Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, February 20, 2010

SRI Islah hari Idul Ilmi.

Hari ini ana menghadiri program Hari Idul Ilmi di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Islah tempat anak ana yang bongsu belajar. Sekarang udah tamat dan sudah mauk tingkatan satu.
Program diresmikan oleh YTM Dato' Seri Tunku Suraya binti KDYMM Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, Pengerusi Titian Bitari Yayasan Sultanah yang juga telah menjadikan sekolah SRI Islah ini sebagai sekolah angkat mereka.
Berbagai persembahan pelajar diadakan sebelum majlis penyampaian anugerah dilakukan , dan ana cukup tertarik melihat keletah palajar kecil Pra yang membawa kisah arnab dan kura-kura dan juga bercerita serta sajak yang disampaikan oleh para pelajar yang memberikan persembahan dalam bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.

Persembahan burdah yang dialunkan oleh pelajar lelaki mengimbau kembali ingatan semasa kecil dahulu dimana sama-sama ana terlibat didalam burdah di rumah nenek semasa kecil selepas pengajian al Quran di sekolah rendah dahulu. Alunan ansyid yang cukup mengasyikkan dengan puji-pujian kepada Rasulullah saw. Cukup sebagai bekalan kepada anak-anak ini untuk berada didalam masyarakat kelak.


Harapan Tunku Suraya semoga anak kecil yang dihantar belajar disini akan menjadi insan yang dapat memnfaatkan masyarakat, bangsa dan negara dimasa akan datang dan tidak terjebak didalam gejala yang meruntuhkan masyarakat kelak.

Baginda begitu kagum dengan kebolehan pelajar menghafaz ayat-ayat suci Al Quran dan begitu mudah mengingati skip latihan yang diberikan dan inilah merupakan permata ibu bapa untuk masa hadapan yang menjadi harapan kepada negara kita.

Persembahan menarik juga dihidangkan oleh pelajar Maktab Mahmud Pendang melalui kumpulan Nasyid Dzul Fiqar dengan beberapa buat nayid yang cukup menghiburkan.

Anugerah disempurnakan oleh YTM Tunku Suraya sendiri dengan diiringi oleh Tuan Pengetua Hj Ghazali Abdullah kepada pelajar cemerlang dari darjah satu sampai enam dan pelajar cemerlang peperiksaan SRA dan UPSR yang mendapat 5 A termasuk juga anak ana Muhammad Fayyadh yang mendapat 5A dalam UPSR lalu dan Tokoh Pelajar Cemerlang 2009 yang sekarang sedang belajar di MTS Kok Lanas Kelantan.


Tuan Pengetua menyatakan bahawa pelajar sekarang di SRI Islah berjumlah 31 orang dan memerlukan bangunan tambahan untuk pembelajaran dan pentadbiran . Sekolah yang baru berusia 9 tahun ini tetapi mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada ibu bapa didaerah Pendang ini kerana sitem pendidikan yang bersepadu antara didikan akedamik dan agama untuk menjadikan anak-anak ini berjaya didunia dan diakhirat.

Kepada mereka yang ada kelebihan untuk menyumbangkan dana buat mendapat saham akhirat bolehlah menyalurkan sumbangan kepada sekolah berkenaan pada bila-bila masa untuk mempercepatkan lagi proses penambahan bilek kelas dan pentadbiran.

Tahniah kepada ibu bapa dan pelajar cemerlang dan menjunjung kasih kepada YTM Tunku Suraya kerana sudi mencemar duli untuk menyampaikan anugerah pada hari ini.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.