Semasa Timbalan Menteri Kewangan menjawab dalam bajet tambahan semalam, ada satu perkara yang cukup menrik perhatian ana yang dibangkitkan berulang kali oleh ahli dewan terutamanya dari kalangan DAP yang tidak puashati dengan jawapan yang dibuat oleh kerajaan mengenai nombor ramalan ini.
Pada tahun lepas, jumlah cabutan khas yang dibenarkan adalah 27 kali iaitu tidak dibuat secara serentak untuk 6 syarikat nombor ramalan ini, bermakna pada tahun lepas hanya ada 102 kali cabutan nombor ramalan sahaja sepanjang tahun, akan tetapi pada tahun ini dibuat cabutan nombor ramalan ini serentak untuk 6 buah syarikat ini kepada 20 kali setahun, bermakna 120 kali sepanjang tahun.
Apabila Timbalan Menteri menyatakan bilangan cabutan dikurangkan dari 27 kali kepada 20 kali, maka masa inilah bangun beberapa wakil DAP membantah menyatakan Timbalan Menteri dari Alor Setar itu tak tahu mathematik kerana bilangan cabutan yang berkurangan tetapi jumlah cabutan bertambah apabila 6 syarikat boleh buat secara serentak 20 kali setahun.
Julas disini menggambarkan bahawa mereka dari wakil bukan Islam pun tidak mahu judi ini digalakkan kerana ia jelas tidak mendatangkan faedah utnutk rakyat , sebab itu kita awal-awal jadi mendesak supaya ianya tidak diberi lesen tambahan oleh kerajaan dan patut dikurangkan lesen yang ada sedikit demi sedikit sehingga tiada langsung dibumi Malaysia ini.
Antara 6 syarikat termasuklah Sports Toto, Magnum Corporation, Pan Malaysian Pools, Sandakan Turf Club, Diriwan
Corporation dan Sarawak Turf and Equestrian Club .
Apa yang ana terkejut lagi adalah bila ditanya untuk apa wang itu digunakan dan berapa jumlah yang dapat dikumpul, jawapannya adalah untuk RM 72.4 juta dibelanjakan untuk Sukan, Kesihatan dan pendidikan. Masyaallah,padan lah nampaknya anak-anak kita makin teruk jadinya, perangai dah ada yang macam syaitan, berkhalwat dan berzina sudah tidak apa hal lagi dah, dadah dan hidu gam sudah jadi lumrah, lari dari sekolah sudah menjadi kelaziman dan bersekedudukan menjadi satu amalan biasa, buang anak dalam tong sampah menjadi amalan harian, kerana duit hasil judi ini digunakan untuk pendidikan.
Begitu juga dengan bala yang menimpa, sakit itu dan ini, wabak itu dan ini, kerana duit jelas haram dari judi ini digunakan untuk kesihatan, apakah klinik satu Malaysia juga menggunakan peruntukan hasil dari wang judi ini.
Sukan yang tak pernah cemerlang dan gemilang sejak mutakhir ini kecuali badminton dan squash juga ada kemungkinan kerana wang judi inilah yang digunakan untuk membiayainya.
Jumlah yang dapat dikumpulkan hasil judi ini adalah RM 1.199 billion, ini tidak termasuk hasil dari Genting.
Maknanya berbillion hasil dari judi membiayai negara kita saban tahun.
Wednesday, April 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment