Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, May 14, 2010

Membaca beranika berita mutakhir ini,jelas menggambarkan kecacamerbaan yang terjadi didalam negara yang tak akan habis kalau nak diulas oleh sesiapa dan dimana tahap pemikiran seseorang pun.
Daripada kes perbicaraan liwat 11 hinggalah kepada melompatnya seorang lagi MP dari Wangsa Maju yang beritanya sudah tersebar sejak beliau ke US bersama rombongan PM pada sesi Parlimen yang lepas, bulan Mac hingga April lalu sehinggalah kepada berita yang dihebahkan oleh MP KBB mengenai Perak kedua yang bakal berlaku dinegeri Pakatan rakyat , sudah pasti apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah negeri tanah tumpah darahku Kedah.
Nampaknya sahabat ana dari sebelah selatan tu sudah mengikut umpan dan terkenyang dengan umpan yang maha besar dan menimbun tu dan dah mula memainkan peranan beliau mengikut tuannya dan inilah yang menyebabkan tuannya begitu gembira sekali mengenai apa yang akan mereka kecapi selepas ini.
Menelusuri kembali apa yang telah berlaku pada sepanjang minggu lepas khususnya didalam perbicaraan liwat 11, dimana sejarah menggambarkan bahawa mereka yang disebut nama didalam senarai yang terliwat semacam biasa kita dengar semasa YB Senator baru bertegang leher mempertahankan DSAI masa itu berhubung tohmahan kepada bos dia yang dikatakan meliwat bekas pemandu isteri beliau sehinggalah beliau masuk kedalam ISA dan penjara,tetapi kini beliau bangun mempertahankan pula bahawa DSAI tidak boleh dipercayai lagi.
Terkejut beruk sekelian rakyat bila mengenang dakwaan yang dibuat oleh budak ini bahawa sengaja dia tak mandi dan cuci buntutnya kerana naksimpan bukti. Alahai cukup pening lagi bila orang tanya kenapa kena 26 tak pi report 27 haribulan, tetapi simpan lagi sampai 2 hari kerana esoknya nampak jelas masih lagi boleh pergi angkat cawan kopi untuk minuman para blogger sekelian.
Juga lagi hairan bila dalam akhbar dilaporkan bahawa dia dah biasa kena di Hong Kong, Singapura dan Bangkok tapi tak dengar pun dia laporkan kepada anak buah Hishamuddin pun. Tapi top-top lepas jumpa DS Najib, ASP Rodwan dan lepas kena marah dek IGP baru dia report, walhal dia jumpa depa tu semua sebelum dia kena lagi pada 26Jun pun.
Tu yang ana kata rakyat dah pening sangat la ni, baca berita tak kena, tak baca pun takkena, takut nanti bila lepas selesai kes ni, semua kena pi jumpa pakar Psiakiatri nak betulakn balik otak yang masing-masing dah terpeleot.
Nasiblah jadi rakyat kalau macam ni. Lepas ni kita katakan pasai ulasan sahabat dari selatan Kedah pula. Ana tanya kawan yang dok disitu, berapa kali dalam setahun dia balik kawasan, depa kata sejak jadi wakil kepada depa tak pernah nampak rupa pun.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.