Sejak sekian lama kita didedahkan dengan bakal PM baru Malaysia ini dengan segala sifat dan watak yang semua rakyat sudah arif dan faham. Saperti yang telah ana ulas sebelum ini bahawa bekas PM kita Tun Dr Mahathir dengan nichenya yang ultra Malay , dan bekas PM DS Abdullah Badawi dengan nichenya Mr Clean, tetapi yang bakal sorang ni kelmarin dalam sidang Parlimen baru semua rakyat Malaysia tahu dan faham bahawa niche yang ada pada beliau adalah angkuh dan bongkak.
Semasa perbahasan yang memakan masa dua minggu, ahli-ahli YB telah berbahas bagai nak rak tetapi beliau sekali pun tak nampak hadir untuk mendengar hujah ahli YB yang dilantik oleh rakyat, bahkan menteri yang bakal dipimpin beliau juga tidak ramai yang hadir saperti yang pernah ana lihat sebelum ini dimana perbahasan bajet diadakan. Tetapi apa yang kami nampak, banyak kali beliau datang dan menyembunyikan diri dalam bilek beliau ditingkat 3 blok menara , maknanya beliau ada tetapi tidak masuk dewan untuk mendengar sendiri perbahasan dari ahli parlimen.
Bila semalam beliau datang dengan beberapa unjuran dan ransangan baru, maka ramai ahli dari pembangkang membawa beberapa peraturan mesyuarat untuk membantah pembentangan yang sebenarnya pada pandangan pembangkang memerlukan satu usul baru kerana ianya melibatkan beberapa perubahan dalam perkara-perkara bajet yang telah dibentangkan oleh PM dan menteri Kewangan sebelum ini, tetapi saperti biasa bantahan itu ditolak. Cuma apa yang jelas tergambar oleh rakyat adalah sikap bakal PM yang mungkin menjadi niche beliau iaitu tidak berani dan tidak mahu memberi jalan kepada ketua pembangkang dan ahli YB lain untuk bangun minta penjelasan.
Sebenarnya semalam adalah masa penggulungan setelah bahas diperingkat dasar sudah berlalu, tetapi Menteri Kewangan baru tidak memberi ruang untuk kami masuk bertanya segala hujah dan angka baru yang dibawa beliau. Apabila Tuan YDP bertanya beliau, jelas nyata beliau menjawab beliau tidak mahu beri jalan sehinggalah beliau selesai membentang segala unjuran dan ransangan baru .
Setelah hampir satu jam beliau membentang angka baru dan unjuran serta berbagai ransangan baru yang merupakan saperti satu bajet tambahan baru, dan didesak beberapa kali untuk mencelah dan dibawa berbagai peraturan mesyuarat, tetapi tidak juga memberikan ruang untuk minta penjelasan, maka kami rasa tidak ada guna kita hanya mendengar apa yang diberikan tanpa ada ruang untuk penjelasan, dari mana wang yang akan diperolehi dan untuk apa wang dibelanja dan sebagainya, maka keputusan diambil untuk meninggalkan dewan, kerana tujuan dewan adalah untuk berbahas dan meminta penjelasan.
Apakah bermakna selepas ini akan ada lagi perbahasan peringkat dasar terhadap apa yang baru dipersembahkan oleh Menteri Kewangan yang baru ini.
Sebenarnya semalam apabila kita lihat dalam dewan memang agak penuh dengan ahli YB terutama dipihak BN kerana mereka menganggap bahawa akan diadakan undi belah bahagian kerana kami akan menolak bajet tersebut.
Dari peristiwa terbaru ini, sudah jelas bahawa niche yang ada pada bakal PM baru ini adalah saperti yang beliau tunjukkan semalam. Beliau tiada Mr Clean, atau for Malay atau for Islam, tetapi ada yang tergambar semalam. Tahniah bakal PM Malaysia. Cuma yang ana belajar dari sejarah saperti yang Pak Lah mahu semua penuntut kita belajar sejarah adalah belum ada dalam sejarah negara kita selagi Periktan atau BN perintah, menteri kewangan akan menjadi Perdana Menteri. Oleh itu masa untuk DS Najib menjadi PM masih lagi jauh, hanya bulan Mac 2009.
Kita tidak hairan kalau sifat ini wujud dalam diri beliau, maka jelas lagi bersuluh saperti apa yang dinukilkan oleh bakal bekas Mufti Perlis akan menjadi kenyataan.
Tuesday, November 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment