Dunia politik dalam negara terus bergolak, dan semakin hampir dengan PRU 13 nampaknya bahangnya semakin bergelegak dan apabila tiba tarik dan waktu penentuan hari pemilihan maka akan semakin panaslah bahang yang dirasai.
Semakin dekat dengan PRU maka semakin banyak pula fitnah dan suara sumbang yang dipetik entah dari mana dan dijadikan berita besar oleh akhbar harian dalam negara tanpa perlu kajian dan penelitian akan sah atau tidaknya sumber tersebut.
Berita tentang Ketua Pembangkang menjadi talibarut atau ajen CIA yang dipetik oleh Menteri dan akhbar dari penulis blog yang tinggal atas gunung bersama kuda dan ayam itik peliharaan nya telah dijadikan sumber yang maha tepat dan jitu untuk dijadikan alasan untuk mengenakan beliau selaku ketua pembangkang dan akhirnya apa yang dapat dicongak oleh rakyat adalah ISA lah tempat terakhir kediaman yang dihadiahkan kepada musuh politik jika tidak dapat dipatahkan hujah yang dibawa.
Hal berhubung dengan SD dan laporan polis serta laporan kepada SPRM tidak pernah dijadikan landasan untuk siasatan tetapi penulis blog yang entah daripada mana datangnya itu dijadikan tajuk besar untuk mejatuhkan imej seseorang, itulah tahap mentaliti yang kita ada dan jadi menteri dalam Malaysia hari ini.
Ana merasa apa yang didedahkan oleh ketua Pembangkang selama ini mengenai APCO dan kontrak perlantikan semula dalam membaharui perjanjian tersebut serta hubungan Asiasoft dengan penaikan taraf sistem maklumat PDRM tidak dapat dijawab oleh kerajaan setelah dibongkar oleh Ketua Pembangkang, tetapi menjadi ajen CIS pula yang diletakkan kepada beliau.
Apakah hujahan menjadi ajen Yahudi dan Amerika sebelum ini tanpa ada bukti kukuh sehingga bekas Duta Amerika Syarikat sendiri bangkit menafikannya tidak memberikan kesan penafian tersebut?.
Inilah yang dikatakan bahawa politik menghalalkan cara anjuran Machievelli itu terus menjadi pegangan pemimpin negara, sebut apa saja asalkan meruah seseorang dapat dijatuhkan , maka selepas itu bertepuklah tangan mereka bila melibat beliau jatuh padahal negara akan menerima parah diatas keterlanjuran kita melakukan onar dan malapetaka nanti akan diterima rakyat terbanyak.
Dari kes menjadi ajen US kepada kes liwat 1 dan sekarang liwat 11 yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang, semuanya tidak dapat meyakinkan rakyat sehingga kepada penolakan rakyat diddalam PRK Sibu baru-baru ini, menjadikan mereka terus memburu beliau kepada satu tahap yang cukup menjijikkan yakni menjadi ajen asing pula , atas kadar bahawa yang ini boleh disenyapkan suara dan pengaruh dengan menghumbannya didalam ISA tanpa perlu bicara dan bersua didalam mahkamah lagi !.
Begitu juga apa yang menimpa kepimpinan parti lain dari Wahabi ke JI tanpa ada pun kajian penyiasatan , terus menerima tohmahan sehingga sanggup menjadikan ulamak sebagai landasan untuk mengwar-warkan bahawa kamilah yang benar dan betul sehingga berduyun-duyun menerima sokongan lepasan agama ini, tetapi akhirnya menerima tempelakan daripada ulamak itu sendiri bahawa mereka tertipu dan ditipu akhirnya daripada 100 orang menjadi hanya belasan orang sahaja, alahai malunya !!.
Inilah hakikat yang berlaku didalam negara, padahal apa yang ditulis oleh blogger didalam negara dan SD yang dibuat didalam negara tidak diambil; sebagai sandaran untuk dibuat pengkajian dan ulasan, daripada persoalan bagaimana rakyat asing yang masuk kedalam negara tetapi boleh hilang dari senarai imegresen kita, bagaimana rakyat kita boleh keluar negara tanpa diketahui dari pintu masuk mana ia keluar, juga daripada SD yang dibuat oleh bekas anggota SB yang tidak dikaji apakah benar ada orang tertentu yang bayar duit kepada beliau untuk menarik balik SD 1 dan membuat SD 11, semuanya ini rasanya lebih relevan untuk diulas daripada mengambil tulisan blogger yang entah dari gunung mana ia datang dan dijadikan berita utama dalam negara.
Apakah berita penyiasat Perancis yang datang meyisat didalam negara kita tidak jadi berita penting, kenapa dia datang dan apakah jenis sisasatan yang dijalankan dan atas kesalahan apa kenapa terpaksa ia datang dari jauh untuk menyiasat.?.
Juga apakah yang terjadi kepada kapal selam kita yang berharga berbilion itu sekarang ini tidak penting untuk diketahui oleh rakyat?. Bagaimana statusnya dan adakah harganya berbaloi dengan kondisi serta gerenti masakini?.
Semua persoalan ini sepatutnya menjadi berita muka depan akhbar harian kita dan bukannya kutipan dari blogger entah dari mana-mana?
Monday, July 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment