Semua manusia muslim tersentak dan amat marah dengan apa yang berlaku di Surau Akademi Islam UM pagi semalam, disuasana keheningan pagi yang sepi dan sunyi , terdampar kepala babi diatas bendera PAS yang diletakkan oleh manusia laknat selaknat Yahudi di Israel sana demi untuk menimbulkan provokasi antara kaum dalam negara kita. Pelaku kerja terkutuk ini kalau dapat dikesan dan ditangkap harus dikenakan hukuman yang amat berat disisi agama dan undang-undang negara.
Dalam suasana umat manusia bersedih dengan apa yang berlaku di Gaza sana, ditimbulkan satu lagi bentuk kesedihan iaitu kesedihan diatas provokasi yang melampau yang sudah tentu menguji keimanan dan kesabaran ummah dan sudah pasti ahli PAS sendiri.
Ana amat menyokong apa yang disebut oleh Ketua Pemuda PAS, YB Saudara Salehuddin Ayub, ia merupakan satu provokasi terancang yang dilakukan oleh pihak tertentu , untuk menguji kesabaran ahli yang sedang bergelut siang dan malam menghadapi PRK 036 di Kuala Terengganu. Kita tidak tahu pihak mana terbabit, tetapi apakah kaitan nya antara menggunakan kepala babi dengan bendera PAS tersebut.
Ana merayu dan menyeru agar seluruh ahli PAS bangun untuk berdoa kepada Allah, sembahyang hajat dan minta pertolongan Allah untuk menunjukkan kepada kita pihak yang bertanggungjawab melakukan provokasi laknat ala Yahudi ini didalam negara yang aman dan damai ini. Semua doa dipanjatkan kehadrat ilahi dan minta petunjuk serta memberi isyarat yang jelas dan terang agar pelaku diberi balasan yang setimpal dengan kelakuan durjana mereka ini.
Sebelum ini kita telah banyak kali dengar apa yang berlaku di Pantai Melaka dan sekitarnya, tetapi ia tidak melibatkan pihak tertentu, tetapi kali ini ia secara khusus menghina dan mengaibkan PAS , sebuah parti yang memperjuangkan agama Allah dan sunnah nabi Muhammad SAW.
Saya menyeru agar selepas PRK 036 ini semua kepimpinan PAS dapat duduk berbincang dan bermunajat kepada Allah melalui alim ulama dan Tuan Guru kita supaya perkara durjana dan penuh aib ini dapat dihindarkan dan moga kita dijauhkan dari segala mehnah dan malapetaka terutamanya yang melibatkan agama kita yang suci lagi mulia ini.
Kepada pihak berwajib, kita menyeru agar mereka dapat menjalankan siasatan terperinci dan jitu dengan segera untuk mencari pembuat onar durjana ini dan hadapkan mereka kemuka pengadilan dengan sekeras-keras hukuman kerana ia melibatkan maruah dan sensitiviti kaum dan agama.
Hingga kini sudah beberapa kali perkara sebegini telah berlaku, ana fikir tidak ada orang yang akan meretui perbuatan jijik dan keji ini pada pemikiran waras, kecuali manuisa itu adalah manusia yang mempunyai penyakit mental kronik atau gila.
Kita berharap dan berdoa semoga provokasi jahat ini tidak akan mencetuskan suasana yang tidak diingini demi untuk kerukunan dan kedamain serta keharmonian dalam negara kita. Kepada semua, diharap kesabaran dan ketajaman fikiran dalam menghadapi suasana getir ini perlu diberikan perhatian yang amat serius, kerana tersilap saja langkah, maka sesuatu yang buruk pasti akan menjerumus kita kedalam lurah durjana dan merosakkansemua.
Moga Allah memberi kesabaran dan keselamatan kepada semua.
Friday, January 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment