya mengharapkan bahawa segala apa yang diluahkan ini dan apa yang dijanjikan oleh menteri dapat dikotakan janji tersebut sesuai dengan apa yang dipraktiskan dinegara maju yang mengabsahkan pilihan rakyat tetapi dinegara kita semasa kutip cukai semua kena tapi bila nak laksanakan kepada rakyat satu Malaysia di bahgikan negeri dan rakyat yang bukan dari puak BN diabaikan dan dipinggirkan saperti apa yang berlaku didalam KEDA dan MADA dimana jabatan yang beroperasi iaitu KEDA dan MADA adalah 100 % menggunakan tanah yang berada didalam negeri Kedah tetapi wakil yang berada didalam lembaga pengarah badan ini tidak diwakili oleh wakil dari kerajaan negeri , saperti pengerusi MADA adalah daripada ketua pembangkang, apakah ini boleh berlaku didalam kerajaan persekutuan. Oleh sebab itu maka berlakulah apa yang sering dibangkitkan oleh rakyat dibawah dimana didiskriminasi mengikut perspektif politik saperti yang pernah saya suarakan didalam dewan dah beberapa kali dimana beberapa rakyat yang sudah dipilih oleh jawatan kuasa pemilih KEDA yang mana mereka ini tak ada rumah dan miskin tegar telah dipanggil dan dilatih di Pusat Latihan KEDA di SIK, tetapi bila dah nak diserah kunci rumah maka datanglah orang politik yang menjadi penghalang menarik balik penyerahan tersebut dan dikhabarkan seramai 13 orang, maka teraniayalah mereka itu walaupun telah dipilih oleh jawatankuasa dan bertepatan dengan syarat dek kerana hanya menjadi penyokong kepada parti lain daripada wakil orang politik tadi, dek kerana dia berada didalam lembaga pengarah badan tersebut.
Jadi harapan agar satu Malaysia ini dilaksanakan betul-betul supaya tidak menjadi 2 jenis rakyat .

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.