Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, May 27, 2010

Nak nafi apa lagi , minta SPRM buka fail balik..

2 Hari lepas Bekas MB Kedah menafikan terlibat apabila pendedahan YB Kulim buat pada malam 22 Mei lalu di Batu 9, lepas tu Dato' bashah pula kata YB Kulim ni tok sah nak merapu pasal umpan dia untuk lompat parti, disini ana hanya nak perturunkan apa yang dibahaskan oleh YB Ketua Pembangkang dalam parlimen pada 19 Februari 2009 lalu .
Apa yang kita amat hairan adalah dah ada CCTV pun, tapi pihak SPRM buat apa tak tau dengan rakaman tu,yang kita dengar pegawai yang menyiasat tu kena tukar pi tempat lain.
Kalau macam ni punya kaedah, sampai kiamat pun kita tak boleh elakkan diri kita daripada najis rasuah ni. Beli orang, umpan orang dan jual orang ni tidak dilakukan oleh manusia bersih, tetapi oleh manusia kotor, lebih kotor dari penagih dadah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Baik, saya terima. Saya tak pernah
menolak, memang ada kelemahan dan insya-Allah kita perbaiki, termasuk program tarbiah dalam
parti. Saya tak ada masalah, [Tepuk] tetapi jangan gunakan itu untuk menghalalkan jenayah,
Yang Berhormat Batu Pahat sebagai tokoh muda yang kena ingat perkara ini, jangan halalkan
jenayah. Jikalau nak gunakan satu alasan teknikal, oh belum bukti, mengapa Polis tak siasat?
Mengapa tidak ada siasat, seorang buat tuduhan kepada Timbalan Perdana Menteri
tentang penculikan, bagi tarikh jumpa, di rumah, pukul berapa, dengan siapa. Jumpa di rumah
Timbalan Perdana Menteri dengan siapa, siasat. Kalau itu tidak boleh dilakukan dan nak katakan
ini teknikal kerana dia lemah, memang betul dia lemah, sebab dirangka satu pertuduhan rasuah
dan dia rasa gelisah.
Jumpa saya dua tiga kali nak selamatkan. Bagaimana, saya kata kena lawan di
mahkamah sajalah, itu cara saya jawab. Bukan saya kata nak boleh runding dengan Timbalan
Perdana Menteri, bukan kerja saya begitu. Jadi saudara kata tuduhan itu palsu, seorang ahli
Exco hilang 10 hari, kemudian saya kata, ha mana boleh di culik, ini apa dia ini? 10 hari seorang
Exco hilang, Menteri Besar tak tahu, ketua parti tak tahu, bini pun tak tahu dan saudara nak
pertahankan.
Ini pertahan apa? Tak betul, tidak boleh, tidak boleh kita pertahankan, Tuan Yang di-
Pertua, kalau nak buat dengan rela hati, ya berdepan, jumpa Press, biar Press tanya. Ini dah
sebulan, belum lagi pergi ke depan kepada rakyat, ya kita tak percaya dengan Pakatan Rakyat
dan Anwar dan apa pun. Sebut, dia sebut, kita berdepan dengan politik, jangan hilang. Kalau
macam ini pun politik begini, direstui oleh kepimpinan tertinggi dalam negara, ini yang saya
pertikai Yang Berhormat Batu Pahat.
Saya nak sambung kalau boleh, kerana ada isu Kedah dan Selangor belum habis lagi
dan ini bangkit Bukit Lanjan, saya sampai kalau perlu. Laporan dibuat, di Kedah Darul Aman, di
bawah pimpinan Dato Seri Azizan Abdul Razak, 11 April 2008, ini lebih serius daripada tadi. Sri
Gading, dengar betul-betul, ya, betul. 11 April 2008, Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Yang
Berhormat Lim Soo Nee daripada Pakatan Rakyat telah dihubungi oleh seorang agen Barisan
Nasional yang mewakili Datuk Seri Mahadzir Khalid, Pengerusi Barisan Nasional Kedah dan
bekas Menteri Besar, minta Lim Soo Nee melompat parti, dengan tawaran RM4 juta. Betul, Yang
Berhormat kata ini hanya tuduhan longgar. Okey, saya terima. Saya sambung.
Tawaran itu dinaikkan RM5 juta. Ya, ini juga mungkin kenyataan melulu. Kemudian
perjumpaan diatur untuk menemukan Yang Berhormat Lim dengan Datuk Seri Mahadzir Khalid
dan Timbalan Perdana Menteri. ADUN Kulim itu diganggu dengan tawaran, pujukan lompat parti
April, Mei, Jun dan Julai 2008, kemudian itu pun tuduhan Yang Berhormat Sri Gading. Kita tak
boleh pakai politik ini, banyak orang tuduh, baik.
Yang Berhormat ADUN Lunas, buat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah
mengatakan dengan bukti tarikh-tarikh agen UMNO cuba beli beliau, maka beliau bersedia
DR. 19.2.2009
68
berpakat dengan BPR untuk menjadikan diri sebagai umpan untuk menangkap orang yang cuba
beli. Ini kali pertama saya dedah kepada awam, saya nak tengok BPR, suruhanjaya sekarang
sanggup bertindak ataupun tidak. [Tepuk] Saya nak tengok benar atau bebas, bebas benar yang
mereka dakwa. Saya sokong suruhanjaya itu, saya sokong kenaikan gaji dan elaun mereka,
saya yakin dengan keupayaan mereka. Akan tetapi saya nak tengok sejauh mana tekanan yang
diberikan oleh pimpinan politik.
Pertemuan demi pertemuan diatur oleh agen Barisan Nasional dan Yang Berhormat Lim.
Semuanya dengan pantau BPR, Kinabatangan yang ini memang pukulan K.O. [Tepuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Siapa nama itu agen-agen? [Ketawa]
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ada, ada, jangan lupa, baik. Kemuncak
pemantauan ini Tuan Yang di-Pertua, pertemuan di antara bekas Menteri Besar Kedah, Datuk
Mahdzir Khalid dengan Yang Berhormat Lim di sebuah hotel di Seberang Jaya pada akhir 2008.
Dia pilih hotel Seberang Jaya di Permatang Pauh, memang cari maut. [Tepuk][Ketawa] Ini
kerana hotel Permatang Pauh itu walaupun UMNO punya tapi penyokong kita 100% [Tepuk]
maka apabila sampai, pertemuan itu dirakam CCTV.
Bukan astaghfirullah, alhamdulillah. [Ketawa][Tepuk] Sri Gading kata astaghfirullahlah.
Alhamdulillah kerana dia nak cari bukti jenayah berlaku. Kita tuduh berbuih mulut-mulut, dia tak
nak dengar, baik CCTV pasang, Yang Berhormat Lim, Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar
Kedah.
Semua perbicaraan, sogok menyogok, ugutan, dirakam oleh BPR ketika itu, belum lagi
Suruhanjaya, apa jadi? Tidak ada tindakan susulan diambil, pegawai yang bertanggungjawab
dikeluarkan dari Kedah, saya difahamkan. Ya, yang itu astaghfirullah betul. Yang Berhormat ini
macam mana, tadi dikatakan belum cukup bukti. Sekarang ini, CCTV, pegawai BPR, rakam,
siapkan semua di Hotel Seberang Jaya.
Saya ucap tahniah kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh kerana membantu
dalam mendedahkan kes jenayah besar ini. Tindakan sampai sekarang tidak ada. Jadi saya
persilalah kalau ada soalan daripada Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Saya cuma nak tanyalah pasal apa ni,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nak tanyalah pasal video tadi tangkap tadi, ada gambar
tengah bagi duit.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ini
maknanya kalau dah sampai dah, tak mahu juga, terima kenyataan ini, jawapan saya [membaca
sepotong ayat Al-Quran] selamatlah kamu...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Laluan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Jawablah terus terang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya tidak tengok, saya bukan, dengar
dulu...
DR. 19.2.2009
69
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Cakap terus terang, ada nampak tak bagi
duit.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Dengar dulu. Tuan Yang di-Pertua,
saya tidak tonton kerana saya bukan pegawai BPR; yang saya tahu ada rakaman. Dengar dulu.
■1510
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Pahat
duduk dahulu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Yang Berhormat Batu Pahat ialah,
hendak jadi jaguh murahan kata Yang Berhormat Gombak. Pertahan, sudahlah, sudah. Ada hal
lagi yang kita boleh pertahankan. Lagi banyak Yang Berhormat Batu Pahat
bercakap,pertahankan ini lebih jatuh kredibiliti dia sebagai wakil rakyat. [Tepuk]
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Itu sebab, apa salahnya saya tanya
berterus terang nampak atau tidak gambar tersebut, kenapa tidak mahu jawab?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tidak bagi jalan Yang
Berhormat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Malu kepada anak-anak kita. Yang
Berhormat Permatang Pauh cuba bangkitkan bukti, Yang Berhormat Permatang Pauh bangkitkan
bagaimana berbulan-bulan seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat bekerjasama dengan BPR
untuk memerangkap orang yang hendak beri sogokan rasuah dengan diambil CCTV. Yang
Berhormat Batu Pahat pertahankan, mana tahu, mana bukti, mana gambarnya? Bukan kerja
saya, saya bagi tahu suruhanjaya ambil tindakan dan dedahkan sekarang kerana saya boleh
bertahan.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Yalah, kalau setakat berjumpa, saya
pun selalu jumpa orang-orang PKR. Orang boleh ambil gambar saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak bagi jalan Yang Berhormat
Permatang Pauh.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Kalau inilah cara ahli Barisan Nasional
yang agak terbaik dalam sidang yang ini, qaalu salamaa. Yang Berhormat Machang.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Yang Berhormat
Permatang Pauh. Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh sedar bahawa dalam pendedahan
kes ADUN Kulim Lim Soo Nee ini. Kerjasama yang telah diberikan oleh beliau kepada BPR pada
waktu itu, BPR Pulau Pinang sudah berlangsung seawal bulan empat dan semua catatan
pergerakan beliau dan agen-agen BN dan namanya, alamatnya di mana, nombor telefonnya,
berjumpa di mana, berapa nilai umpan, restoran mana, tempat mana, pekan mana, semuanya
dalam pengetahuan dan pemantauan BPR Pulau Pinang. Apakah Yang Berhormat Pematang
Pauh sedar perkara ini yang pertama.
DR. 19.2.2009
70
Yang kedua, sehinggalah kemuncak akhir tahun lepas sebuah hotel yang disebut oleh
Yang Berhormat Permatang Pauh, CCTV itu dipasang oleh BPR, rakaman itu dipasang oleh BPR
dan selepas itu pegawai BPR yang bekerjasama dengan Lim Soo Nee ini mengucapkan tahniah,
terima kasih Yang Berhormat, rakaman jelas, gambar jelas. Masalahnya apa, pegawai itu
selepas itu kena tukar. Hari ini kalau Yang Berhormat Batu Pahat hendak tanya betulkah ini ada
atau tidak.
Kalau soal isteri menangis, itu kredibiliti dipertikaikan. Kalau ada laporan polis itu
dipertikaikan, ini kerjasama wakil PKR ini kerana mengharapkan masih ada cebis-cebis kredibiliti
dan wibawa BPR dalam menghapuskan rasuah, itu pun bersepai juga. [Tepuk] Jangan tanya
kami, tanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang kita bahas aktanya dan berkuat
kuasa 1 Januari tahun ini. Kenapa tukar pegawai itu, mana pergi CCTV bukti itu, kenapa tidak
tangkap Mahadzir Khalid sekarang, itu persoalannya. [Tepuk] Jangan tanya kita. Kerja kita
dedahkan kita punya semua catatan pergerakan. Kalau itu masih kredibiliti hendak dipertikaikan,
qaalu salamaa. [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh jawab sekali.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Boleh penjelasan lagi sekali Yang
Berhormat Permatang Pauh.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh jawab sekali, sekali.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya sambung, biar saya jawab ini
dahulu. Saya memang punyai maklumat dan kebanyakan daripada Yang Berhormat Lim Soo
Nee dan semalam pun dia ke rumah saya. Saya bagi tahu Lim saya hendak kemukakan di
Parlimen, dia kata silakan dan dia oleh kerana pertemuan berulang kali, ramai rakan-rakan
UMNO confident lah dia sudah tangkap satu, cerdiknya UMNO ini di Kedah, sudah kena tangkap
satu. Rakan-rakan kita pun ada yang syak wasangka kepada beliau, eh asyik duduk jumpa
Mahadzir Khalid ini tetapi ini lah program kita dan saya bagi tahu sekarang ini dia. You hendak
berbincang dengan pimpinan Keadilan, PAS, DAP silakan, you ugut, you hendak beli orang, kita
siap CCTV. [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat
Permatang Pauh. Sebetulnya saya tidak ada keraguan berhubung dengan insiden-insiden yang
berlaku cuma kita harus ingat pertemuan demi pertemuan, perjumpaan demi perjumpaan ini
boleh berlaku di mana-mana. Cuma mungkin BPR tidak boleh buktikan ada transaksi di antara
kedua-dua pihak. Niat itu dengan apa yang kita laku tidak sama. Di mahkamah tidak boleh
dibuktikan. Kalau benar Mahadzir Khalid ini melakukan kesalahan sebegitu, saya memang tidak
berkompromi, tangkap mereka yang terlibat. [Dewan Riuh] Akan tetapi mungkin tidak ada bukti,
macam mana mahu tangkap. Itu sahaja.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Sudah, sudah.
DR. 19.2.2009
71
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang lain diam-diamlah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya setuju kenyataan Yang Berhormat
Kinabatangan terakhir tentang bukti yang saya difahamkan dengan CCTV itu berakhirlah
siasatan. Dengan CCTV itu terteralah bukti cuma kita tunggu tindakan. Jadi saya hendak bagi
jaminan kepada Yang Berhormat Kinabatangan, betul or boleh bercakap, orang ada pertemuan
bahkan saya dalam Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan tidak pernah melarang mana-mana
ahli kita bertemu dengan sesiapa sahaja kerana saya juga bertemu.
Yang diharamkan ialah kerja jenayah dan saya harap Yang Berhormat Kinabatangan
jangan ikut Yang Berhormat Batu Pahat kerana saya hendak sebut di sini pertama perkara itu
seperti mana yang disebut Yang Berhormat Machang berulang berbulan-bulan dan kemuncaknya
ialah BPR memerangkap dengan CCTV, itu kemuncaknya. Selepas itu BPR kata lengkap,
selesai, terima kasih banyak kamu telah bagi kerjasama cukup baik, tutup cerita, tutup untuk
ambil tindakan tetapi mungkin kerana tekanan di atas tindakan belum diambil.
Jadi hendak tunggu tahap profesionalisme suruhanjaya yang kita sokong habis-habisan
dan Yang Berhormat Kinabatangan tahu di antara masalah saya...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Bangun]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]
Datuk Seri Anwar Ibrahim [permatang Pauh]: ...Ini ada juga ada personel sedikit
kerana masalah saya berbalah dengan beberapa teman-teman saya sebelah sana. Itu mengenai
Akta Pencegahan Rasuah. Yang Berhormat Sri Gading tahu benar kerana dia memang kasih
betul dekat saya dahululah. [Ketawa] Ya, tahu benar kes ini di antara kes sampai beberapa
orang kawan-kawan saya Ahli-ahli Parlimen masa itu nasihat, “Anwar perlahankanlah sedikit, tak
usahlah push Akta Pencegahan Rasuah ini nanti dia orang marah”. Akan tetapi pada masa itu
saya kata itu sudah maksimum yang saya boleh lakukan. Yang Berhormat Shah Alam.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Yang Berhormat Permatang Pauh
kan berani orangnya, cakap sahajalah memang nampak bagi duit, cakap sahaja, apa salahnya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Yang Berhormat Batu Pahat, kita tahu
maklumat saya ini cukup, hendak ambil tindakan silakan. Kalau tidak mahu ambil, kita memang
tahu kelemahan. Tidak usah cabar saya berikan maklumat yang saya tidak sepatutnya tahu, ini
tidak ikhlas kalau begitu. Jadi yang saya beri yang setakat saya tahu dan saya hendak bagi tahu
yang BPR bagi tahu kepada Yang Berhormat terima kasih kita ada cukup bukti sekarang, terima
kasih kerana bagi kerjasama yang cukup baik, cukuplah, fahamlah itu. Yang Berhormat kan Ahli
Parlimen, katanya guru dahulu, guru mana macam ini. [Ketawa] Yang Berhormat Shah Alam.
DR. 19.2.2009
72
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat
Permatang Pauh, mungkin dahulu apabila guru itu ada anak murid, dia ikutlah guru itu masa itu
betul. Sekarang ini guru...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tanyalah, jangan berucap ya.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau sekarang ini yang saya, orang
hot dengan saya, saya tidak tahulah kenapa hari ini. [Ketawa] Dia orang jaki tengok baju aku,
jaket aku cantik kot. [Ketawa]
Saya hendak dapat penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Permatang Pauh
berdasarkan apa yang disebut oleh Batu Pahat agak keliru, dia kata salahnya ialah PKR caloncalonnya
tidak standard katanya. Dia hendak calon-calon yang standard ini yang boleh dimakan,
yang boleh ditahan ugut, yang boleh ditahan rasuah, yang boleh ditahan kena culik, yang boleh
kena macam-macam, dia hendak calon-calon macam itu. Dia tidak kisah seolah-olahnya yang
persoalan ugutan, persoalan sogokan, persoalan segala-galanya ini BN, ini memang BN akan
lakukan.
Maka carilah calon-calon yang boleh tahan, ini sikap mereka. [Tepuk] Adakah itu satu
sikap yang bertamadun, yang orang yang bangun cakap pasal Islamlah, cakap ini, cakap itu
tetapi dia hendak kita cari calon, insya-Allahlah kita boleh cari calon-calon yang sebegitu, yang
boleh rendam tidak basah, jemur tidak kering, insya-Allah. [Tepuk]
Akan tetapi tidak malukah Barisan Nasional, tidak malukah Barisan Nasional
mempertahankan tindakan-tindakan yang sebegitu rupa. Lalu saya harap bagi pihak Barisan
Nasional, hendak pertahankan tetapi apabila sampai soal sampai begitu sekalilah sama-samalah
kita cuba selamatkan negara kita ini. [Tepuk] Terima kasih.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih, saya cuma sambut
kenyataan Yang Berhormat Shah Alam yang terakhir itu, yang lain tidak mengapalah, kita
mungkin berbeza pendapat dari segi polisi dan sebagainya tetapi apabila bukti nyata diberikan,
kalaupun tidak sanggup sokong pendirian kita, diam sudahlah, jangan kita secara terang
pertahankan begini, tidak boleh. Saya hendak menasihatkan mungkin isu lain, laporan polis kita
boleh berbalah sedikit sebanyak tetapi dalam isu ADUN Kulim, tidak boleh pertahan, cukup.
􀂄 1520
Lebih baik kita diam dari berbicara kerana berbicara parah akibatnya. Ini terutamanya
anak-anak kita dengar...

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.