Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, July 16, 2010

Apakah ini agenda pendaftaran 1:40

Akhir sekali, saya melihat juga dalam isu kemasukan pekerja-pekerja asing ke
dalam negara kita ini nampaknya saya sering bertanya apakah mereka juga dieksploit
untuk kepentingan politik. Jadi, sebab itu saya hendak tanya kepada Kementerian
Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri khususnya yang juga bertanggungjawab dalam
imigresen, Jabatan Pendaftaran dan sebagainya, soal isu kewarganegaraan. Saya tidak
tahu bagaimana prosedur yang sebenarnya untuk seseorang orang asing yang ada PR
khususnya, bukan Pakatan Rakyat untuk memohon warganegara. Saya tidak tahu
adakah dibuat secara pergi ke pejabat pendaftaran ataupun dibuat pengumuman mari
pergi ke padang, kita buat satu pendaftaran untuk membolehkan warganegara.
DR.15.7.2010 43
Jadi, saya tidak tahu apakah polisi kerajaan sekarang ini. Apakah kerajaan
bersedia untuk membuka seluasnya kepada pemegang-pemegang PR ini untuk
diberikan hak warganegara dan apakah pertimbangan-pertimbangan? Mereka ini
sebahagiannya adalah pekerja. Apakah pertimbangan-pertimbangan politik yang akan
diberikan pada masa depan apabila kita memperluaskan dan memperbanyakkan lagi
orang asing ini untuk diberikan warganegara? Oleh sebab itu, saya hendak minta
penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, berapa yang sebenarnya dalam negara
kita ini yang memegang status PR, berapa?
Saya hendak beri beberapa maklumat yang saya dapat. Saya tidak tahu siapa
sebenarnya tetapi saya telah difahamkan bahawa ini adalah di bawah operasi kerajaan.
Pada 15 dan 17 Jun bertempat di Kota Warisan di Sepang dipanggil pemegangpemegang
PR ini untuk datang membuat pendaftaran untuk mereka mendapat
warganegara.
Yang Berhormat boleh geleng kepala... [Ketawa] Akan tetapi itu saya sebut 15
hingga 17 Jun sehingga tengah malam ia dibuat. Ramai yang datang dan diberitahu
bahawa, “Bila kami memberikan warganegara ini dan akan diberikan nanti selepas ini
Kad Pengenalan Biru janganlah lupa untuk sokong kerajaan. ’
Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Ketawa]
1210
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat boleh gelaklah
bukan tidak gelak, baik. Pada 3 Julai bertempat di Dewan Centrum Setiawangsa, satu
operasi telah dibuat, dipanggil pemegang-pemegang PR ini. Pada 10 Julai sekali lagi
bertempat di Kota Warisan untuk diberikan kad pengenalan biru bagi mereka yang
sudah pun diproses. Apabila...
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang Berhormat Pokok Sena,
mencelah sedikit.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Sekejap, sekejap. Okey.
Seorang Ahli: Buang masa lah.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Apa pula buang masa? Ini untuk
masa depan negara...
Seorang Ahli: Ini Parlimen!
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tuan Yang di-Pertua, saya
hendak tanya penjelasan daripada Yang Berhormat Pokok Sena ini, apakah ini ada
DR.15.7.2010 44
hubung kait dengan baru-baru ini dikeluarkan kenyataan 1:40 ini, apakah ianya
mempunyai hubung kait dengan pendaftaran dengan SPR-1:40 ini?
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya akan teruskan dulu sebelum
saya berikan respons. Kemudian pada 10 Julai ini, ada gambar persekitaran yang
sempat diambil oleh beberapa orang anak buah saya dalam majlis tersebut di Kompleks
Integrasi Warisan Arca (KIWA), Pusat Pertanian Labu Lanjut. Baik, bila 10 Julai berlaku,
maka satu report polis telah dibuat. Report polis telah dibuat, saya percaya bahawa
tidak mungkin polis akan siasat benda yang dibuat oleh agensi bawah kementerian yang
sama.
Kemudian semalam ada satu sidang media kepada orang yang membuat report
dan sepatutnya semalam 14 Julai di halaman surau perkampungan warga Indonesia
Taman Melati sudah pun dipanggil semua pemegang PR ini. Mereka sudah pun hadir
apabila ada satu sidang media yang telah dibuat di Sepang oleh beberapa orang rakan
daripada PAS, DAP dan juga Keadilan lalu program di halaman surau yang sudah
dipasang khemah soal pendaftaran sudah pun mula dibuat daripada pendaftaran
kehadiran hendak mendaftar nama dan sebagainya di perkampungan warga Indonesia
Taman Melati dibatalkan dengan tiba-tiba.
Alasannya kononnya ada agen yang membawa pemegang PR ini ambil komisen.
Diberikan alasan itu tetapi saya kira bahawa kerana sidang media yang dibuat oleh
beberapa orang rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat di Sepang semalam. Jadi saya
tidak tahu adakah ini merupakan operasi rasmi kementerian sebab saya telah pun
melihat beberapa pembuktian yang ditunjukkan kepada saya mereka yang telah diberi
kad pengenalan tetapi tidak dikeluarkan sijil kewarganegaraan negara.
Sedangkan saya difahamkan, saya ditunjukkan satu lagi orang yang mengikut
proses biasa, prosedur biasa maka bila pergi mohon dan sebagainya, kemudian mereka
akan diberi kad pengenalan biru dan juga sijil warganegara tetapi, untuk operasi ini,
mereka hanya dikeluarkan kad pengenalan biru sahaja tanpa sijil warganegara. Saya
tidak tahu sama ada ini merupakan satu sindiket yang tanpa pengetahuan Kementerian
Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara dan juga pihak-pihak yang lain ataupun
sememangnya satu sindiket yang dalam pengetahuan kementerian ataupun merupakan
satu operasi rasmi yang dibuat oleh pihak kementerian atas alasan-alasan tertentu
untuk survival politik UMNO dan Barisan Nasional.
Apakah ini yang akan memenuhi senarai daftar pemilih yang dikatakan berapa
juta masih yang sudah pun layak RM4 juta yang layak untuk daftar pemilih dan
DR.15.7.2010 45
beberapa juta Melayu, hampir dua juta orang adalah terdiri daripada orang-orang
Melayu yang layak mendaftar tetapi belum mendaftar. Apakah ini yang akan memenuhi
senarai daftar pemilih untuk pilihan raya umum akan datang. Jadi saya minta penjelasan
daripada pihak kerajaan bahawa saya sebenarnya memang sudah bertemu dengan
beberapa orang yang dipanggil untuk diberikan kad pengenalan saya sendiri tengok kad
pengenalan tersebut dan tanpa ada sijil warganegara. Saya fikir bahawa apakah ini satu
manipulasi terhadap mereka sekali lagi bila berlaku sesuatu kad pengenalan itu akan
ditarik balik dan mereka tidak ada apa-apa dokumen dan sebagainya.
Jadi saya minta jadi jangan sampai ke peringkat sudahlah kita membiarkan pihak
tertentu agensi tertentu memperdagangkan manusia kemudian kita eksploit pula untuk
kita pula memperdagangkan mereka untuk kepentingan politik. Syarikat-syarikat yang
memperdagang membawa mereka itu untuk kepentingan perut tuan punya syarikat
tersebut tetapi kita pula atas nama kerajaan atas nama agensi kerajaan memperdagang
untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional. Jadi saya hendak kata Tuan
Yang di-Pertua ini sudah disahkan oleh mahkamah apa yang saya sebut ini ia sudah
disahkan oleh mahkamah dalam kes di Sabah yang menunjukkan bahawa ada
pendatang-pendatang asing ini yang diberikan dalam satu operasi untuk pendaftaran
memilih projek ‘M’ kah apa dulu, satu ketika dulu.
Ini merupakan satu perkara yang sangat serius dan saya melihat bahawa dari
sudut keselamatan masa depan negara kita ini satu perkara yang sangat serius. Jadi
saya mohon penjelasan daripada rakan sejawat saya. Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua.

Kita amat bimbang, saperti pernah berlaku di Sabah, ini mungkin salah satu daripada cara untuk menambah jumlah pengundi dengan cara yang cepat dan tak payah nak susah cari penyokong kerana dengan cara ini, ia akan terus mendapat sokongan atas dasar aku sudah dapat IC kenapa tak boleh sokong depa. Ini juga pernah berlaku di Langkawi. Sejaran boleh berulang.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.