Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada 167 teknologi yang
disebutkan tadi dan 32 memasuki pasaran. Jadi saya ingin bertanya kepada
kementerian, berapakah sebenarnya hasil-hasil daripada teknologi ini yang dapat nikmat
kepada petani-petani di grass roots sendiri. Ini adalah sebab kita tahu seperti makanan
ternakan ikan misalnya, ini mungkin penternak di grass roots boleh mendapat faedah.
Akan tetapi yang lain-lain itu, biasanya yang dapat adalah orang-orang tengah yang
menjadi pengendali ataupun stakeholder yang mengendalikan teknologi tersebut. Jadi,
apakah sebenarnya ataupun berapakah sebenarnya peratusan yang benar-benar
sampai kepada petani-petani di grass roots di bawah untuk menolong mereka
meningkatkan pendapatan pertanian mereka itu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat yang prihatin
mengenai kajian yang dibuat oleh MARDI. Seperti mana yang saya nyatakan tadi
bahawa dalam kita berusaha membantu petani-petani untuk menikmati hasil kajian
MARDI ada beberapa peringkat. Pertamanya, kalau syarikat-syarikat besar ini yang
ingin mengeluarkan ataupun mengkomersialkan tentang MARDI, kita menggunakan
TechnoFund. TechnoFund kita beri sedikit subsidi dan dikomersialkan.
DR.7.7.2010 12
Keduanya, kalau untuk peringkat usahawan, kita ada satu program dinamakan
Program Pembangunan Usahawan. Di bawah Program Pembangunan Usahawan ini,
hari ini hampir lebih 50 orang yang boleh dikatakan telah pun berjaya menjadi jutawan.
Kalau yang rendah lagi, kita ada pula Program Anak Angkat. Di bawah ketigatiga
program ini, MARDI akan memperkenalkan bahawa ciptaan mereka dan mereka
akan memberikan bimbingan bukan sahaja daripada segi teknologi tetapi juga daripada
segi kepakaran. Hasil daripada ciptaan ini kita lihat seperti sawah padi. Hari ini dia
sudah mula cipta untuk tanam padi, semuanya sudah pakai mesin. Sembur racun pun
sudah pakai mesin. Hendak asing buah durian pun hari ini sudah ada satu mesin.
Ertinya hendak asingkan isi durian dengan kulit durian pun sudah ada satu mesin. Jadi
ini semuanya memberikan faedah kepada rakyat terutamanya petani-petani untuk
mereka komersialkan hasil-hasil pertaniannya.
Sunday, July 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment