Wednesday, September 17, 2008
Bulan puasa bulan beramal, bulan pemberian bonus dari Allah ,rebutlah peluang ini.
Setiap kali kehadiran bulan Ramadhan ini, maka umat Islam berebut-rebut untuk membuat kebajikan dan amalan kerana ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah cukup lumayan berbanding dengan bulan yang lain, saperti firman Allah dalam hadis khudsi bermaksud setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, kerana puasa itu bagi ku dan aku akan memberi ganjaran kepadanya.
Dengan suasana itulah, maka semalam Muslimat PAS Kawasan Pendang telah mengadakan majlis tadarus Alquran sempena Nurul Al Quran 17 Ramadhan dan menyampaikan sumbangan ala kadar kepada ibu tunggal dan fakir miskin sekitar Pendang hasil dari sumbangan sahabat dan rakan taulan yang simpati dengan masyarakat miskin.
Majlis diadakan didalam surau markas PAS Gajah Mati dan disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pendang, Dr Hjh Rahimah Sahit, isteri kepada Ahli Parlimen Pendang, YB Dr Mohd Hayati Othman.
Semoga pahala diganjarkan oleh Allah kepada mereka yang memberi sumbangan dan diharap Allah memurahkan rezeki mereka dan ditahun hadapan akan bertambah lagilah sumbangan yang dapat dipungut dan semakin ramai mereka yang dapat menerima sumbangan tersebut.
Memang bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang Allah janjikan dengan pahala berlipat ganda dan setiap ruang dalam kehidupan kita ini mempunyai peluang untuk kita menjana pahala pemberian Allah walau dimana kita berada. Atas kereta kita boleh berzikir daripada hanya leka mendengar lagu-lagu yang tak berfaedah dan melalaikan, disamping ruang masa yang ada boleh kita gunakan untuk membaca Alquran, manakala disebelah malamnya banyak masa boleh kita gunakan untuk sembahyang tarawikh dan witir serta tahajjud dan bertadarus alQuran serta selawat disamping ada juga setengah masjid dan surau yang mengadakan tazkirah untuk memperingatai muslimin tentang peluang untuk menambah pahala di bulan Ramadhan ini.
Apa yang menjadi tradisi masa kita kecil-kecil dahulu , memberi kuih antara satu rumah dengan rumah yang lain apabila tiba waktu hendak berbuka merupakan saat yang amat menggembirakan, Ini sesuai dengan hadis Rasulullah bermaksud dua kegembiraan bagi orang berpuasa, kegembiraan pertama ketika berbuka dan kegembiran kedua ketika bertemu dengan Allah subhanahu wataala. Kalau dulu setiap rumah pasti akan berlambak beranika jenis kuih hasil pemberian jiran sebelah, hasil kerja tangan ibu yang membuatnya, tetapi kini kuih penuh meja bukan hasil kerja tangan ibu-ibu, tetapi hasil kerja tangan penjual kuih. Kalau kita lihat suasana pasar Ramadhan sekarang ini, dari nasi, sampai kelauk, kuih dan air minuman semua dibeli dari gerai, tidak ada yang dibuat sendiri oleh kita, maka dari situ dapat kita perhatikan mana hendak datang keberkatan didalam berpuasa kita, mana ganjaran pahala yang hendak kita harapkan, hanya dengan wang ringgit yang dilaburkan digerai Ramadhan, itulah saja yang menjadi habuan berbuka kita.
Ana kadangkala bila lihat juadah berbuka, memang rasa enak dan menyelerakan, tetapi bila lihat cara mereka menyediakan juadah tersebut, mungkin itu yang menjadi halangan. Lihat saja bila mereka memecahkan telur membuat murtabak, ada peniaga yang tidak membasuh telelur yang kulitnya disaluti najis ayam, terus dibancuh menjadi isi murtabak dan dijual serta dimakan oleh kita, dan banyak lagi kalau kita teliti dengan baik.
Perlu kita ingat bahawa didalam bulan Ramadhan sahajalah ada tarawikh, ada puasa yang diwajibkan, ada fitrah dihujungnya yang tidak ada dibulan yang lain, ada lailatul qadar. Oleh itu rebutlah peluang pemberian Allah ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment