GEORGE TOWN - Pada mulanya hanya timing belt yang dikatakan rosak tetapi selepas itu, satu persatu bahagian enjin kereta Perodua Kembara miliknya dikatakan rosak dan tanpa diperiksa, enjinnya dikeluarkan dari kereta.
Itulah nasib yang dihadapi seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Jamilah apabila keretanya 'rosak' di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, Kedah Sabtu lalu.
Jamilah berkata, ketika kejadian itu beliau bersama suami dan dua anaknya dalam perjalanan dari Pendang, Kedah ke Balik Pulau, Pulau Pinang sebelum berhenti rehat di R&R tersebut.
"Namun sewaktu ingin bertolak pulang kereta saya gagal dihidupkan dan ketika itulah kami didatangi tiga lelaki yang menawarkan perkhidmatan trak tunda sebelum kereta saya ditarik ke bengkel mereka di Sungai Petani.
"Apa yang mengejutkan ialah trak terbabit telah menarik sebuah kereta Perodua Kancil yang juga rosak sebelum mengikat kereta saya di belakang kereta tersebut," katanya ketika menghubungi Kosmo! di sini semalam.
Akibat kejadian tersebut, Jamilah dan keluarganya terpaksa menumpang di rumah sepupunya di Jeniang dekat Alor Star selama dua hari.
Tambahnya, ketika di bengkel tersebut, tanpa diperiksa, enjin keretanya dikeluarkan dan mereka mengarahkan beliau supaya datang mengambil kereta tersebut pagi semalam dengan bayaran RM1,300.
"Saya hairan bagaimana mereka dapat tentukan harga sedangkan kereta saya langsung tak diperiksa dan tak patut harga timing belt semahal itu.
"Masa ambil kereta pagi tadi suami saya mendapati mereka hanya menukar pam air sahaja," ujarnya.
"Saya juga jadi geram apabila mereka seperti berdalih untuk menyediakan bil terperinci barangan yang diganti atau dibaiki malah meletakkan perkara lain seperti gelang omboh dan beberapa barang lain," katanya kesal.
Jamilah berkata, kejadian yang menimpanya mungkin sama dengan apa yang dilaporkan Kosmo! Isnin lalu mengenai taktik terbaru 'longkai' yang sanggup menanggalkan penutup bahagian bawah tangki air kereta ketika kereta pemilik berada di R&R Gurun baru-baru ini.
"Saya harap pengguna R&R Gurun dapat berhati-hati sekiranya didatangi mereka yang menawarkan khidmat trak tunda atau hanya menggunakan trak tunda PLUS.
Harap PLUS tolonglah lebih prihatin dalam hal ni, kerana ini sudah tentu akan menyusahkan rakyat dan pengguna lebuhraya PLUS ni dan kalau orang ramai tak mau berhenti lagi di R & R Gurun , maka peniaga disitu juga akan menghadapi kerugian.
Kalau perkara ini berterusan, maka ana menyeru supaya lepas ini tidak ada lagi pengguna yang akan berhenti di R & R Gurun ini kerana semua masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak dibela oleh PLUS.
Nasihat saya supaya lepas ini juga akan ada polis atau polis peronda yang akan stanby di R & R Gurun ni atau sekurang-kurangnya rondaan polis dengan lebh kerap kekawasan ini.
Wednesday, November 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment