Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, August 22, 2010

Sumbangan Zakat..


Petang ini, 12 Ramadhan bersamaan 22 Ogos 2010 bertempat di Masjid Pondok Chegar berlangsung satu majlis penyerahan zakat daripada Jabatan Zakat melalui imam masjid di negeri Kedah yang disempurnakan oleh ana tadi bersama Imam Ust Zakuan.
Seramai 69 orang penerima telah menerima zakat mereka melalui cek Agro bank dan dan ini khabarnya sudah boleh ditunaikan mulai besok. Sumbangan sebanyak RM 550 seorang sudah pasti amat bermakna kepada mereka yang menerima terutama golongan warga emas dan OKU serta mereka yang kurang berada.
Semasa ucapan ana menyeru agar mereka menggunakan wang tersebut dengan baik dan kejalan yang diredhai Allah untuk keperluan harian dan persiapan hariraya nanti.
Juga ana sentuh tentang peri perlunya kita menjaga ibadat puasa kita dan juga mencapai matlamat yang disebut didalam ayat Al Quran yakni tahap taqwa , yang diulas melalui pesanan Saidina Ali KW iaitu takut kepada Allah, melaksanakan apa yang terkandung didalam Al Quran, redha dengan yang sedikit serta mengingati mati, masa yang pasti semua orang akan sentuh nanti, oleh itu selagi kita patuh kepada ajaran yang dibawa ulama insyaallah kita akan selamat.

Tidak ada ulamak yang mengajak kearah keburukan, dan kejahatan, ulamak mengajak kepada masjid dan mengerjakan amal soleh, hanya juhal;ak yang mengajak kepadda maksiat dan melakukan perkara yang ditegah. Oleh itu hendaklah kita menyokong para ulamak agar kita hidup selamat didunia dan akhirat. Ulamak tidak pernah menyuruh kita melakukan dosa dan maksiat, ulamak tidak pernah menganjurkan kita untuk melakukan rasuah dan kezaliman, jadi bila kita sudah mendapat ketqwaan kepada Allah, maka kita akan sentiasa menyokong perjuangan Islam.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.