Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, September 19, 2008

J Qaf, bertindak atas kesedaran selepas kekesalan.

17 Sept - Kementerian Pelajaran menyasarkan sejuta pelajar yang menyertai program jawi, al-Quran dan fardu ain (j-Qaf) ketika ini mampu menguasai al-Quran menjelang 2010. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sasaran itu boleh dicapai berdasarkan kemajuan yang dikecapi sejak pelaksanaan projek perintis itu pada 2005. "Ini adalah langkah untuk memperkasakan pendidikan sedia ada dan dijangka program ini dapat diperluaskan ke peringkat sekolah menengah suatu hari nanti," katanya.



Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Khatam al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ketiga di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas di sini semalam. Di samping peningkatan jumlah guru j-Qaf dari 3,567 pada 2005 kepada 13,470 guru, tahun ini ia juga mensasarkan supaya lebih ramai generasi muda celik al-Quran terutama pelajar peringkat rendah. Sejumlah belanjawan yang cukup besar untuk program itu iaitu RM146.2 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

Ana tidak mahu menyalahkan Kementerian Pelajaran dalam hal ni bila bercakap tentang J qaf ini, cuma kesalahan perlu diletakkan kepada pemerintahan sebelum ini yang telah mengabaikan tulissan jawi dan tidak menekankan kepentingan alquran sehingga kita terpaksa menghabiskan begitu banyak wang hanya untuk mengenalkan mereka dengan tulisan jawi dan membaca alquran. Itu belum nak melaksanakan apa yang terkandung dalam arahan dan suruhan dari dalam alquran itu sendiri, mungkin melibatkan kos yang berganda lebih besar.
Ana teringat masa kecil-kecil dulu, belajar mengaji dengan tok ana sampai boleh membaca dan khatam pada peringkat kanak-kanak lagi, ini kerana keberkatan datuk nenek mengajar kita mengaji dengan ikhlas kerana Allah dan kita mengajar pula anak murid beliau dan begitulah seterusnya dari generasi kegenerasi disamping belajar ilmu lain dari sekolah.
Juga kita masih ingat bila mempelajari pelajaran agama Islam dengan tulisan jawi dan huruf arab diperingkat sekolah rendah sehingga fasih untuk membaca jawi, tetapi setelah kerajaan dahulu menghapuskan penggunaan jawi hatta dalam pendidikan Islam, maka terus rakyat kita menjadi buta jawi dan buta alquran. Bukan setakat buta memahami, bahkan lebih teruk lagi buta nak membaca alquran.
Dalam hal Jqaf ni, ana rasa sedikit kerugian untuk anak-anak kita yang pulang dari Timur Tengah diberikan ruang untuk mereka mengajar Jawi dan quran dan arab ni disekolah rendah padahal mereka memiliki ijazah yang diiktiraf diperingkat dunia kebanyakannya. Sepatutnya mereka ini dimulakan diperingkat sekolah menengah dan diberikan peluag untuk menyebarkan ilmu melalui kitab muktabar yang mereka pelajari dinegeri oarang melalui masjid dan surau supaya generasi tua juga mendapat faedah hasil dari ilmu tadi, bukan hanya mereka disekolah rendah sahaja.
Ratusan juna digunakan dan itu adalah duit rakyat dan pengajarnya pula adalah aset kepada generasi akan datang, oleh itu diharap [ihak di Kementerian memikirkan kaedah untuk memanfaatkan mereka yang menjadi tenaga pengajar ini supaya lebih memberikan faedah kepada rakyat terbanyak.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.