Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, June 10, 2008

Potong la banyak sikit, 10 % jadi apa.

“Kerajaan turut merasai keperitan rakyat dan merasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini,” Perdana Menteri.

Mungkin semua lupa bahawa Pak Lah selaku Perdana Menteri adalah juga Menteri Kewangan! Adakah Pak Lah mempunyai dua gaji dan elaun yang berlainan kerana beliau memegang dua jawatan serentak! Adalah tidak efektif lagi membebankan beliau kerana memegang dua jawatan serentak. Patutlah Pak Lah tidak dapat fokus sebagai Perdana Menteri kerana pada masa yang sama beliau mengetahui jumlah wang kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan elaun keraian bulanan bagi Perdana Menteri sebanyak RM18,865 setiap bulan, Timbalan Perdana Menteri (RM15,015), Menteri (RM12,320) dan Timbalan Menteri (RM6,000) akan dikurangkan sebanyak 10 % mulai 1 Julai 2008 bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

Sungguh banyak jumlah elaun tersebut jika nak dibandingkan dengan majoriti gaji rakyat setiap bulan! Itu baru elaun keraian, bagaimana dengan pelbagai lagi elaun yang tersedia? Berapakah dan apakah elaun yang lain? Selain elaun, pucuk pimpinan tertinggi juga mempunyai gaji bulanan yang tetap, bukan? Inilah dia pimpinan rakyat yang ingin menjaga kebajikan rakyat. Hanya memotong elaun ketika bencana menimpa.

Kenapa media cetak tempatan dan media elektronik tempatan tidak menyebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia berapakah ‘income’ Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah secara sukarela memotong incomenya bagi mengisi tabung tertentu? Inilah dia teladan yang baik!

Memang bila dah tersepit baru la nak potong, bila negara dan rakyat dah pokai, nak beli makanan pun tak dak duit, baru nak potong elaun, itu pun baru elaun entertainment, tidak elaun lain lagi, elaun meeting, elaun bedak dan gincu bini dan bermacam macam elaun lagi yang rakyat tak tau berapa banyak.

Tak tau kah Pak Lah, bahawa kami wakil rakyat yang didera oleh BN yang tak bagi peruntukan untuk disumbangkan kepada pelajar miskin , orang kurang upaya dan sebagainya yang diberikan kepada wakil BN tu telah lama membuat potongan 20 % elaun tetap kami untuk tabung kebajikan parti dan kawasan. Bukan macam wakil BN bila datang bagi sumbangan dari kem kebajikan, depa kata duit BN padahal itu semua duit kita, duit kebajikan dari kem kebajikan, dan duit rakyat.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.