29 Mei 2010. Buat kesekian kalinya pada hari ini, Nisak Kawasan Pendang mengadakan kem pengukuhan solat untuk UPU Paya Rawa pula, kali ini ia diadakan disurau Kampong Gelong Gajah . Penyertaan diluar jangkaan dimana 84 orang peserta mendaftarkan diri untuk mengikuti motivasi dan kem ini yang dikendalikan oleh 14 orang fasilitator yang terdiri dari anggota Nisak Kawasan Pendang. Apa yang menariknya pada kali ini, ibu bapa juga memberikan kerjasama yang padu dan ada antara mereka yang menghulurkan seekor lembu untuk akikah untuk jamuan kepada peserta dan ibu bapa yang turut hadir menghantar anak-anak mereka. Sambil menunggu anak-anak yang diberikan motivasi dan kursus, mereka melakukan kerja gotong royong memasak makanan untuk jamuan tengahari. Beberapa orang waris yang ditemui melahirkan rasa bersyukur kerana perkara serupa ini perlu diadakan selalu untuk memberikan kesedaran kepada anak-anak dan juga ibubapa sendiri tenteng betapa pentingnya ibadat sembahyang yang diperintahkan oleh Allah kepada nabi Muhammad dengan menjemput sendiri Baginda pada peristiwa Israk dan Mikraj . Daripada 50 waktu yang diperintahkan hinggalah kepada hanya 5 waktu setelah dinasihatkan oleh nabi-nabi yang lain kepada Baginda untuk memohon daripada Allah untuk dikurangkan kerana umat baginda amat daif untuk mengerjakan sebanyak itu. Memang tepat, bayangkan sekiranya 50 waktu yang terpaksa kita tunaikan kewajipan sembahyang ini, berapa ramai yang akan culas didalam menunaikan kewajipan tersebut.Dalam 5 waktu ini pun, berapa ramai umat dizaman ini yang tidak dapat melunasi tanggungjawab tersebut. Semasa membuat ucapan penutup didalam kursus tadi, ana menyentuh mengenai betapa pentingnya ibubapa mendidik dan melatih anak-anak kecil mengerjakan sembahyang, bahkan perlu diajar seawal usia 7 tahun saperti didalam hadis nabi dan dipukul seandainya sampai usia 10 tahun masih tidak mahu bersembahyang, dan dipisahkan tempat tidur mereka. Sembahyang juga merupakan ibadat yang awal sekali akan dihisap oleh Allah dikhirat kelak, seandainya sembahyang tidak sempurna atau sangkut, maka jangan harap apa yang kita buat yang akan akan diambil kira nanti. Anak-anak yang berusia diantara 7 hingga 13 tahun ini, mengakhiri kursus tadi dengan membaca ikrar taat kepada Allah dan Rasul, serta patuh kepada ibubapa. Majlis berakhir sekitar jam 4 petang.
Saturday, May 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment