MB hari ini menjelaskan bahawa rakyat akan mendengar hasrat hati daripada dalam sanubari wakil Rakyat yang dikatakan akan melompat parti dari mulut mereka sendiri pada 22 Mei nanti di Kompleks PAS batu 9.
Semua perancangan yang dibuat akan bakal didedahkan sendiri oleh mereka yang disebut-sebut sebagai akan memberikan saham untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di Kedah. Apapun, setakat yang diberitahu sehingga hari ini, perancangan itu adalah merupakan gila meroyan UMNO yang tak sudah-sudah sehingga kehari ini hasil daripada kegagalan mereka membuat berbagai onar dan perancangan tetapi semuanya gagal. Dari berita ketidakcekapan Pakatan mentadbir kerana tidak ada air dikawasan tinggi pada musim kemarau hari tu hinggalah kepada demo prumahan awam Taman Wira hinggalah kepada sidang DUN yang dimanipulasikan melalui kerjasama semua media kongkongan mereka hinggalah kepada isu Penderhakaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sehinggalah kepada isu hendak lompat parti, setakat ini semuanya tidak mendatangkan hasil.
Apa yang sedang diusahakan sekarang adalah menggunakan khidmat beberapa ekor berudu yang sudah kehilangan ekor dan berkaki empat untuk membuat spekulasi rambang dan tidak berpijak dibumi nyata pada saat ini hasil dari kekenyangan memakan umpan dan habuan yang telah dihidangkan semasa menziarahi negeri Uncle Sam tempoh hari. Manusia yang pernah disebut oleh bekas pemimpim PAS dahulu dan mungkin masih boleh dipercayai hingga kini bahawa kalau dia ni bercakap sepuluh tajuk, dua belas tajuk memang tidak ada yang benar, semuanya tak benar maliankan tak benar belaka. Itulah tamsilan yang telah diberikan kepada hamba Allah ini, kadang-kadang kesian juga kita melihat gelagat beliau mutakhir ini. Kesana tak sampai, ke sini tak diterima, melainkan memainkan peranan memecahbelahkan kesatuan orang lain agar dia dapat terus menumpang makan selagi hayat dikandung badan. Nak mengharapkan hendak masuk semula kedalam sangkar lama, sudah tidak layak untuk diterima, semacam tidak layak diterima menjadi calon oleh kalangan ana pada PRU 12 hari tu.
Jadi, harapan semua rakyat Kedah yang cintakan keharmonian, maka 22 Mei ini datanglah ke KOMPAS batu 9 dan dengar sendiri apa yang akan diluahkan isihati oleh mereka yang dikatakan akan melompat tersebut oleh berudu yang sudah kehilangan ekor dan sudah tumbuh kaki itu.
Arakian tersebut juga kisah dimana seorang yang telah masuk parti ana pada tahun 1998 semasa isu reformasi dulu, kini khabarnya sudah tidak lagi bersama parti ana dan telah menyeberang kesana di Kawasan Alor Setar adalah kerana jalan tak dibuat dikampong beliau lagi dan terlepas jawatan Ketua bagi mengetuai masyarakat disitu, maklumlah beliau orang yang hebat.
Tersebut juga kisah dimana sebelum itu, hasil daripada arahan untuk membayar wang tertangguh didalam Perumahan Awam Taman Wira Mergong , maka beratus orang ahli dari parti sana telah berpindah menyerahkan borang termasuk bekas ketua Jawatankuasa orang besar-besar disitu kerana sudah tak mahu lagi bersama parti keris telanjang tersebut, maka itulah atas sebab hilang banyak sangat orang dia, maka dikaut 61 orang yang berada dikampong tadi untuk menyatakan telah keluar parti ana kepada parti keris telanjang tuh. Kawan ana kata tadi, yang sebenarnya yang ahli parti ana keluar hanya ketua tu sorang saja, yang lain 60 lagi tu bukan dari parti ana, pendak kata serah borang semula saja lah.
Harapan semoga fenomena kelaur parti menjelang pilihanraya kecil ini difahami oleh semua rakyat , akan pasti berlaku untuk melakukan akhbar yang sudah tidak berapa dihiraukan oleh pembacca lagi kerana internet lah yang menghidangkan berita yang lebih berwibawa sekarang ini.
Sekali lagi, 22 Mei jangan lupa, ya.KOMPAS batu sembilan , jam 9 malam.
Saturday, May 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment