Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, December 6, 2009

Bahas Kementerian Sains dan Innovasi

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat
Pendang.
5.43 ptg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya hendak memulakan dengan 20200 -
Meteorologi. Daripada apa yang kita baca dari rumusan yang diulas di dalam internet, didapati
dalam 40-50 tahun akan datang lebih kurang 2000 kilometer kawasan di dalam negara kita ini
akan diliputi oleh air ataupun ditenggelami dengan banjir. Jadi, saya ingin bertanya kepada
Jabatan Meteorologi ini apakah ramalan yang mungkin boleh dibuat oleh Jabatan Meteorologi
ini? Setakat berapa tahun atau setakat berapa senggang masa yang boleh dibuat Jabatan
Meteorologi ini? Ini kerana kalau sekiranya ini benar berlaku, kawasan-kawasan manakah yang
kemungkinan akan ditenggelami air ini?
Berkenaan dengan gempa bumi yang berlaku di Negeri Sembilan pada 2-3 hari yang
lepas, apakah punca penyebab berlakunya gempa bumi ini? Walaupun ia kecil, tetapi ia juga
tidak menggembirakan rakyat. Ini kerana kemungkinan ini merupakan salah satu daripada
permulaan negara kita berada di dalam keadaan suasana gempa bumi yang mungkin akan
DR.2.12.2006 99
berlaku pada masa-masa yang akan datang. Saya harap Jabatan Meteorologi akan dapat
menenangkan rakyat dalam perkara ini.
Kemudian, 20100 - Jabatan Kimia. Saya ingin bertanya kepada kementerian, setakat
manakah hubungan Jabatan Kimia ini dengan pihak kesihatan di dalam mengendalikan bahanbahan
makanan, bahan-bahan yang beracun dan juga bahan-bahan yang ada di pasaran kita?
Ini kerana, ketika banjir di Pantai Timur baru-baru ini, kita dikejutkan wabak kolera yang berlaku
di negeri Terengganu dan puncanya dikatakan daripada keropok lekor yang mana ikannya
dibawa daripada Siam. Apakah ini dipantau oleh Jabatan Kimia bersama-sama dengan
Kementerian Kesihatan? Ini kerana bahan makanan ini dibawa masuk mempunyai kemungkinan
bahan-bahan kimia dan juga tercemar oleh bakteria.
Kalau sebelum ini kita telah didedahkan bahawasanya banyak ikan yang dibawa masuk
daripada Thailand dipreserved ataupun diletak di dalam formalin iaitu sejenis bahan kimia yang
digunakan untuk preserve mayat manusia. Jadi, saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh
kementerian ini.
Kemudian, 30300 - Agensi Angkasa Lepas. Sepertimana Yang Berhormat Pasir Mas
tadi, saya juga hendak bertanya apakah kita akan meneruskan walaupun dikatakan oleh
pemimpin sebelum ini kita mesti meneruskan Mejar Dr. Mohd Faiz ini menjadi angkasawan yang
kedua. Saya juga kesian tengok beliau ini kerana hendak menjadi angkasawan ini, beliau tidak
boleh kahwin Tuan Pengerusi. Jadi, kesian dekat dialah. Kalau benda ini terbantut, maknanya
sampai berapa lama?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Apa yang terbantut itu? [Ketawa]
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kesian. Kesian dekat beliau. Jadi, saya
ingin bertanya semasa angkasawan pertama kita pergi ke ISIS hari itu, beliau bawa tiga bahan uji
kaji. Dua daripadanya sudah dihantar ke Jepun untuk analisa, satu dianalisis di negara kita. Sel
darah, sel bakteria dan juga berhubung dengan genetik. Apakah hasil-hasil kajian yang telah
dihantar ke Jepun tersebut dan juga yang dikaji di negara kita dapat memberi faedah kepada
rakyat? Apakah kalau sekiranya sel barah kita bawa ke angkasa, maka barah itu tidak akan
memudaratkan manusia, kita kena bawa pesakit barah ke angkasa? Apakah begini hasrat kita
menghantar angkasawan kita ke angkasa lepas pada hari itu?
Kemudian, 20400 - Jabatan Standard Malaysia. Di bawahnya ada SIRIM. Saya harap
kementerian perlu memberi perhatian kepada barangan-barangan elektrik yang dibawa masuk ke
negara kita, terutama dari negeri China yang berlambak-lambak, terutamanya di Jalan Pasar di
Pudu sana.
Kita tidak tahu setakat mana keselamatan barang-barang elektrik tersebut daripada
gadget yang kecil-kecil sampailah kepada benda yang besar-besar. Apakah ia telah melepasi
standard Jabatan Standard Malaysia dan juga SIRIM dalam negara kita ini? Kita tidak mahu
apabila sudah berlaku sesuatu kemalangan, barulah hendak menjalankan siasatan.
DR.2.12.2006 100
Begitu juga dengan basikal-basikal elektrik yang telah pun dibahas oleh Ahli Yang
Berhormat pagi tadi. Saya harap benda ini juga perlu diberi perhatian kerana ia sudah masuk ke
pasaran terlalu banyak berhubung dengan basikal elektrik yang digunakan oleh orang-orang tua
kita ini.
02900 - Bioteknologi. Semasa pimpinan Perdana Menteri yang lepas, beliau
menekankan tentang penubuhan satu kilang untuk membuat vaksin dalam industri bioteknologi
ini. Saya ingin bertanya, setakat manakah perkembangan untuk kita mengadakan vaksin ini? Ini
kerana kita memerlukan terlalu banyak bahan-bahan vaksin untuk merawat berbagai-bagai-bagai
penyakit pada hari ini, lebih-lebih lagi dalam isu wabak H1N1 yang berlaku sekarang ini.
Begitu juga dengan teknologi culture tissue untuk menghasilkan benih-benih bahanbahan
tanaman yang dapat digunakan oleh petani-petani kita. Apabila kita sebut tentang
bioteknologi, saya terbaca dalam internet di depan ini berhubung dengan kegunaan gas daripada
biomas yang digunakan oleh setengah penduduk di negara subtropik dan juga tropik untuk
dijadikan bahan tenaga. Dikatakan di sini bela 3 ekor lembu sudah boleh cukup untuk
memberikan gas metana dan menghasilkan tenaga cukup untuk 15-20 tahun. Maknanya kalau
lembu itu hidup 15-20 tahunlah. Kalau tujuh tahun, tujuh tahun sahajalah.
Seterusnya tentang peranan effective microorganism yang banyak digunakan ataupun
dipelopori oleh profesor dari negara Jepun dan telah digunakan di negeri Pulau Pinang untuk
membersihkan sungai. Apakah ini tidak menjadi pandangan daripada kementerian untuk kita
membersihkan sungai-sungai kita yang banyak tercemar pada hari ini?
1750
Akhir sekali Tuan Pengerusi, berkaitan dengan effective organism ini yang kemungkinan
boleh digunakan untuk menghasilkan baja-baja daripada bahan sayur-sayuran dan buah-buahan
yang dibuang oleh suri-suri rumah kita. Kerana ia memberikan satu hasil yang agak lumayan
untuk membesarkan tumbuh-tumbuhan. Saya melihat dalam sebuah majalah 601 galakan sains
dan teknologi, apa yang saya sentuh dan dijawab oleh Timbalan Menteri pada hari itu tentang
gas hidrogen untuk menggerakkan kenderaan. Iklan di sini disebut hygiene water fuel. Guna air
sebagai bahan api daripada penghasilan hidrogen.
Tingkatkan kuasa enjin sehingga 40% dan jimatkan minyak sehingga 50%. Telah
dibuktikan di atas dyno. Agen dikehendaki, telefonnya tidak boleh cakaplah. Kerana perkara ini
boleh memberikan satu peluang yang positif kepada rakyat. Hidrogen ini telah pun digunakan di
negara Jerman, USA dan banyak negara maju yang lain. Apakah kementerian hendak
mengaktifkan lagi teknologi yang telah dihasilkan oleh Universiti Teknologi Malaysia berhubung
dengan penggunaan air untuk menjalankan kenderaan ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.