Setahun lebih siasat, yang jumpa hanya ikan bilis yang duduk ditangga bawah didalam ranking TUDM yang didapati bertanggungjawab menghilangkan enjin jet yang muat dalam lori dari pngetahuan pegawai atasan TUDM lalu pada mulanya dikatakan dilandingkan di Argentina, lepas tu Uruguay pula, lepas ni tak tahulah kemana pula.
AG kata tiada orang bbesar terlibat, tapi polis kata masih dalam siasatan lagi, dah lebih setahun, tak jumpa yang final lagi kut, ambil la yang bilis dulu, harap lepas ni jumpa yang senbenarla nanti.
Apa yang hebatnya dalam negara kita yang serba canggih ni, enjin yang sebegitu besar boleh dilesapkan oleh hanya 2 orang sargent saja tanpa ada yang lain tersangkut sama, bayangkan kalau setakat nak lenyapkan C4 dari stor tu, rasanya macam telan kacang putih saja la kot, masa siapa agaknya yang jadi Menteri Pertahanan tu?.Padan la ana terbaca ada Polis Perancis mai Malaysia nak siasat seseorang pasal kes Scopene yang kena bayar komisyen dan mungkin kot ada hubungkait dengan C4 punya mangsa suatu ketika dulu, masa tu ada juga jenis ikan bilis yang kena, tapi tak dapat pula kita nampak muka dia kerana 24 jam pakai burqa .
Harap dengan adanya siasatan dari Perancis tu, mungkin ada sedikit cahaya dihujung terowong kut untuk memberikan satu gambaran sebenar apa yang dihebohkan oleh akhbar seluruh dunia beberapa bulan lalu tu!. Mungkin siasatan itu akan dapat membersihkan pemimpin negara kita daripada segala yang tak elok dan tak baik tu.
Wednesday, January 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment