Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, November 11, 2009

Subsidi dah tak ada, Tukar kepada air pula.

Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [Pendang] minta Menteri Sains, Teknologi dan
Inovasi menyatakan apakah perkembangan terhadap penggunaan kereta menggunakan air
sebagai sumber tenaga yang telah dilancarkan beberapa tahun dahulu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Tuan Haji Fadillah bin Yusof]:
Wa’alaikumussalam Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan
Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat penggunaan kereta yang menggunakan air
sebagai sumber tenaga yang telah dilancarkan beberapa tahun lalu merupakan teknologi baru dimana penjanaan gas hidrogen daripada air yang mana gas hidrogen itu kemudian disalurkan kekarburator untuk membantu pembakaran minyak. Hidrogen mempunyai potensi yang besar sebagai bahan api mesra alam dan dapat mengurangkan pergantungan negara terhadap pengimportan tenaga. Teknologi hidrogen adalah proses elektrolisis ataupun penguraian molekul air kepada hidrogen dan oksigen. Hidrogen dan oksigen ini akan disalurkan ke dalam genset untuk menjana tenaga elektrik. Pemecahan atau penguraian molekul air berlandaskan proses elektrolisis masih dalam peringkat kajian di seluruh dunia untuk memastikan hasil yang didapati adalah efisien dan sesuai untuk diguna pakai untuk jangka masa panjang dengan kos yang berpatutan.

Tuan Yang di-Pertua, kajian prototaip yang dijalankan sebelum ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya disebabkan isu-isu yang masih lagi perlu dikaji dengan teliti. Isu-isu tersebut bukan sahaja dihadapi oleh projek tersebut malah ia merupakan isu semasa. Penggunaan hydrofuel sebagai sumber tenaga alternatif buat masa ini terbatas pada sektor automatif sahaja. Di Amerika dan Eropah hasil penyelidikan teknologi telah berkembang dengan pesat. Namun begitu halangan tersebut perlu ditangani sebelum teknologi hydrofuel boleh digunakan secara
meluas. Antara isu yang dihadapi adalah:
(i) sistem penyimpanan hidrogen;
(ii) teknologi pengeluaran dan pengagihan hidrogen yang diperlukan untuk
kenderaan hydrofuel;
(iii) penyediaan standard dan infrastruktur bagi kenderaan hydrofuel; dan
(iv) sistem electric propulsion dengan izin, yang boleh digunakan oleh
kenderaan electric hybrid.
MOSTI melalui SIRIM Berhad sedang menjalankan kajian teknologi hidrogen bagi
penghasilan tenaga elektrik untuk industri automatif. Projek yang dikenali sebagai hydrogen powered engine, hydrogen generation dan diesel engine efficiency, dengan izin, khusus pada penggunaan enjin yang statik seperti penjanaan kuasa dan enjin bot nelayan. Ujian pertama prestasi projek tersebut mendapati penggunaan diesel dapat dikurangkan sehingga 25% daripada penggunaan asal bahan bakar tersebut. Projek bernilai RM1.489 juta telah diluluskan pada tahun 2008 dijangka siap pada tahun 2010. Projek ini menggunakan kaedah pemisahan molekul air pada ion hidrogen dan oksigen bagi penjimatan penggunaan diesel. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberi jawapan yang agak
panjang lebar. Memang kalau kita lihat kepada laporan-laporan di internet, hidrogen ini merupakan salah satu daripada bahan yang boleh digunakan untuk masa hadapan sebagai menjimatkan minyak petrol dan juga diesel dalam penggunaan kenderaan. Apa yang saya dapati pada tahun 2006, Perdana Menteri pada ketika itu telah melancarkan satu trak menggunakan air dan sudah dua tahun kita tidak mendengar apakah hasil daripada pengumuman tersebut.
Daripada laporan MalaysiaKini juga mengatakan hampir RM100 juta telah diperuntukkan untuk kenderaan awam menggunakan air sebagai bahan api untuk public transport ini. Saya hendak tahu daripada kementerian setakat mana usaha kerajaan untuk kenderaan awam ini kerana kalau lihat daripada...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, jangan panjang sangat.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Pendek sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ini bukan
ceramah Yang Berhormat, ini soalan.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Daripada bajet yang diumumkan oleh
Perdana Menteri, pada tahun hadapan kemungkinan penstrukturan semula subsidi minyak ini.
Jadi, apakah insentif kemungkinan akan diberikan oleh kerajaan daripada kementerian ini untuk mereka menggunakan hydrogen conversion kit ataupun water conversion kit ini dalam kenderaan-kenderaan milik persendirian kerana ini peluang untuk rakyat menjimatkan duit.
Hanya itu, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Soalan yang
begitu panjang tetapi saya dapat huraikan beberapa perkara. Pertamanya dari segi geran RM100 juta, saya kira mungkin itu satu khabar angin. Akan tetapi geran yang kita telah beri melalui peruntukan kerajaan setakat ini saya kira ada sembilan baru di peringkat science fund.
Itu pun jumlahnya tidak sampai RM100 juta, pada keseluruhannya lebih kurang RM1.93 juta sahaja. Keduanya, ada dua yang telah pergi kepada peringkat techno fund iaitu precommercialization.
Sebagaimana dikatakan tadi kalau kita melihat kepada teknologi yang
berlaku sekarang ini dari segi conventional combustion engine ataupun enjin pembakaran dalaman. Ini yang sedia ada.
Untuk peringkat kedua yang dikatakan hydrogen hybrid ataupun electric hybrid ada dua.
Yang dimaksudkan gadget untuk hydrogen hybrid ialah untuk pembangunan gadget sahaja iaitu penjimatan penggunaan tenaga di mana kita menggabungkan sumber bahan mentah asli, minyak ataupun diesel dengan menggunakan gadget untuk menjadikan hidrogen dan air itu untuk pembakaran. Dijangkakan 20 ke 30 tahun akan datang, maka akan berlaku apa yang dikatakan pure hydrogen fuel cell yang sepenuhnya menggunakan hidrogen ataupun keseluruhannya menggunakan elektrik. Ini pembangunan di peringkat dunia sekarang ini tetapi ia akan memakan masa yang agak lama.
Dari segi insentif, sebab itu saya katakan tadi peringkat ini pengesahan ataupun
certification iaitu pengesahan dan persijilan mengikut piawaian standard yang ditetapkan oleh SIRIM. Setakat ini belum ada yang kita dapat satu teknologi yang telah pergi sehingga ke peringkat mendapat pengesahan atau pensijilan daripada SIRIM. Oleh sebab itu saya pada hari ini menyeru kepada orang ramai memang alat-alat gadget ini banyak dijual di pasaran tetapi pastikan bahawa mana-mana gadget yang dijual di pasaran mestilah mendapat kelulusan ataupun pengesahan dan certification daripada SIRIM supaya memastikan dari segi keselamatan
kenderaan tersebut adalah selamat. Hidrogen seperti mana yang kita sedia maklum mempunyai ciri-ciri yang boleh menyebabkan letupan dan sebagainya. Jadi, kita kena berhati-hati. Insya-Allah saranan supaya kita membuat kajian akan kita sampaikan kepada kementerian berkaitandalam dasar automobil negara. Terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.