Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, November 18, 2008

TU dia aih, ambil mana duit tu, ?.

18 Nov (Bernama) -- Sepuluh anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menggunakan hampir RM1 juta bagi membiayai penganjuran pelbagai acara perayaan termasuk rumah terbuka di kawasan mereka sepanjang tahun lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Johari Baharum berkata mereka adalah antara 196 anggota Parlimen BN yang telah menggunakan peruntukan khas bagi membiayai penganjuran acara sambutan perayaan seperti bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai, Pesta Keamatan, Krismas, Wesak, Hari Kebangsaan dan sebagainya.

"Perbelanjaan itu meliputi kos penyediaan makan minum, sewaan khemah dan peralatan, pemberian sumbangan kepada golongan fakir miskin, bantuan kepada anak yatim serta golongan kurang upaya dan pembekalan perkhidmatan yang berkaitan dengannya," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras)mengenai bilangan dan jumlah perbelanjaan program keraian yang dianjur anggota Parlimen BN yang disalur menerusi peruntukan khas bagi 2007 dan 10 kawasan Parlimen yang tertinggi berbelanja.

Mohd Johari berkata daripada 10 kawasan itu, tiga kawasan Parlimen di Terengganu paling banyak menganjurkan acara perayaan didahului Kuala Terengganu yang menganjurkan 304 acara dan membelanjakan sejumlah RM917,588.00.

Kawasan Parlimen Kuala Nerus pula menganjurkan 248 acara dengan kos RM946,115.30 manakala Marang menganjurkan 186 program dengan kos RM914,250.00, katanya.

Kawasan lain yang turut menggunakan peruntukan itu ialah Tenom (58 program, RM988,475), Dungun (87 program, RM977,000.00), Putatan (86 program, RM971,000), Tawau (66 program, RM948,575), Silam (40 program, RM946,420.00), Sepanggar (54 program, RM918,480.00) dan Parit (37 program, RM916,407.50).

-- BERNAMA
Patut la kita tengok setip kali hari raya dan apa juga perayaan yang mereka adakan, tengok berbaris panjang orang tunggu nak mengkedarah, rupanya bukan duit depa , bukan duit gaji dan elaun depa, makan sikit punya mewah dan bagi duit pula banyak, rupanya peruntukan dari kantung orang lain. Lepas ni kita tengok pula musim korban ni, berapa banyak yang akan bagi lembu buat korban, sorang sampai berpuluh ekor , beri sana, beri sini. Tetapi yang dituntut oleh Islam adalah ibadah korban itu, bukan beri lembu yang orang lain punya, katakan kita yang buat korban. Ini lah susahnya kalau faham bahawa ibadat itu yang orang boleh nampak. Kesian ana kat puak-puak ni. Harap JAKIM tolong tarbiah sikit la. Kalau setakat tolong sembelih tu, tak apalah!!

Lalu ana nak kekawan semua lihat apa yang terjadi dalam pengagihan untuk ahli parlimen. Kita nak tanya yang dibelanja tu duit dari kaunter kerajaan ke, kocek PM ke, atau dari derma kroni Umno /BN ke sampai hampir satu juta satu kawasan Parlimen, tetapi bagi kami yang mewakili rakyat bukan dari parti BN ni, satu sen pun tak dapat. Habis yang duit bagi kawasan yang diwakili pembangkang pusat saperti Marang yang habis sampai satu juta tu siapa yang tolong pe'ghabih'kan. Tak kan duit tu Pak Lah atau DS Najib bagi kepada Tok Guru Haji Hadi kot, tentu tidak dengan 186 program dan acara yang memakan belanja 914 ribu ringgit lebih tuh.

Kalau macam ni la punya cara, memang belanja mengurus untuk tahun depan memang melebihi belanja pada tahun-tahun yang lalu, ini tak termasuk lagi segala belanja yang terpaksa dibayar dengan duit rakyat kepada ketua bahagian yang bertanding baru-baru ni, kalau lah mereka kata duit tu bukan dari kantung negara. Kalau di kaji sekali lagi, sebenarnya siapakah yang dapat hasil dari ratusan juta duit tu kalau bukan ketua bahagia dikawasan yang PR menang 83 kerusi tuh, kalau BN menang tentu ahli Parlimen dia yang guna peruntukan tu.

Pasal tu lah kita lihat perebutan untuk ketua bahagian ni begitu sengit dan mngikut berita yang ana terima dari cikgu dan cikgi yang jadi perwakilan disalah satu kawasan baru-baru ni , mereka dibayar 100 ke 150 ringgit seorang untuk memberi undi kepada seseorang untuk menang ketua bahagian. Padahal dari segi pencalonan, lawan dia yang dapat lebih semasa mesyuarat cawangan, tapi bila undi, lawan yang dapat pencalonan sikit tu pula yang menang, tak hairan dan tak ajaib ke.!

Jadi tak hairanlah kalau tahun ni dikatakan oleh Pengerusi Disiplin Tengku Ahmad Rithauddin ada 900 laporan rasuah politik dalam pertandingan baru-baru ni. Berita yang kita terima tu bukan lagi khabar angin kerana yang mendedahkannya adalah Menteri dan bekas menteri serta menteri besar yang tak dapat pencalonan, tetapi kalau depa dapat pencalonan, sudah tentu mereka tu akan senyap sepi macam ais dalam peti sejuk.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.