Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, November 12, 2009

Kempen dalam sekolah eh!!


Saperti ketam mengajar anak berjalan betul, itulah pepatah yang boleh kita gunakan untuk Menteri Pelajaran kita ini. Berdegar-degar bercakap diluar memberitahu dan mengarah sekelian cikgu dan guru, pendita dan mahaguru agar jangan gunakan sekolah untuk tujuan politik nanti murid akan turut dimainkan oleh orang politik, tapi itu arahan untuk politik selain BN, kalau BN tak apa, biar anak kencing berlari bila cikgu dah kencing berdiri, ini kalau Pak menteri sendiri yang kencing sambil berlari macam buat di SMKA Yan ni, nanti kalau cikgu ikut bawa politik masuk kedalam sekolah Menteri janganlah marah pula.
Kalau nak masuk sekolah sangat Pak menteri ooi, janganlah guna nama Tim Pengerusi BN, gunakan nama Menteri Pelajaran, lambang tu biarlah harimau berjuang, bukannya dacing berkarat tu.
Habis cikgu naik meluat, depa ingat bila ada gambar PM, dah tentu PM nak mai. tapi tak ada pula nampak rupa PM pun. Kot kalu juga PM ganti, pun tak mai juga.
Yang mai masuk sekolah Tim Pengerusi BN, bukan Menteri Pelajaran.
Pasal tu baru ni ana tanya di Seputeh KL sana, Ketua Pemuda masuk sekolah beri pensil kepada murid yang nak periksa, Menteri kata boleh, maknanya lepas ni kalau ketua Pemuda dari Pakatan nak masuk, kita harap jangan ada halanganlah dan cikgu jangan takutlah nak benarkan kami masuk ke sekolah nanti.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.