Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, December 11, 2009

Kenapalah banyak sangat tahyul dan seram ni!!

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan ada kod
kandungan. Jadi saya hendak tahu, kalau jawapan saya bertulis pun bolehlah mengenai ini kod.
Di antara mesej yang banyak dipaparkan di media elektronik terutamanya TV sekarang ini adalah
filem-filem yang bercorak hantu, tahyul, seram sehinggakan kadang-kadang kanak-kanak hendak
DR. 9.12.2009
3
tengok pun dia tutup dengan jari dan melihat melalui celah jari sahaja kerana menakutkan. Jadi,
apakah ini sebenarnya yang hendak didedahkan kepada kanak-kanak muda ini, anak-anak kita
ini tentang perkara khurafat, tahyul dan juga menyeramkan ini? Ini adalah kerana banyak
rancangan drama TV sekarang ini dari Indonesia atau dari Malaysia...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, saya
ingat sudah faham Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: ...dan juga denda RM100,000 yang
disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Berapa banyak kah syarikat yang telah
dikenakan denda tersebut? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Heng Seai Kei: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan.
Sebenarnya apabila dalam pemilihan program ataupun movie yang ditayangkan ataupun
disiarkan dalam televisyen selain daripada mematuhi nilai-nilai murni ataupun syarat-syarat yang
dikenakan, kita juga kena ambil kira tentang permintaan orang ramai khasnya penonton. Jadi
pada masa kini memang adalah menjadi trend ataupun aliran semasa bahawa movie seram ini
adalah menjadi jenis movie yang popular.
Jadi bagi menjawab soalan yang kedua yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat
tadi tentang berapakah kes yang telah pun didakwa dan dikenakan tindakan untuk makluman
Dewan yang mulia ini, sehingga sekarang iaitu kalau kita rujuk kepada statistik yang ada, iaitu
kandungan siaran yang telah melanggar peruntukan syarat-syarat lesen di bawah Seksyen 242,
Akta Komunikasi dan Multimedia tahun 1988 ialah untuk tahun 2005 hingga 2006 dari segi
kandungan siaran terdapat tiga kes yang telah dikenakan tindakan iaitu untuk stesen TV di mana
ia melibatkan denda sebanyak RM30,000. Untuk tahun 2007 bagi stesen TV, terdapat lima kes
dengan denda berjumlah RM195,000 dan untuk tahun 2008 ialah satu kes dengan denda
berjumlah RM50,000. Bagi tahun ini, setakat ini ialah satu kes dengan denda berjumlah
RM60,000. Bagi stesen yang telah dikenakan tindakan kerana kesalahan teknikal yang berkaitan
dengan laporan kualiti liputan siaran dan juga kegagalan melaporkan kewangan tahunan untuk
stesen radio ialah dua kes yang melibatkan denda sebanyak RM15,000 bagi tahun 2005 hingga
tahun 2006.
Bagi tahun 2007 pula, untuk stesen radio ialah lima kes dan jumlah denda ialah sejumlah
RM31,000 sementara bagi tahun 2008 ialah sebanyak empat kes dengan jumlah denda
RM30,000. Bagi tahun 2009 pula sehingga kini tiada kes yang telah pun didakwa. Sekian,
terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.