Bajet sulong yang disampaikan oleh Menteri kewangan nampaknya ada banyak goodies yang dilemparkan kepada rakyat, tetapi didalam goodies itu ada jerat yang akan mencengkam kembali hak rakyat.
Sekali pandang, memang agak melegakan banyak pihak tetapi kalau diteliti betul-betul, memang ianya banyak juga yang menjamin wang mudah kepada pihak penguasa.
lihat saja apa yang akan dilakukan untuk membuang wang rakyat dan menambah kantung pemerintah saperti caj kad kredit yang uta-buta rkyat kena bayar RM 50 dan RM 25 untuk kad utama dan kad supplementary. Dahlah rakyat kena bayar 18 % caj yang bank kenakan, ini pula tambah 50 ringgit daripada kerajaan , dulu kata nak pergi ke high economy , cashles transaction dan mcam-macam lagi yang kita pun susah nak faham , pas tu hampuk atas kepala rakyat.
Yang aku kesian, depa yang dok kat Sabah dan Sarawak, dahlah jadi deposit tetap kepada BN, tapi bila nak capai Broad band, susah nak dapat, hanya 25 % saja bebanding dengang Hong Kong, Singapura, Taiwan, India dan lain -lain negara, tu pula depa yang ada BB ni diberikan percuma pengecualian cukai setahun RM 500 . tak ke berbulu demo tu disana, dahlah BB tak ada, mana nak dapat penegcualioan RM 500 tuh.
Pas tu dengar kata minyak akan distruktur semula, maknanya nak beli minyak lepas ni kena pakai MyId card, maknanya akan naik harga lah lagi, alasan subsidi tak kena sasaran dan rakyat yang betul tak dapat faedah. Depa kata kereta besar tak patut dapat subsidi, ana nak tanya awat keta besar tu bayar road tax sikit ka banyak banding keta kecik, awat insuran yang orang keta besar tu sikit ka kalau banding dengan insuran keta besar, dan kos yang lain keta besar kena tu sikit ka kalau banding dengan keta besar, dan lain-lain lagi la kalau nak tanya, bukankah depa tu brakyat kita semua. Malaysia ni kira hidup atas ihsan rakyat belaka, pasai tu apa nak buat kenalah bagi balik kepada rakyat.
Yang penting projek yang billion yang masuk kocek depa tu yang kena jaga. Rasuah dan over paying saperti dalam star kelmarin ni, hampir 20 billion setahun lebih bayar, itu perlu dijaga agar banyak lagi yang rakyat dapat.
Pasal klinik 1Malaysia dibandar, ana rasa lebih baik la tingkatkan khidmat kesihatan untuk penduduk luar bandar kerana kalau setakat batuk demam selsema dan nak ambil ubat dari MA saja, lebih baik depa dibandar pi kat farmasi atau klinik suasta yang berlambak ada di bandar tuh. Ni kami dikampong ni, dah janji nak buat hospital, tapi mana dia dah hampir 10 tahun dah, mana dia doktor yang selalu kena pindah sana pindah sini, mana dia mabulan yang sering tak ada bila nak guna, mana dia ubata yang bila nak ambil jururawat kata kena beli sendiri, mana dia prostesisi yang rakyat kena beli sendiri padahal mereka memerlukan nya sangat-sanagt saperti patah dan sebagainya, mana dia kemudahan dialysis di luar bandar yang dapat diberi dengan kos yang minima dan banyak lagi lah kalau nak minta, pasai duit tu depa yang urus.
cukup dulu kot.
Monday, October 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment