Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, January 13, 2009

Sama suap sama makan tak pa kot !

erima kasih Bakaq penarik beca di Gombak yang mengingatkan kembali dalam blog beliau yang ana copy dan paste dibawah supaya lebih ramai rakyat celik mata dan tahu yang yang diluluskan dalam parlimen baru-baru ni pasal PSRM tu hanya gimik nak menang pengaruh saja, bukan betul nak laksanankan kalau tak mendapat restu PM atau pihak sksekutif yang penuh berkuasa sebagaimana yang ana bahaskan dalam ucapan perbahasan diparlimen hari tu. Kalau kuasa pendakwaan ada pada AG dan mesti mendapat kelulusan AG dan tak boleh persoalkan AG dalam parlimen, sapa nak berani dakwa kalau tidak dapat restu.

Nak bercakap pasal rasuah macam mana kalau yang naik tu pun melalui jalan rasuah, padahal yang beri dan yang terima juga kena humban dalam neraka. Tapi oleh kerana fahaman hadhari mungkin la mereka tak merasa bersalah kalau berasuah sesama mereka, ala macam apa benda Yahudi kalau riba dengan bukan yahudi boleh, tapi , kalau riba dengan orang yahudi saja tak boleh, berdosa, begitu juga kalau yahudi binuh bangsa lain tak pa, tapi bunuh yahudi berdosa sebab depa anggap bangsa lain itu ghoiyyim, binatang. Itulah yang berlaku di Gazzah sekarang ni.

Bila UMNO rasuah sesama UMNO, BPR hari tu pun tak boleh siasat, bahkan tak boleh ambil tindakan, tapi kalau polis minta 10 20 ringgit, kena siasat sampai lubang cacing.

Buktinya saperti apa yang ditulis oleh Bakaq dalam blog dia dibawah ni yang ana tolong paste dan sebarkan supaya lebih ramai rakyat yang faham dan mengerti, agar senang nak tolak kalau dah erti dan faham.

Perwakilan kemuka akuan bersumpah rasuah di Kubang Pasu

KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan mesyuarat agung Umno dari Bahagian Kubang Pasu baru-baru ini, Rodzi Abdul Razak, mengakui bahawa beliau menerima RM200 dan diarahkan supaya jangan mengundi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perwakilan Umno bahagian tersebut ke Perhimpunan Agung parti itu minggu hadapan.

Dalam surat akuan bersumpahnya kepada Jawatankuasa Disiplin Umno yang disiarkan oleh Malaysia Today, Rodzi yang juga Setiausaha Umno Cawangan Kemunting, mengakui beliau mendapat "tiga sampul surat berwarna coklat muda" dari "Cik Gu Badly Bakar, Setiausaha Umno Zon Jitra".

Beliau "mendapati dalam setiap sampul surat tersebut mengandungi Ringgit Malaysia dua ratus (RM200), satu helai RM100 dan dua helai RM50 bersama dengan sehelai senarai undi nombor-nombor calon-calon".

Beliau diberitahu oleh Badly bahawa salah satu sampul surat itu untuk beliau sendiri dan dua lagi sampul "diarahkan diberi" kepada dua lagi perwakilan Umno Cawangan Kemunting, Nadzri Long dan Fazil Jamaluddin.

Rodzi jua diarah "memberitahu mereka untuk mengundi seperti senarai nombor-nombor calon-calon yang diberikan dalam sampul-sampul tersebut".

Dalam surat akuan bersumpah itu, Rodzi juga menyatakan bahawa Badly "juga memberitahu saya bahawa beliau mendapat arahan serta ditugaskan untuk memberitahu para perwakilan dalam Umno Zon Jitra termasuk saya juga supaya jangan mengundi Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan hanya memberi undi mengikut senarai nombor calon-calon yang disertakan dalam ketiga-tiga sampul surat tersebut".

Seorang lagi perwakilan ke mesyuarat agung Umno Bahagian Kubang Pasu, Ibrahim Arifin, mengemukakan surat akuan bersumpah bahawa beliau diarahkan supaya tidak terlibat dalam sebarang program berkaitan Dr Mahathir.Beliau yang juga Ketua Umno Cawangan Kampung Darat dan Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Tekun Kubang Pasu memberitahu, pada 5 September 2006, Pengarah Urusan Tekun, Syed Kamaruzaman; Pengurus Kanan Yayasan Tekun Nasional, Haji Yusof; Pengurus Tekun Negeri, Zambri Ahmad; Kamaruddin Awang dari Yayasan Tekun Negeri; Pegawai Pembiaya Tekun Negeri, Md Robai Desa dan Mansur datang menemui beliau di pejabat Tekun Kubang Pasu.

Mereka mendakwa bahawa mereka mendapat aduan dari Umno Kubang Pasu bahawa Ibrahim terlibat di dalam kempen untuk Dr Mahathir.

Ibrahim menafikan dakwaan itu dan beliau memberitahu di dalam surat akuan bersumpahnya bahawa beliau "telah diberi arahan lisan oleh Pengarah Urusan tersebut supaya tidak terlibat dalam sebarang program berkaitan Tun Dr Mahathir" sehingga 9 September 2006.

Dua lagi surat akuan bersumpah adalah dari Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Biak, Ismail Taib dan ahli Umno Cawangan Kampung Lembah Arang, Aminuddin Omar.

Mereka mengemukakan pengaduan mengenai ucapan Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom; Ahli Jawatankuasa Disiplin Umno, Tan Sri Osman Aroff dan Saad Man di dalam perjumpaan di Darulaman Golf and Country Club.

Menurut Ismail, dalam ucapannya, Osman yang juga bekas Menteri Besar Kedah "telah meminta perwakilan bahagian Kubang Pasu untuk tidak menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perwakilan G7 untuk Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur yang akan diadakan dalam bulan November 2006".

Johari yang kini Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Saad pernah berkhidmat sebagai setiausaha Dr Mahathir.

Walaupun Umno berjanji untuk mengumumkan hasil siasatan aduan perwakilan-perwakilan dalam mesyuarat agung Umno Kubang Pasu itu dalam masa dua minggu, tetapi sehingga kini, tidak ada sebarang berita mengenai pengaduan tersebut.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.