Semalam dalam dewan rakyat riuh rendah pasal Menteri tak jawab bila wakil rakyat bangkitkan pasal wang ehsan ganti royalti .Bila PM jawab persoalan wang royalti rakyat Kelantan tuntut kerana perah minyak dari perut bumi perairan Kelantan, maka dalam jawapan PM kata depa tak layak dapat kerana royalti hanya diberi dalam keadaan bilamana hasil laut tu berada dalam 3 batu nautika sahaja, bukan dalam laut lepas sana.
Ini kata PM , hasil dari Kelantan tu berada nun jauh lebih dari 3 batu nautika, jadi tak layak lah dapat royalti, hanya kerajaan nak beri wang ehsan sahaja, macam la dulu yang kerajaan rampas bila PAS perintah Terengganu tahun 1999 dulu.
Hal ni sepatah pun Menteri tak jawab masa dia gulung perbahasan bajet semalam, pasal tu ramai ahli dewan yang bangun membantah sehingga diselamatkan oleh speaker dan janji menteri nak beri peluang pula dalam peringkat jawatankuasa.
Kalau kita lihat balik apa yang telah berlaku dulu masa Datok Fadhil Nor duduk dalam dewan, kita dapati dah heboh pasal royalti dan wang ehsan ni bilamana Ust Fadhil kata royalti adalah hak kerajaan yang termaktub dalam perjanjian antara kerajaan negeri dengan petronas yang ditandatangani dalam tahun 1974 ,( dan tak ada pula dsyarat kata 3 batu nautika pun ), dan wang ehsan ni adalah duit dari ehsan yang nak diberi oleh kerajaan kepada sesebuah negeri , macam sedekah , nama pun ehsan, rasa nak beri boleh beri, rasa tak nak beri maka tak beri, macam di Terengganu la ni , royalti pun tak dapat dan ehsan pun tak dapat. Masa PAS perintah hari tu rakyat dapat juga wang ehsan yang diberi terus dalam berbagai keadaan .
Kita dapat lihat ehsan tu adalah untuk tujuan politik BN/ UMNO kerana nak pancing undi sahaja, kalau dah depa perintah macam di Terengganu tu , buat apa nak pancing kerana depa dah perintah dah. Pasal tu sekarang ni di terengganu dah jadi huru hara kerana fulus dah tak mashuk macam dulu masa dapat wang ehsan dulu. Pasal tu bila PAS perintah dapal juga wang ehsan, masa BN perintah dapat wang royalti, tapi bila sakit hati Dr M masa tu kata royalti tukar jadi ehsan dan PM DS Najib pun ikut sama.
Kita lihat apa bekas Mentri di JPM jawab dalam dewan rakyat:
Dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Wong See Wah) menyatakan : "..Sejak bulan Ogos 1975 sehingga bulan Februari 1993, PETRONAS telah membayar royalti sebanyak RM3.71 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu, RM1.49 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan RM2.79 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak".
Dia tak sebut wang ehsan kerana hasil minyak tu adalah terletak dalam lingkungan 3 batu nautika ikut istilah PM DS Najib. Kalau kita pergi Sabah dan Sarawak tak nampak pun telaga minyak mereka dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai kedua-dua negeri tu, tapi kenapa masih dapat royalti saperti Menteri jawab tu. Sebabnya satu saja, kerana yang akan dapat adalah Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS.Pasal royalti ni dia kena ikut perjanjian bukan macam ehsan yang ikut suka pusat, banyak mana nak beri pun boleh dan tak nak beri pun boleh, nama pun ehsan, dan tak wujud pun dalam perjanjian berapa peratus saperti royalti jelas termaktub jumlah peratusnya.
Monday, November 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment