Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, October 27, 2009

Bahas Pingat PGB.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pendang dan
selepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
12.01 tgh.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak menyentuh dua perkara sahaja dalam perbahasan Rang Undang-undang Panglima
Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 ini. Sebagaimana yang kita tahu bahawasanya
pingat ini diberikan kepada mereka yang betul-betul berjuang kerana keberanian mereka
mempertahankan negara dan juga nyawa rakyat dalam negara ini. Untuk mendapat ataupun
mencapai kegagahan dan keberanian tersebut maka keselesaan di dalam perkhidmatan ataupun
suasana kondusif dalam perkhidmatan perlulah diberi perhatian oleh pihak yang
bertanggungjawab.
Saya hendak menyentuh tentang apa yang berlaku khususnya di kawasan saya iaitu
berhubung dengan penempatan pasukan polis dan juga tentera. Sebagaimana semua sedia
maklum, Menteri pun sudah bertukar sekian ramai, sekian kali dan telah melawat di kawasan
saya ini dan kebetulan pada hari raya yang lepas saya telah melawat kawasan mereka.
Penempatan ataupun tempat kerja yang ada pada pasukan polis untuk menjadikan mereka ini
berani dan gagah untuk mempertahankan negara ini cukup sedih. Mereka hanya ditempatkan di
dalam kontena. Ini cukup sedih dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, ini sesuatu yang tidak kondusif bagi pasukan keselamatan kita untuk
mempertahankan negara kita ini. Tidak wajar jika pasukan polis yang mempertahankan negara
ini hanya bertugas dalam kontena dan diletakkan nun di hujung kampung, tempat yang orang
Kedah kata ‘jin bertendang’. Ini maknanya hanya jin sahaja yang duduk di sini dan kita letakkan
polis. Tidak mungkin kita hendak meletakkan polis ini menjaga jin-jin bukan menjaga manusia.
Hujah saya ini perlu diberi perhatian oleh pihak terutamanya yang paling atas iaitu Perdana
Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini paling
sesuai untuk saya rujuk kes ini.
Kedua, tentang apabila kita berhubung dengan pihak keselamatan bertanya kenapa tidak
sewa kedai? Kenapa tidak mendapatkan satu premis yang lebih sesuai? Jawabnya, kalau pergi
DR. 22.10.2009
34
ke kedai kita kena sewa. Tidak mungkin kita hendak menyewakan kedai untuk pegawai polis kita,
tempat yang lebih selesa dan kondusif ini kerajaan terpaksa memberikan jumlah sewa untuk
diberikan kepada mereka.
Ketiga adalah tentang kemudahan perubatan kepada anggota-anggota keselamatan kita
ini. Banyak kita lihat rungutan daripada isteri mereka, anak-anak mereka dan juga mereka sendiri
setelah berpencen dan tidak lagi bertugas sebagai pegawai keselamatan di dalam akhbar-akhbar
harian dan TV merayu untuk mendapat misalnya kerusi roda dan alat-alat gantian kaki dan
tangan palsu. Sering terdapat di dalam akhbar-akhbar. Tidak wajar jika Tabung Angkatan
Tentera terpaksa membuat rayuan setiap tahun untuk minta derma daripada orang ramai. Tidak
mungkin kerajaan tidak dapat memperuntukkan sedikit sumbangan dan masukkan ke dalam
tabung ini supaya bekas-bekas anggota pasukan keselamatan kita yang bertugas sehingga
mendapat anugerah Panglima Gagah Berani ini mendapat sumber kewangan mereka untuk
mendapatkan rawatan misalnya kemudahan mesin dialisis di hospital-hospital dan juga pusatpusat
dialisis yang ada di dalam negara kita ini. Ini pun terpaksa membuat rayuan. Jadi, saya
merayu kepada Yang Berhormat Menteri supaya memberi perhatian terutamanya dalam rawatan
perubatan kepada bekas-bekas pasukan keselamatan kita ini supaya tidak lagi di dalam akhbar
kita penuh dengan rayuan-rayuan daripada bekas anggota tentera.
Baru-baru ini saya ada menerima dua keluhan daripada bekas anggota tentera, ibu
tunggal. Suaminya anggota tentera terpaksa merayu di dalam akhbar untuk mendapatkan
bantuan. Jadi, saya berharap kepada pihak Yang Berhormat Menteri beri perhatian kepada
rayuan saya ini dan rayuan bekas-bekas pasukan keselamatan kita. Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.