Memang sesuai tajuk tu ana bubuh dalam topik ini, kerana buat macam mana pun, yang akan tertekan dan kena tekan adalah yang berpendapatan sederhana dan rendah, yang besar dan lumayan sering tidak pernah mengeluh kerana apa mereka nak kisah, semuanya ditanggong beres, terutama yang jadi eksekutif dan pak menteri, bahkan kadang-kadang berapa kos pergi market pun mereka ini tak tahu kerana semuanya tanggong beres.
Semalam semasa ditanya oleh pemberita Harakah berhubung GST ini, ana kata ada baik dan ada tak bagusnya, kerana bagi negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi , memang ini bagus untuk semua rakyat tolong membangunkan negara dengan membayar cukai yang dikenakan ketas semua barang dan perkhidmatan yang hendak dilaksanakan saperti terdapat didalam ucapan bajet PM 2010 tersebut. Tetapi bagi negara kita yang masih terkial-kial dengan miskin dan miskin tegar dan mudah miskin ini, GST ini memang cukup membebankan. Kerajaan berkata dan menekankan beberapi kali bahawa ianya tidak membebankan rakyat kerana kononnya berangan keperluan asa tidak kena GST, tetapi selama ini pun apakah semua janji itu telah ditunaikan dan berjaya membendung kesusahan rakyat ini. Lihat saja masalah harga tepung dan gula, walaupun keperluan harian yang mendesak, tetapi setiap kali musim perayaan , maka rakyat marhaenlah yang tertekan dek kenaikan harga atau susah dan dapat bekalan kerana nak dinaikkan harga, kalau harga naik , berlambak barang itu dalam pasaran.
Sebelum GST dilaksanakan, kerajaan mendapat pendapatan melalui antaranya cukai yang dikenakan baik individu maupun korporat, masalah yang berlaku sekarang adalah kecekapan untuk megutip cukai ini yang menyebabkan hasilnya tidak saperti sepatutnya, maka revenue kerajaan dalam kategori ini berkurangan. Perlu dingat bahawa cukai pendapatan hanya mengenai golongan yang berpendapatan tertentu dan mengikut peratus tertentu sahaja, golongan kurang berada dan miskin tidak perlu membayar, bahkan mengikut Islam, golongan ini perlu dibantu melalui sedekah dan zakat atau sumbangan lain mengikut keperluan mereka.
Kita cuba bayangkan kalau GST sebanyak 4 % dikenakan keatas barangan dan perkhidmatan, maka ianya akan terkena kepada semua rakyat baiak kaya atau miskin, jutawan atau peminta sedekah, bahkan orang yang dapat 1 juta sebulan dan orang yang dapat satu ribu sebulan bahkan satu ratus sebulan pun akan terpaksa bayar 4 % cukai terhadap barangan dan perkhidmatan yang dia dapat. Kalau 4 % bagi orang kaya nak beli baju , maka 4% juga bagi orang miskin nak beli baju, walaupun mungkin orang kaya beli yang berharga 400 sehelai dan orang miskin beli 20 sehelai, maka jumlahnya tetap kena 4 %. Apakah ini wajar kalau memang kita hendak tolong rakyat, kononnya inilah rakyat didahulukan.
Memang kita tidak nafikan sekarang ini kecekapan mengutip hasil cukai ini tidak berkesan sampai ketahap maksimum, itulah sebabnya maka GST ini dilaksanakan, kita tidak membantah kalau rakyat semuanya berpendapatan tinggi, tetapi bagaimana dalam keadaan sekarang dimana yang kaya dan miskin terpaksa menolong kerajaan dalam tahap yang sama 4% padahal mereka tidak mendapat banyak kesenangan daripada rakyat , bahkan ada ynag mendapat bantuan kebajikan daripada kerajaan melalui JKM terpaksa membantu pula kerajaan dengan 4% cukai GST ini, padahal mereka yang bilionair juga hanya beri 4 % sahaja padahal mereka mendapat begitu banyak hasil pendapatan setiap bulan.
Harapan rakyat agar perkara ini perlu difikirkan semula dan dicari satu kaedah lain untuk mendapatkan hasil negara agar mereka yang sudah tertekan ini tidak lagi dijadikan golongan sering tertekan ( GST) dengan ura-ura GST kerajaan BN satu Malaysia ini.
Monday, December 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment