Tuesday, March 16, 2010
Ingat kewajipan sebagai pemerintah ni.
Pendidikan dan kesihatan adalah dua perkara penting yang menjadi kewajipan pemerintah untuk diberikan kepada rakyat. Oleh itu apa juga persediaan mestilah kepada usaha untuk menjadikan rakyat sihat dan cerdik. Usaha kearah itu perlu dilakukan agar perubatan yang mampu dijamah oleh rakyat dan pendidikan yang berkualiti dan murah tidak membebankan demi melahirkan generasi yang berilmu , kerana generasi yang berilmu dan cerdik serta sihat lah yang akan membantu membangunkan negara.
Kalau negara tidak mempunyai rakyat yang sebegini, sudah pasti akan menemui kesusahan . Dalam usaha untuk mendapat kesihatan yang baik ini, pemakanan perlu dijaga . Sebagai seorang Islam, kita sering disajikan dengan ‘ setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka api neraka lebih aula baginya’, maka sebab itu pencarian sumber makanan halal perlu menjadi agenda didalam kehidupan kita.
Ana tertarik membaca keluhan dari sahabt lama ana Datuk Dr Maa'mor Osman yang kata 80 % daripada respotan tom yam dan sup ekor diragui tidak halal. Amat malang kalau keluhan ini benar dan sahih kerana inilah yang menjadi menu utama bagi masyarakat kita di Malaysia ini, kalau tidak gerai tom yam, maka kopi tiamlah menjadi tempat kebanyakan kita membuncitkan perut. Malang sungguh kita, apa yang dimakan disediakan oeleh orang lain. Bagi ana diutara sana , kalau nak makan ayam, selain daripada ayam HPA ana tak beli, kalau nak ayam goreng belai RFC dan kalau nak makan digerai maka pastikan tuannya kita kenal kalau tidak ana makan ikan sajalah.
Dalam aspek pendidikan pula, didalam titah baginda ada menyentuh pasal pra sekolah, iaitu permata negara. Semua orang tahu, siapakah disebalik permata yang berusaha untuk mengajar anak-anak prasekolah ini. Tak perlu diberi jawapan lagi kerana pada bajet yang lepas telah dinyatakan siapakah gerangan orang tersebut kalau bukan isteri PM. Rakyat amat hairan dan ibubapa amat terkilan apabila mendengar peruntukan 200 juta untuk permata pra sekolah ini yang sudah pasti akan turut bersaing dengan tadika swasta dan Kemas serta tadika Perpaduan, diberikan jumlah yang besar tersebut padahal dalam masa yang sama peruntukan untuk anak-anak disekolah biasa khabarnya terpaksa dikurangkan sehingga 10 ke 15 % dek kerana kekangan bajet yang semakin menguncup pada pembentangan hujung tahun lepas. Keluhan terhadap makanan asrama yang dikurangkan daripada 250 hari setahun kepada 200 hari memaksa sesetengah ibu bapa membawa balik anak mereka disetiap hujung minggu, yang sudah pasti akan lebih membebankan kalau mereka tinggal agak jauh, bukan setakat kos minyak, kos tol bahkan masa dan tenaga terbuang begitu sahaja. Begitu juga pakaian pasukan beruniform yang diberikan dizaman Pak Lah telah ditarik balik, peruntukan tuisyen juga sudah ditiadakan . Jadi adakah berbaloi dengan kita memperhebatkan pra sekolah melalui permata tetapi mengkesampingkan sekolah aliran perdana yang menjadi intipati utama pendidikan anak-anak disekolah.
Ada kedengaran dan disebut didalam parlimen tadi bahawa wujud desakan daripada pihak PIBG sesetengah sekolah di Pahang untuk anak-anak membawa cat kesekolah untuk menceriakan sekolah dengan mengecat semula. Begitu teruk sekali suasana kewangan di kementerian yang nak mendidik anak-anak kita ini. Sampai cat pun ibu bapa kena beri kepada sekolah, konon wang tak cukup, bajet mengecil tetapi ratusan juta disediakan untuk permata negara , pet project isteri perdana menteri.
Bahkan ada sekolah yang diberitakan membuka ruang seluas-luasnya untuk ibubapa membayar yuran sekolah sehingga akhir tahun hanya untuk memberikan ruang supaya sekolah dapat duit yuran ini .
Seperkara lagi yang tak kurang pentingnya adalah masalah kos rawatan perubatan. Pelaksanaan full paying patient di hospital tertentu sekarang ini yang ada pakar dan akan diteruskan ke semua hospital berkepakaran ini sudah pasti akan menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan rakyat . Apa tidaknya kalau pesakit yang akan membayar kos perkhidmatan untuk mendapat rawatan pakar yang sama akan juga terpaksa melakukan rawatan kepada pesakit yang tidak membayar saperti kos diswasta. Ini sudah pasti akan menimbulkan konflik of interest kerana beliau terpaksa melayan pesakit yang membayar lebih berbanding pesakit biasa yang tidak membayar saperti petani dan penoreh dikampong yang datang kerana dirujuk dari hospital daerah misalnya.
Pelaksaan skim FPP ini dilakukan pada awalnya adalah satu usaha untuk menghalang daripada doktor pakar berhijrah kesektor swasta , tetapi kerajaan kena membuat kajian yang lebih lagi berhubung perkara hijrah ini kerana bukan setakat gaji yang menjadi teruhan tetapi dari segi khidmat dan kemudahan lain perlu juga diberikan perhatian didalam membendung masalah ini. Kewujudan terlalu banyak hospital swasta didalam sesuatu kawasan sudah pasti akan menjadi daya tarikan kepada bertambahnya penghijrahan ini berlaku. Menghadkan jumlah kewujudan hospital swasta ini perlu difikirkan seccara serius juga untuk keutuhan sistem di hospital awam. Khidmat sokongan termasuk peralatan cang dan terbaru perlu diwujudkan dihospital awam selari dengan yang ada di swasta, barulah khidmat yang diberikan menimbulkan rasa kepuasan kepada para pakar tadi.
Mengujudkan skim perkhidmatan yang lebih baik serta peluang kenaikan pangkat dan memberikan insentif yang lumayan sudah pasti akan mengurangkan penghijrahan ini.
Pada masa ini , daripada keseluruhan doktor yang ada didalam negara ini, 30 % doktor yang bertugas di hospital awam terpaksa merawat 70 % pesakit yang datang berbanding dengan 70 % doktor disektor swasta yang merawat 30 % pesakit disana. Perkhidmatan yang tidak seimbang ini sudah tentu akan menjadikan kerjaya disektor awam begitu membebankan sehingga berlaku punca kepada penghijrahan kesektor swasta ini.
Memang sudah terang lagi bersuluh, tindakan awal ini adalah usaha untuk membuka ruang kepada penswastaan sepenuhnya hospital saperti kerja-kerja yang lain yang sedikit demi sedikit telah terlaksana sekarang di bahagian pembekalan ubat, dobi, pembersihan, pelupusan sisa perubatan dan lain lagi kesemuanya melibatkan enam perkhidmatan sekarang ini.
Sebab itulah kalau sesuatu pembedahan itu hendak dilakukan dan memerlukan sesuatu pralayan atau prostesis saperti kanta mata, besi untuk patah dan sebagainya pesakit diarahkan membeli dahulu sebelum pembedahan dapat dijalankan. Ada barang ada pembedahan, atau hutang dan bayar kemudian. Kalau tidak, tunggulah disitu melainkan ada peruntukan daripada tabung bantuan perubatan yang diluluskan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment