Semasa DS Samy Vellu menjadi Menteri Kerjaraya ana telah bawa satu syor agar pada musim perayaan oleh kerana kenderaan banyak dan pemanduan jadi perlahan, maka wajar pemandu diberikan diskaun 50 % kerana perjalanan jadi lambat dan kos petrol terpaksa jadi lebih, tetapi waktu tu DS SV kata tak boleh.
Tetapi bila Mat Zin Menteri Kerjaraya baru ni , ana solute kat PLUS yang kata nak beri diskaun mulai tahun depan , diskaun kalau guna lebuhraya lepas 12 tgh malam sampi tujuh pagi , cuma takkan hanya 10 % saja, bagi la sampai 50 % pada musim perayaan . Bayangkan kalau nak balik ke Kedah terpaksa guna sampai 7- 8 melalui lebihraya dan nak balik Kelantan terpaksa ambil sampai 12 jam nak balik, berapa banyak petrol kena guna, boleh lah tambah lagi diskaun tu. Bayangkan kalau masa perayaan berapa kali setahun dan berapa banyak PLUS dan lain-lain konsesi tol dapat kaut duit dengan bertambahnya jumlah kenderaan yang lalu dilebuhraya mereka tuh.
Pemandu kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan Lebuh Raya Utara -Selatan dan Lebuh Raya Ekspres Lingkaran Tengah (Elite) berpeluang menikmati diskaun dan rebat bayaran tol sehingga 25 peratus, mulai tahun depan.
Diskaun itu ditawarkan Plus Expressways Berhad (Plus) menerusi tiga skim Program Insentif Perjalanan Plus, iaitu:
l Pengguna kenderaan Kelas 1 yang menggunakan lebuh raya berkenaan antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus mulai 1 Januari depan hingga 31 Disember 2010.
l Diskaun tambahan 10 peratus diberi kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang menggunakan lebuh raya berkenaan antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali serta Krismas mulai 1 Januari depan hingga 31 Disember 2010.
l Pengguna kedua-dua lebuh raya yang menggunakan sistem bayaran tol elektronik dengan bayaran terkumpul minimum RM200 setiap bulan, akan menerima rebat lima peratus mulai 1 Januari depan. Tawaran terbuka kepada pengguna yang berdaftar dengan Program Loyalti Plus yang akan dilancarkan bulan depan.
Pengarah Urusan Plus Expressways, Noorizah Abdul Hamid, berkata program itu diperkenalkan bagi menyahut seruan kerajaan supaya sektor swasta membantu meringankan beban pengguna ketika keadaan ekonomi tidak menentu sekarang.
Beliau memberi contoh, melalui insentif pertama pengguna yang melalui Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Tol Ipoh Selatan hanya perlu membayar tol sebanyak RM23.80 berbanding RM26.50 sekarang.
Pada musim perayaan pula, perjalanan antara kedua-dua plaza tol itu hanya dikenakan bayaran RM21.40 selepas diberi diskaun tambahan 10 peratus.
Noorizah menjelaskan pengguna yang memasuki dua lebuh raya berkenaan sebelum jam 12 malam masih dapat menikmati diskaun itu, asalkan mereka keluar selepas 12 malam hingga 7 pagi,
“Ketika ini, 800,000 kenderaan menggunakan kedua-dua lebuh raya itu setiap hari dengan 10 peratus menggunakannya pada jam 12 malam hingga 7 pagi,” katanya pada sidang media di Kementerian Kerja Raya di sini, semalam.
Tuesday, November 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment