Friday, September 19, 2008
Sampai orang pencen pun suruh turun awal.
Beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jangan bertanding jawatan presiden Disember ini.
Mereka membuat desakan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam, kerana bimbangkan Abdullah tidak akan mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatan presiden.
Pengerusi Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika dihubungi berkata, sebaik selesai pilihanraya umum 8 Mac lalu, Mubarak menemui perdana menteri supaya melaksanakan peralihan kuasa kepada timbalannya.
“Bagaimanapun, Abdullah tidak memberi jawaban terhadap cadangan Mubarak itu,” katanya.
“Dalam mesyuarat agung Mubarak baru-baru ini, semua pengerusi negeri kecuali Pulau Pinang, mahu pelan peralihan kuasa disegerakan.
“Pengerusi Pulau Pinang J Raj berkata, beliau mahu berkecuali kerana Abdullah berasal dari negeri itu,” katanya.
Beliau berkata, semalam Mubarak sekali lagi menggesa supaya peralihan kuasa dipercepatkan kerana Umno dan kerajaan berada dalam keadaan kelam kabut.
Hari tu TS Muhyiddin Yassin , lepas tu DS Rais Yatim, lepas tu DS Najib tumpang tui sekali, dan yang lain-lain dari bahagian ramai lagi yang kata macam tu.
Ana hairan sampai MT pun suruh turun cepat ni, memang dah tak lama dah tu. Kalau tak turun, ana takut nanti MT sendiri yang buat undi tak percaya kepada presiden, naya seluruh negara. Boleh masuh Malaysia Book of records la tu maknanya, nanti Che Det pun akan gelak sakan.
Kita cuma nak tengok setakat mana PM kita ni nak tunggu dalam jawatan beliau sekarang sebelum sampai masa ditarik turun oleh ahli beliau sendiri. Rakyat semua sudah semacam faham kenapa Paklah ambil alih kementerian pertahanan dan suruh DS Najib jaga khazanah negara yang sudah tak berduit tu. Bebanan mencari duit dan menarik pelabur telah dilepaskan setelah Paklah gagal melakukan reformasi ekonomi dengan bantuan tingkat empat saperti kata Che Det,teman lama kita tu la.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment